Selasa, 26 Oktober 2010

Superhero UiTM Kedah

Pagi itu cerah. Ismail masih lagi terdiam. Bingung. Semuanya berlaku terlalu pantas. Baru sebentar tadi dia berada di kampungnya Permatang Guntung, Teluk Intan. Macam mana aku boleh sampai ke sini?. Kat UiTM Kedah pulak tu. Depan pos pak guard. Ismail memeriksa dirinya. Aduh! aku pakai kain pelikat aja. Apa citer pulak nir..??? Mujurlah pak guard takder. Gi tandas kot. Ismail bergegas ke Kolej Malinja. Seboleh mungkin cuba mengelak daripada dilihat oleh sesiapa. Nasib baik sekarang cuti sem. Student semua dah balik. "Bedal ajalar bilik sesapa",..bisik hati Ismail. 
  
  Hmm... Ismail cuba mengingat kembali apa yang berlaku. Kosong. Langsung tak ingat walau sedikitpun. Ismail merenung ke sekitar. "Bersih. Rajin makcik cleaner kemas bilik ni.", ujar Ismail sendiri. Ismail merebahkan diri ke katil.  Matanya merenung papan lapik tilam atas. "matnoQ tidur malam mengingau, ni lembu matnoQ, matnoQ suka korek lubang hidung". Ismail menyebut ayat-ayat tersebut satu demi satu. Senyuman sinis terukir di bibir."Mamat manalah punya keje ni", bisik hati Ismail. Ismail menguap berulangkali. Matanya terasa berat. Tidak lama kemudian Ismail tidur dengan nyenyaknya.


**********************************************************************************

Razak baru sahaja selesai menyiapkan tugasannya. memang berat kerja yang harus di lakukan olehnya. bekerja sebagai buruh binaan dirasakan sangat menyeksa jiwa dan sanubarinya. "aku buat keje ni sebab nak dapatkan pengalaman", bisik hati kecil Razak. kalau tak sebab itu, sudah lama Razak blah. "kerja banyak, gaji sikit. tobat aku. memang aku belajar rajin-rajin lepas ni," bisiknya lagi. Razak menghenyakkan punggungnya ke sebuah kerusi kayu yang sudah dimamah usia. "goyanglah pulak kerusi ni," ngomel Razak. "dah macam kuda kayu hah." Razak tersenyum sendiri. botol air mineral yang digenggamnya sedari tadi dibuka penutupnya. baru saja hendak meneguk air, satu suara yang nyaring memecah kesunyian. "Oi Razak..!!! pegi angkut batu-batu tu."  Razak menoleh ke arah suara itu. Jari telunjuk lelaki bersuara nyaring itu menunding ke satu arah. "Aik..! bila masa lak ada bukit batu ni. Aduh..! aku baru nak rehat. bising betullah supervisor Gemuk ni," keluh Razak. dalam ketidakrelaan Razak segera menurut arahan lelaki tu. sempat jugaklah dia meneguk air mineral tu tadi. sebuah lori keluar dari tapak binaan. Razak langsung tak menyedari kelibat lori tu tadi. barangkali sebab dia sibuk melayan perasaannya sebelum ni.

Razak berjalan pulang. jam menunjukkan pukul 5.10 petang. jalan ke rumah Razak agak tricky sedikit. rumahnya di atas bukit. jalan yang berliku-liku menyukarkan kenderaan besar keluar masuk. tapak pembinaan itu hampir saja dengan rumahnya. justeru itu, Razak tidak keberatan berjalan kaki ke sana. jimat duit motor fikirnya sendiri. mood Razak tidak seperti biasa petang itu. marah sungguh dia dengan supervisor gemuk. hari2 nak memekak ajer..! tadi, kawannya terlanggar dia sebab nak cepat sangat balik. emergency call. Razak sewaktu itu sedang memegang bata. entah macam mana bata tu terlepas dari pegangan tangannya. langsung kena kat kete Gemuk. meradanglar mamat tu. kete BMWnya tu tercalar sikit aja tapi marahnya lebih-lebih.  "memang nak kena Gemuk ni," luah Razak tidak berpuas hati. matanya tertancap pada sebongkah batu besar. digenggam erat penumbuknya. "kalaulah ni gemuk aku tumbuk dia macam ni!,"teriak Razak seraya melepaskan tumbukan yang deras ke bongkah batu tersebut. DUMMM..!!! di luar dugaan Razak batu tersebut hancur berkecai. serpihannya terbang merata. debu yang berselerak menutup pandangan Razak. Wohh..!!! What the fish..???   

**********************************************************************************

Syazmir terasa pening. dipicit kepalanya berulang kali. "kenapa pulak ni..?," fikir Syazmir. baru je sebentar tadi dia makan spaghetti masakan ibunya. "takkan pasal tu pulak." Syazmir cuba berbaring. dicapai majalah Kreko yang baru dibelinya pagi tadi. "baca Bleach jap lar," ujar Syazmir. dibelek-belek majalah tu dengan pantas. sampai di muka surat yang dikehendaki, Syazmir terus membaca dengan tekun. Kepalanya masih lagi terasa pening. sudah disapu dengan minyak geliga tetapimasih  tidak ada perubahan. peningnya makin menjadi-jadi pulak.Tiba-tiba kepala Syazmir terasa berat. Otot-otot lehernya kaku. Urat-uratnya terasa bagaikan direntap. Matanya terbuka luas dan tidak dapat dipejamkan. Sedikit demi sedikit Syazmir nampak seolah-olah ada sebuah terowong gelap yang bercahaya di hujungnya. Syazmir merasa kaget dan takut. Aku nak mati dah ker..??? Suatu tenaga merentap Syazmir ke hadapan,merapati cahaya tersebut. Syazmir cuba melawan tetapi tidak berdaya. Cahaya putih itu membesar dan meliputi tubuh Syazmir sepenuhnya. 

  Sekonyong-konyong, Syazmir terasa bagaikan berada di sebuah bandar. "kat mana aku ni?," ujar Syazmir. Syazmir memeriksa dirinya. "Ok jer..". Pandangannya melilau ke seluruh kawasan. Seketika kemudian perhatiannya tertumpu pada sebuah menara. "bukankah ni menara condong Teluk Intan..?", luah Syazmir. Dia tak pernah pergi ke situ tapi menara tu dah biasa nampak dalam gambar. tidak sukar untuk mengenalnya. Syazmir cuba menegur seorang lelaki yang sedang mengambil gambar menara tersebut. Akan tetapi lelaki tersebut tidak mempedulikannya. Syazmir membuat anggapan lelaki itu tidak mahu diganggu. Kedengaran bunyi loceng berdenting dari menara condong. jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Syazmir tidak ingin berdiri lama di situ. dihayunkan langkahnya ke sebuah medan selera. sebuah motosikal yang sedang ditunggang mencuri perhatian Syazmir. Penunggangnya merupakan seorang lelaki begitu juga pemboncengnya  Motor itu bergerak perlahan-lahan merapati seorang gadis yang sedang berjalan di kaki lima. dengan tidak semena-mena pembonceng motosikal tersebut meragut beg tangan kepunyaan gadis itu. Gadis  malang itu terjatuh ke jalan raya. Penunggang motosikal itu pula memecut laju meninggalkan kawasan terbabit.

  Syazmir terkedu. Kejadian tersebut berlaku betul-betul di hadapannya. Orang ramai mula berpusu-pusu mengerumuni kawasan kejadian. Syazmir ingin segera membantu. Akan tetapi, Syazmir terasa bagaikan ditarik ke belakang. Pemandangan sekeliling sekali lagi berubah. Sedar-sedar Syazmir sudah kembali semula ke biliknya. Kepalanya tidak lagi terasa berat. Shazmir melihat jam di tangan. Sudah pukul 10.00 pagi. Apa yang berlaku sebentar tadi cuba diingatnya kembali. Apa yang berlaku terasa benar. Beberapa minit kemudian Shazmir terlelap di atas katilnya.



**********************************************************************************

Ruang tamu, kediaman pasangan Malik(ibubapa Ismail)

Ismail membuka helaian demi helaian akhbar. Kedua belah kakinya disandarkan di atas meja. Tubuhnya dialas sebuah kerusi yang empuk. Lagaknya macam seorang bos sebuah syarikat. Sekeika kemudian Ismail mengeluh. "Perak lagi..tak habis2 kuar cite pasal kerajaan rampasan lar sultan tak adil lar..apalar.," luah Ismail. Bagi Ismail yang dah lepas tu lepaslar. teruskan jer dengan agenda pembangunan. Macam yang Datuk Zambri cakap. Harap2 apa yang dia cakap tu dia buatlar. Buat apa nak buat pilihan raya lagikan. Bazir duit jer. Contohnya pilihan raya kecil kat Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Bapa puluh ribu habis. Baru yang kecil kalau besar camner lak.

Mujurlah Ismail merupakan pelajar Universiti. Peraturan Auku menghalangnya dari melibatkan diri ke dalam politik. Mungkin ada bagusnya. Pelajar kejenya belajarlah tak. Huhu. Ismail kembali menatap Sinar Harian. Akhbar itu memang menarik. Kedua belah pihak mendapat liputan yang sewajarnya. Jadi terpulanglah pada rakyat untuk memikirkan mana yang baik mana yang tak baik. Terbaru pasal kerajaan Perpaduan. Kecoh..Kecoh. Di warung kopi Cik Leman dah hampir nak bertumbuk pakcik Baha dengan pakcik Kassim. Puncanya sebab pakcik Baha kata 'air' dengan 'minyak' mana leh berpadu. Pakcik Kassim balas balik. Dia kata air dengan minyak boleh jadi sup. Sup pun sodap. Pakcik Baha memang jenis yang cepat meradang dan tak suka orang bantah pandangannya. pakcik kassim pulak jenis yang berani dan lantang bercakap. Bertemulah buku dengan ruas. Mujurlah pak Leman pemilik warung kopi berjaya mententeramkan keadaan.

Pandangan Ismail tertancap pada satu laporan oleh Zulkifli Omar.

Usahawan Terkenal Diragut

Teluk Intan: "Kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata. Sedar-sedar orang ramai dah mengerumuni saya", luah Siti Sharifah Bt. Saad yang merupakan mangsa kejadian. Beliau merupakan seorang usahawan produk Beauty n White. Mangsa yang berusia 23 tahun telah diragut pada pukul 5.00 petang di jalan Persiaran bersebelahan dengan Bumbung Biru dan Menara Condong Teluk Intan. Ketika itu, beliau sedang berjalan menuju ke kenderaannya . Mangsa kehilangan telefon bimbit, dompet yang berisi wang, kad pengenalan, lesen memandu dan kad perniagaan serta barang kemas. Dianggarkan kerugian yang dialami oleh beliau sekitar RM4000.00. Salah seorang dari saksi Encik Zainal B. Ali 43 tahun mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh dua orang lelaki berbangsa Melayu. Suspek dikatakan menaiki motosikal Yahama Ex5 bernombor ADE 2245. Sehubungan dengan itu, polis meminta kerjasama orang ramai untuk memberikan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kejadian.

"Ehh..! ini mak kawan aku. Laa..siannya." ujar Ismail bersimpati dengan apa yang berlaku. "Aku kena pergi jenguk ni." Serentak dengan itu Ismail hilang dari pandangan.

**********************************************************************************

Kg. Batak Rabit Teluk Intan

Rumah puan Siti Sharifah dipenuhi dengan kunjungan rakan-rakan yang tidak putus-putus sedari pagi tadi. Rata-rata mereka bersimpati dengan kejadian malang yang menimpa usahawan terkenal itu. Tak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat agar puan siti tabah menghadapi musibah tersebut. Seorang demi seorang beransur pulang apabila matahari semakin berbalam-balam di langit merah.

Ismail muncul di muka pintu. Sebenarnya dia dah tersesat ke satu tempat yang sangat jauh dari Malaysia. Dengan izin tuhan Ismail boleh bergerak ke mana-mana dengan sepantas fikiran. Cuma dia masih tidak mahir menggunakan keupayaannya itu. Riak mukanya menunjukkan keletihan yang amat sangat. Apa yang berlaku terhadapnya sewaktu berada di tempat lain tadi tak mahu diingatinya lagi.

" Adik Mail mahu jenguk ibuk siti yar.." tiba-tiba saja orang gaji Puan Siti menegur dari dalam. Dia yang berbaju t-shirt dan berkain pelikat tu baru saja selesai mencuci pinggan mangkuk. " Omong-omongnya Razif ada tante..?" ujar Ismail cuba meniru lenggok suara tante Mira yang sudah bekerja selama tiga tahun di rumah rakan baiknya itu. " Anak ni kayaknya kepenatan bangat. Marilah masuk dulu. Nanti tante panggilkan tuan razif iya." balas tante Mira lembut. Ismail dipersilakan duduk di ruang tamu rumah di sofa untuk para tetamu yang dibeli khas dari Itali. Sofa tersebut berwarna hijau muda dengan sulaman yang sangat cantik pada beberapa bahagian.

Tante Mira bergegas menuju ke bilik Razif. Seusai memaklumkan Razif akan kedatangan Ismail tante Mira terkocoh-kocoh ke dapur pula bagi menyediakan hidangan. Razif mengenakan baju t-shirt berjenama Davon berwarna biru gelap. Dia baru jer bangun tidur dengan tidak memakai sebrang baju. memang itulah kebiasaannya dari dulu lagi. Terlihat saja Ismail yang sedang duduk di kerusi Razif segera mengucapkan salam kesejahteraan. salam berbalas dengan huluran tangan.

" Lama ke tunggu?" sapa Razif dengan senyuman yang merekah dari bibir. Kegembiraan jelas terpamer di wajahnya tatkala menerima kunjungan dari rakan karibnya itu. "Takder lama. Baru jap tadi sampai". Ismail turut menguntum senyuman. razif duduk di sebuah kerusi yang dikhaskan untuk tuan rumah. "Macam mana mama kau?" soal Ismail tidak bertangguh lagi. Razif menghirup nafas dalam-dalam. sejurus melepaskan nafas dari rengkungan. " Mama aku ok jer" balas Razif. "Nasib baik tak jadi apa-apa kat mama aku".

Ismail mengucapkan puji-pujian kepada Allah. Tak lama kemudian puan siti muncul dari satu arah. "Mail.. apa khabar ibu kamu?" ujar puan Siti. Ternyata kejadian tersebut tidak mendatangkan trauma yang besar padanya. Malahan dia mampu lagi bertanya tentang kesihatan orang lain. " Ibu saya sihat jer mak cik. Mak cik macam mana pulak?" balas Ismail seusai menjawab pertanyaan itu.

"Macam yang Mail tengok sekarang ni lar. makcik ok jer." sahut Puan Siti. kejadian yang menimpa dirinya dianggap satu ujian dari Allah. Puan Siti bersyukur nyawanya masih dilanjutkan Allah. Ada kes ragut yang dibaca dulu melibatkan kematian yang tragik. Puan Siti bersimpati dengan mereka yang kehilangan keluarga rentetan peristiwa itu.

Tante Mira muncul dari dapur dengan hidangan yang masih baru lagi. Diletakkan hidangan itu di atas meja. cengkodok pisang dan air oren sejuk menjadi santapan Ismail pada petang itu. Razif turut menyambar cengkodok pisang yang digoreng tante Mira. Mereka kemudiannya berbual-bual dengan pelbagai topik menjadi perhatian. terutamanya pasal kes ragut. "Kan bagus kalau Malaysia ni ada superhero cam superman. Takpun the flash or spiderman. mesti peragut-peragut takut nak wat keje haram tu". Ismail secara tiba-tiba menyatakan isi hatinya. Razif tergelak terbahak-bahak. Kata-kata Ismail itu benar-benar menggeletek hatinya.

Ismail turut ketawa sekali. Harapannya itu boleh diibaratkan macam menunggu kucing bertanduk. Tapi dalam diam-diam Ismail meyimpan satu hasrat. harapannya itu sebenarnya tidak mustahil lagi. Dia sendiri mempunyai kebolehan yang mampu digunakan untuk membantu orang lain. Kebolehan untuk bergerak ke mana-mana saja bukan satu anugerah yang biasa. Razif masih tidak mengetahui tentang kebolehannya itu. Ismail merasakan dia harus menyimpan rahsia tersebut sebaik mungkin. Walaupun daripada sahabat karibnya sendiri.

**********************************************************************************

Makmal Kajian Paranormal

Dr. Irwan termenung di bangku kerusi. Kepalanya ligat memikirkan kejadian yg berlaku tempoh hari. Ekperimen ZXY merupakan projek sulungnya yang baru saja dilancarkan tempoh hari. malangnya kejadian yang tidak diduga berlaku. Eksperimen tersebut menemui kegagalan. semuanya gara2 seorang wanita yang bernama Farisah. Siapakah dia yang sebenarnya langsung tidak diketahui.

Eksperimen ZXY bertujuan untuk melahirkan manusia-manusia yang berkuasa paranormal. Projek yang mengambil masa selama 20 tahun itu telah berjaya disiapkan. Dijangka program ini akan meningkatkan lagi keupayaan militer negara Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Askar-askar yang memiliki keupayaan super human sudah pasti dapat mempertahankan negara dari ancaman kuasa-kuasa besar dunia. itulah matlamat sebenar projek ini. Hasil idea oleh Dr. Irwan sendiri. Beliau berhujah bahawa kekuatan teknologi perang sekarang ni lebih memihak kepada negara-negara kuasa besar. Jadi Malaysia perlu ada teknologi perangnya yang tersendiri yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara lain.

Projek tersebut hampir sahaja menemui kejayaannya jikalau tidak kerana Farisah. Apakah motif Farisah ? Kenapa dia tergamak mengkhianati negara sendiri.?

Isnin, 30 Ogos 2010

Masih ingatkah kita...?





Esok adalah hari yang paling bersejarah dalam kalendar negara Malaysia. genaplah 53 tahun Malaysia merdeka.  Masih ingatkah kita..? bersusah payah perajurit-perajurit tanah Melayu dulu berhempas-pulas membanteras segala macam ancaman dari penjajah dan komunis. begitu juga dengan pengorbanan pemimpin-pemimpin kita yang bergolok gadai demi mendapatkan kebebasan yang diimpikan selama ini.



Tugu  Negara


masih ingatkah kita pada leftenan Adnan..? bagaimana beliau dan batalion pimpinannya berjuang berhabis-habisan sehingga ke hujung nyawa menentang tentera Jepun yang datang bagaikan ribut melanda. 



sumber: Bernama.com

Leftenan Adnan


masih ingatkah kita pada kekejaman Jepun dan bintang Tiga..? Tanah Melayu dijajah hanya 3 tahun setengah saja. akan tetapi, pada masa itu penduduk Tanah Melayu sangat menderita. makanan dicatu. penduduk terpaksa makan ubi kayu saja. pakaian pulak dibuat dari guni. keselamatan di luar rumah tidak terjamin. ari ni mungkin selamat. esok lusa tak tau lagi. jika ada yang menentang, akan dipancung kepala. takpun ditangkap dan diseksa untuk mendapatkan maklumat. lebih buruk lagi, dihantar ke Thailand sebagai buruh paksa untuk membina jalan keretapi dari Thailand ke Burma.

Jalan keretapi dalam pembinaan
Jalan keretapi maut

itu baru Jepun. Bintang Tiga lak tak kurang hebatnya. sebaik saja Jepun nyah dari Tanah Melayu, samseng-samseng  bintang 3 ini terus melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu. dalam tempoh 14 hari, seluruh negara dilanda ketakutan. 

Bintang Tiga
Mereka juga tak kurang kejamnya.

Hukuman Pancung


selepas British kembali ke Tanah Melayu, keadaan genting mula mereda sedikit. Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 1 Februari 1948. akan tetapi dalam masa 6 bulan berikutnya, berikutan pembunuhan Sir Alfred Gent, seluruh Tanah Melayu diisytiharkan darurat. pada masa tu. Chin Peng melancarkan pemberontakan ala-ala gerila berikutan penolakan kerajaan terhadap komunisme.

Rundingan Baling

Pada tanggal 31 Ogos 1957, negara kita bejaya mencapai kemerdekaan melalui usaha kerajaan persekutuan dan sokongan padu rakyat Tanah Melayu. Laungan kemerdekaan kedengaran sebanyak 7 kali di stadium Merdeka dengan disambut oleh beribu-ribu umat manusia yang hadir ketika itu.


Laungan Kemerdekaan


Perarakan Kemerdekaan


begitulah serba sedikit sejarah kemerdekaan. dalam usaha mendapatkan kemerdekaan ramai yang terkorban dalam perjuangan. seharusnya kita sebagai generasi muda mengenang kembali perjuangan generasi-generasi sebelum ini. ada antara mereka yang tidak dihargai dengan sewajarnya. sepatutnya perkara seperti ini tak berlaku.


tambah menyedihkan apabila sambutan kemerdekaan tahun ini cam hangat-hangat tahi ayam aje. mana perginya semangat perjuangan kita. takkanlah semua da pikir nak pulang beraya jer.


papepun, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Kemerdekaan kali yang ke 53. semoga apa yang kita miliki pada hari ini terpelihara sehingga ke akhir nanti.


  

p/s: hargai nikmat kemerdekaan.


Jumaat, 27 Ogos 2010

Buatan Malaysia

kata orang kalau nak beli henset toksah beli barangan buatan Malaysia. x dak kualiti, cepat rosak..bla bla bla... sebagai seorang rakyat yg cintakan tanah air (cewah) aku x ambik pusing sgt advise kengkawan ni..Malaysia kan da advance.. mesti henpon buatan malaysia pun canggih.


maka, pada suatu ari aku n de geng pun pi lah ke censtral square kat sg petani. hajat aku nak beli henpon barulah. dua ketul henpon aku sebelum ni da barai teruk. x leh nak pakai lgsung.(-_-") salah satunya ialah henpon brand e-touch. agak2 hp buatan mana tu..? huhuhuhu.

    macam ni lah rupa luaran Central Square a.k.a CS

aku pun x tau lah apa yang best sgt CS ni tp kalau aku rasa nak jalan2 ngan kawan2 sinilah tempat aku selalu pegi.. tempat ni ada panggung wayang, karaoke jamban, pusat bowling, arked game and mcm2 lagilah.. kalau nak 'minum-minum' tempat ni x ada. sila pegi negeri lain. ahaks.

ok, sambung balik cite. maka, aku n de geng pun merayau-rayau di sekitar ruang legar 'ground' floor CS tu sambil usha henpon2 baru. dari satu booth kami bergerak ke booth yg len.. 

aku da tetapkan criteria hp yg aku nak cari tu. benda alah tu mestilah berharga kurang dari rm200 dan boleh pakai memory card 1gb. kalau boleh mesti ada camera. aku teringin siot nak pakai hp camera.

aku da mention awal tadi kan yg aku der seketul henpon brand e-touch. macam nilah rupa dia. henpon ni aku beli dalam rm 130 lebih kurang. function x banyak mana pun. x dak kamera. ada mp3 je. tu lah yg aku duk layan malam2. henpon ni aku terpaksa juai sebab bateri kembong tahap ibu ngandung. patutla bila letak atas meja boleh pusing2 cam roda impian. cam gampang je.
sebab tu aku awai2 lagi da ngelak booth e-touch. x mau pisang berbuah dua kali plak. so, dipendekkan cite aku jumpa sejenis henpon yg nampak cam good-good jer. brand CSL or nama panjangnya Commitment Service Loyalty. memang memenuhi kriteria yang aku impi-impikan selama ini. ada mp3, ada video player, ada sound recorder dan yang penting ada CAMERA.. hahahaha. ok. terlebih sudah. :-p
contoh model csl ds110

haa.. memang sebijik lah cam ni rupa dia. yang menariknya henpon ni ada islamic features cam waktu solat dan azan. mana nak cari henpon camni. lengkap and complete..! buatan Malaysia lak tu..! harga henpon ni time tu rm 160. la ni da naik lagi rm20. sebab x cukup duit aku pun tolak lah e-touch yg cam ikan kembong tu. 

agak2 bape ringgit nilai henpon tu dia (apek) angkat..? 70 hinggit..? 60..? 50..?  salah salah dan salah. 30 hinggit je.. cam  gampang. mmm. pk2 balik bateri pun da barai. biaq pi lah.

begitulah kesudahannya drama membeli henpon. drama ke pon. cam iklan ubat gigi jer. ok. itu merepek. so, aku pun jaga lah henpon csl bagai menatang minyak masak yang penuh. sayang habis lah kiranya. lagi sayang dari awek sendiri. aku keberatan nak tunjuk henpon ni kat orang. takut rosak jer..

bila da lama pakai barulah aku pasan function2 yg aku duk bangga2 tu upa-upanya..(-_-") aku cite len time jelah yer pasai ni..

Kesimpulannya, belilah barangan buatan Malaysia. Terbaek..~.

p/s: da sebulan tu aku usha balik booth tempat aku tolak hp e-touch yg barai tu. tertera di tanda  harga.. 'RM130'. 0k. fine...

Khamis, 26 Ogos 2010

The Arrivals


pena tgk de arrival x..? ala, citer pasal dajal majal tu. yg ada illuminati, gamba piramid, teori konspirasi, new world order dan sbagainya yg berkaitan lah. haa? x penah..? kalau x penah time ni lah kita nak berkenalan... klik disini
segala info berkenaan dajal, kedatangan imam mahdi, perang akhir zaman ada diterangkan dalam bentuk video. korang tengoklah sendiri kalau berminat.

p/s: maksud perkataan dalam gambar tu ialah "renouncing the birth of new world order".