Selasa, 26 Februari 2013

Teknik MeNIPUUU Promoter Jualan


Ketika aku sedang menopup di sebuah pasaraya Teluk Intan seorang mamat India ni datang bagi voucher. "Abang ambiklah free gift kami bagi". Aku ambik. Masa tu hati aku tengah berbulu. Asal lah aku topup tak dapat-dapat ni. Buat lagi sekali pun sama jugak. Eh salah nombor. Ni nombor siri kad topup ni. Ceit.

Aku pun carilah kedai mana nak bagi aku free gift ni. Mamat India tu panggil aku. Oh ni kedai dia. Asal buruk sangat susun atur dia ni. Duduklah aku di sebuah meja. Seperti biasa mukadimah perkenalan dia tanya lah aku kerja apa. "Baru lepas belajarkah?" kata Mamat tu. "Kat mana?" soal dia lagi dalam loghat India. Mamat tu budak lagi. Aku kira baru lepas SPM takpun tak habis sekolah lagi. Ada seorang gadis kiut-miut gitu duduk kat sebelah dia. Dia ni pun promoter gak. Diorang sembang-sembang kosong gak ngan aku. Eh napa cara dia cakap ni macam gelabah sangat. Mungkin diorang gemuruh kot tengok abang berbadan sasa ada tahi lalat manis kat pipi ni. Eceh.

"Abang pernah pakai itu induction cooker?. Abang taukah dia pakai kuasa apa?" Mamat tu mula menjalankan operasi brainwashing. Satu demi satu penerangan diberikan. Gadis kiut miut tadi dah blah ke mana ntah. Mamat India ni bukan calang-calang orang. Manis ayat dia. Cam gula pasir 1 kilo. Siap hempuk lagi induction cooker konon nak nunjuk alat tu tahan lasak. "Kalau ketuk dengan hammer tarak boleh la bang" katanya lagi sambil tersenyum manis. Beberapa kali gak dia usik aku. Aku cakap terus terang ni bukan promoter sebarangan. Macam dah keje 10 tahun. Sedikit demi sedikit umpan ditabur. Pergh. Dalam tak sedar dah dekat setengah jam aku duduk dengar. Kalau kat kuliah ni aku da nguap 3 4 kali.

"Abang agak-agak berapa harga dia? Kalau betul saya bagi abang satu" Aku fikir kejap. Mungkin dalam 500 camtu. "Harga dia" Mamat tu menyambung sambil mezahirkan satu demi satu nombor bermula dari 3. Kemudian 3. Pastu 8. Ooh 338...8. RM 3,388! Mak ko!. Tiga ribu jadah apa. "Bayar ansuran la bang selama 36 bulan. Ambik dulu barang pastu dua bulan kemudian boleh start bayar" Aku dah menung dah. Hutang PTPTN tak bayar lagi. Gila ko nak tambah pulak hutang ni.

Pastu dia keluarkan sebuah buku. Bukan buku Jingga. Buku umpan nak mancing abang berbadan sasa ni. Dia tunjuk beberapa keping tiket. "Abang tengok ah. Ada orang dapat 50, ada yang dapat 100. Sapa dapat Thank You komisyen 20 sen bagi kat saya". Okay. Memang ada tiket-tiket tu. Pastu dia tunjuk satu keratan akhbar. "Abg kenal ni sapa?" Ni Christiano Ronaldo ni getus hatiku. "Kenal lah. Ni kan CR" Mamat tu segera membalas. "Ni bukan CR. Ni sayalah bang" Jari telunjuknya menuding ke gambar tersebut. Ceh tak leh blah. Aku nak je cakap napa lu sudah hitam sekarang tapi memikirkan betapa sensitifnya hujah itu ayat tersebut tertahan di penjuru lidah.

Kemudian, dia mengeluarkan dua keping tiket. Aku langsung tak syak apa-apa. Dia suruh bukak. Aku koyakkan satu kad. Nyaris tak rosak kad tu. Huh. Biar betul ni seratus ringgit. Dalam hati tak pernah-pernah aku menang banyak ni. Kad yang satu lagi dia tolong koyakkan. Aku bukaklah. Makk! Seribu ringgit. Jadah apa ni. "Berapa abang dapat?" Mamat tu merenung bawah. Apa yang direnungkan aku pun tak tau. "Seribu ringgit!" Dalam hati aku gembira besar. "Biar betul bang" Lepas je dia tengok melopong mulut budak tu. "Betulkah ni. Tersalah cetak kot. Sebentar ye saya kol HQ. Aloo HQ!. Saya ni S*****" Mamat tu nyembang dengan HQ. Apa yang aku dengar dia kata ada orang sponsor. Ulang tahun syarikat. Pastu dah tujuh orang dapat sebelum ni. Kiranya aku orang ke lapan lah ni.

"Abang banyak bertuah ini hari. Ini tiket sangat jarang boleh dapat. Dalam Malaysia ada 10 tiket saja!" Yeke. Wah! Aku terpijak lombong emas ke ni. "Kalau macam tu bang, tolak seribu abang dah dapat pengurangan sebanyak 2388. Ansuran bayar 66 ringgit ja bang. Lagi satu, abang tambah satu ringgit boleh angkat barangan harga 3500 ringgit ke bawah FREE!" Biar betul ni. Sudah beberapa kali aku baca dalam artikel jika tawaran tu 'too good to be true' maknanya tak betullah tu. Akan tetapi, aku tak terkenang langsung pasal ni. Asalnya aku saja nak dengar penerangan dia, konon dia kata tolong dia cari makan. Aku ingat cari makan tu hanya sekadar mendengar celoteh dia yang panjang berjela bak gulungan kain Jakel.  Pastu beli tak beli dia tetap dapat komisyen. Rupa-rupanya pemahaman dia sangat berlainan dengan pemahaman aku. Sampai satu tahap aku pikir okay gak kalau beli. Bayar ansuran je pun. Dalam otak aku dah terbayang kalau mak aku tak nak aku leh offer kat orang lain. Dia bayar kat aku nanti aku bagilah barang kat dia. Macam tu lah pemikiran bisnes aku. Lagipun 1000 ringgit  pengurangan bukan senang woo nak dapat. Tanpa disedari aku telah dikencing dengan lebatnya.

Awek kiut-miut tadi pun datang. Dia pun wat-wat terkejut tengok tiket seribu ringgit aku tu. Kenapa aku kata wat-wat nanti korang taulah. Kepada yang dah tau teruskan pembacaan anda. Dalam hati aku masih teragak-agak nak kuar duit. Tadi dia kata dia boleh booking tiket tu pakai resit dengan tambahan lima puluh ringgit sebagai deposit. Maknanya offer tersebut boleh bertahan sampai bila-bila. Aku pun percaya lah walaupun kat tiket tu dah termaktub hanya boleh digunakan pada masa tertentu sahaja. Aku bukan jenis yang senang-senang nak kuar duit. Budak berdua tu sungguh-sungguh nak gak aku beli benda tu. Awek tadi entah kenapa tekan-tekan kalkulator menunjukkan nilai keuntungan yang aku dapat. Bukannya aku tak tahu berapa harga sebenar dan berapa pengurangannya. Mamat India tu dah cakap berkali-kali.

Akhirnya, aku tewas. Duit 50 ringgit aku serahkan kepada mereka. Mesti diorang terlonjak-lonjak gembira dalam hati. Selepas bersalaman aku pun baliklah ke rumah dengan meredah hujan lebat. Sekarang kan musim hujan. Tiap-tiap petang rahmat Allah ni akan turun tanpa tertinggal. Cuma hari ni tak hujan lak. Dalam perjalanan pulang aku asyik terfikir beberapa kali tentang betapa bertuahnya aku hari ni. Senyum lebar gitu.

Setibanya di rumah, aku tidak terus mengkhabarkan peristiwa itu kepada orang tuaku sebaliknya aku menunggu masa yang sesuai. Ketika itu Maghrib ibuku sedang menonton televisyen. Inilah masa yang sesuai untuk aku memberitahunya. Perlahan-lahan aku menyusun ayat. "Umi nak tak beli induction cooker dengan microwave dengan harga dua ribu lebih je. Bayar bulan bulan" "Tak nak umi. Microwave kan ada kat belakang" "Tapi microwave tu dah rosak bla bla bla" Aku menghulurkan resit tadi. Umiku membaca sebentar. "Ni tipu ni. Tipu" ulang ibuku berkali-kali. Aku membalas dengan mengatakan yang ianya benar. Siap dapat pengurangan seribu ringgit lagi. Kalau tak nak takpelah aku jual kat orang lain.

Lepas tu, aku dah mula tak sedap hati. Komputer dihidupkan dan internet diakses masuk. Aku mengoogle "Kenzo induction cooker". Terpampang beberapa carian. Salah satunya merupakan artikel blog berkenaan barangan Roset Germany. Aku bukak. Pastu aku baca artikel dia dengan komen-komen yang terkumpul. Masa tu dah berasap dah kepala aku. Ceit! Modus operandi sebijik sungguh dengan apa yang aku terkena petang tu. Jenama barang yang terlibat ialah Aowa, Arezzo, Kenzo dengan Roset Germany. Peristiwa tersebut berlaku di merata-rata tempat di seluruh tanah air malahan Sabah pun ada. Ada yang dah terkena dan bayar beribu-beribu ringgit untuk mendapatkan barang-barang elektrik tu. Ada yang dapat mengelak dengan alasan anak dia meragam masa tu. Seorang pelayar menyoal mengapa tiada tindakan undang-undang yang diambil bagi membanteras isu ini.












Daripada komen-komen tersebut aku merumuskan apa yang terjadi secara keseluruhannya. Barang-barang tersebut ada yang disahkan oleh Sirim dan mungkin ada yang tak. Hanya Allah yang tahu. Cuma taktik berniaga tu yang mebuatkan pelanggan berasa tertipu. Lagi satu barangan tersebut sepatutnya tidak semahal itu. Barangkali dimahalkan harganya sedemikian rupa. Teknik pengurangan harga tersebut bagi aku sangatlah kurang ajar. Hubungan perniagaan yang berlandaskan kaedah sedemikian rupa pasti tidak akan berkekalan. Ada pelanggan yang membawa kes ni ke tribunal dan berjaya mendapatkan kembali wangnya. Maknanya betullah taktik ni merupakan satu kesalahan. Mungkin diorang ada lesen perniagaan yang sah sebab tu polis tak leh buat apa. Apapun, perkara ni tak leh dibiarkan macam tu je dan mesti disebarkan. Sesiapa yang membaca artikel ni mintak tolong bagitahu kat keluarga dan kawan-kawan pasal taktik penipuan ni. Kerjasama korang aku ucapkan ribuan terima kasih. Sehingga berjumpa lagi.

p/s : Penipu sebenar sudah tentulah berada di belakang promoter terbabit. Tergamak mengkeldaikan anak-anak muda untuk mendapatkan keuntungan. Walau pun begitu, budak-budak muda tu pun salah gak sebab bersekongkol dengan mereka.

Update: Diorang ni tak lama kat satu tempat. Sentiasa berpindah randah. Jadi, kalau nak tuntut pergi cepat-cepat sebelum korang berputih mata.

25 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. saya baru kena semalam,,,dapat 2 tiket.. 1 voucher rm200 dan 1 lagi diskaun 40% dengan dengan syarat kne beli 1 barang gunakan diskaun 40% tu pastu dapat 1 barang percuma berharga 3k+++,,then promoter tu bebel2 last2 sy cakap xmahu die suruh byr 50 sbgai deposit supaya diskaun 40% tu leh hold n xburn hari tu jugak,,tapi die ckp klau xmahu nnti rm50 tu die akan pulangkan balik..errmmm..xleh jadi ni,,ptg ni jugak sy return tempat tu nak cancel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good action. Tu la yg sebaik-baiknya saudari lakukan..

      Padam
    2. Sy pn terkena dgn helah yg sama. Rm50 jgk melayang. Br je kejap td. Esok nk cuba mintak blk.

      Padam
  3. Saya n family dh kna tipu dh pon..dekat giant tampoi semalam...tak sangka pulak keputusan utk tak bawak ipad menyebabkan sy x dpt cr maklumat on d spot n trpedaya ngan tipu helah tu semua...kalaux,dh lama diorg kna sound dgn sy....family sy habis lebih kurang 5 ribu dgn induction cooker, vacuum, multi cooker, air purifier, cookware.....mcmx berbaloi plak...mslhnya, brg x sampai lg dh suruh byr semuanya...huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pon kena kat giant tampoi dan sekarang sy dh dpt blk duit sy...kalau nk dptkn blk duit tu kena pegi lapor kat tribunal pengguna menara ansar atau kalau brani gertak je mereka..jgn guna brg2 tu sbb nk kena pulangkn blk nanti.

      Padam
    2. Sy bru je kne kt giant tampoi td...dpt 2 kad...1 thank you..1 lg voucher rm100 n free microwave dgn vacum...die suh byr rm50 tpi sy ngelak ckp mmg xde duit...ni bru blik n cek google...nsib baik xtrkena...

      Padam
  4. AKU BELI BARANG DEKAT STAR PARADE ALOR STAR, WINNER NAMA KEDAI DIA... DAPAT VOUCHER RM 1000 DAN DISKAUN VIP 40 %.. DUIT AKU HABIS RM 4200.. SEKARANG AKU X PUAS HATI.... MCMANA TINDAKAN SELANJUTNYA.... TQ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon lapor di tribunal pengguna (TTPM) @ kpdnkk d tempat anda n jgn guna brg2 tu.

      Padam
  5. hampir2 terkena td..nsb baik mak ak buat xheran je...n ak xcukup budget..kalo x burn gtu je..huhu

    BalasPadam
  6. SYE DA TERKENA SEBANYAK rm1919....SEDEYNYE....MASALAHNYE AYAH SYE DA TRY GUNA WATER FILTER TUE....DAH XBOLEH PULANG LA..APEW PATUT SY BUAT..????BAYAR CASH MONEY PULA TUE...KONON2 DAPAT DISCOUNT 40% DAN PERCUMA BARANG BAWAH RM3800 N DAPAT LG BODY MASSAGE...PENIPU LA DIORANG NI....SEMOGA MEREKA SEMUA YG TERLIBAT DAPAT BALASAN AKIBAT MENIPU DUIT ORANG..NAK DUIT KEJEW LA CARA HALAL..KITA GOLONGAN TERANIAYA..DOA MUSTAJAB..MARI KITA DOA RAMAI2 SEMOGA TAUKE BISNES YG BT GITU BANKRUP LAU XBERUBAH UGAK...DAN PEKERJA YG PANDAI MENIPU TU AKAN TERKENA UGAK SUATU HARI NANTI!!.SETAHU SAYA JENAMA KENZO HANYA ADEW PRODUK WANGIAN...TAPI MUSYKIL UGAK..DA BANYAK CAWANGAN YG DIBUKA N SIAP ADEW YG WAT ADUAN KE TRIBUNAL N REPORT POLIS,TP KENAPA MASIH XDEW TINDAKAN?????LAU MEREKA BTINDAK,MESTI XKN ADEW ORG TERKENA DA...BUAT MASUK TV SEKALI BIOR 1MALAYSIA TAU..TOLONG LA MAINKAN TANGGUNGJAWAB MASING2 BG PIHAK YG BTANGGUNGJAWAB!!!

    BalasPadam
  7. Kakak aku pun kena camni gk..pe yg kowg ckp sme je cm kakak aku kena..kakak aku kena kt giant pilah..13.5.2013

    BalasPadam
  8. mak saya pun br beli pagi tadi. Dh byr seribu. Hrga microwave rm2388 + hadiah percuma yg mmg dh siap kira rasanya dlm harga micrwave tu.

    BalasPadam
  9. Tepat sekali jangkaan saya. Mereka ni memang duduk kat satu tempat tu tak lama. Masa saya kena ni kat The Store Teluk Intan. Sekarang ni bisnes dia dah pindah. 2 3 bulan yg lepas dia buat kat TF Value Mart Teluk Intan. Sekarang ni pun dah pindah. Dasar peniaga nomad. Kerjanya berpindah randah je mencari mangsa baru.

    BalasPadam
  10. Nasib baik aku x trpedaya td kt giant tampoi.. dpt free gift induction cooker n air purifier tp kne bli brgn laen dlm hr 3k++.. aku bg alsn nk pk 2-3 hr.. dieorg x kasi.. pe lg.. aku mlenting lh.. nk wt rport polis klu dieorg msih memaksa aku utk amik brg die.. last2 diaorg bg jg msa utk pk.. moral of the story.. tiada yg prcuma dlm zamn skg ni... jgn trpedaya dgn taktik diorg.. salam berhati2 semua

    BalasPadam
  11. bulan 3 lepas aku pn ditarik dan disuruh dgr ngomelan dorg...sama je apa yg diceritakan....call boss hq la...wat2 tkezut la.....aku sengih je la....tp sorry...aku x berminat.....paksa lak aku bli....Alhamdulillah x terkene tpu....

    BalasPadam
  12. Aku pun hampir tertipu di giant plentong...nasib baik tak gelojoh dengan tawaran yang tak munasabah tu...pada semua berhati2 dengan taktik kotor mereka ini..sebenarnya dialog untuk semua orang sama... buat2 col hq..buat2 terkejut..itu semua LAKONAN...

    BalasPadam
  13. Serius aku baru terkena macam ni, fuck betul brg2 semua mcm ni. kononnya dpt free pastu kene byr smpai 3k ++ butuh apa gitu. So apa yg boleh dibuat yer? nak buat report ke? boleh ke dpt blik duit kita tu? fuck betul. Serius situasi sama mcm ni. Melayang duit wehh 3k ++bukannye sikit. Boleh byr duit kereta tuuuu :'(

    BalasPadam
  14. Smlm br hdapi situasi yg sme.. dpt voucer seribu n seratus..n brng percume... microwave... tp kn bli satu barang... brng tu hrge 3k lbh..tp dpt kurang 1100.die suh byr ansuran serendah 30.00..xde deposit..tp pas 2 bulan byar la...die mintk kad bank..owhh no... hbis ke duit aku... x blh jdi nk kne cek duet ni dlm akaun...nk buat cmne ea??

    BalasPadam
  15. saya pun bru kene 31 ogos hri tu..nk tnya sy boleh cancel x tempahan tu?sy dah deposit secara pksa 300 ringgit..penjual tu dgn suka hatinya men'transferkan' duit saya guna kad bnk sy..sedeyyy salah sndiri jg..uwaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. ieyah boleh melaporkan perkara ni ke pihak tribunal berhampiran tempat ieyah. harap boleh ambil tindakan segera.

      Padam
  16. Sye bru terkene td..da byr deposit..nie kami nk pulang blek cooker td.n amek blek duet sblum melepas...terima kasih atas information korg..

    BalasPadam
  17. Hari ni sye dan mak pun kena, nasib baik tak cepat-cepat nak beli. Helah yang sama jugak, ambil keratan surat khabar, bagi tiket voucher bernilai seribu dgn 5oo ringgit kata silap cetak kot hanya 10 keping, pastu pura-pura call bos utk confirm dan bagi tau voucher seribu hanya utk hari ni. Tergesa-gesa nak kita orang beli. Mak pun tanya dia, macam mana voucher seribu hanya tertakluk utk hari dan 5oo utk tempoh 3 bulan sedangkan sebiji-biji voucher-voucher yg dicetakkan. Adake macam ni?... Pastu, sya yg duduk kat tepi pun rasa dia macam kena sendiri yang slap sendiri punye muka pulak... haha.. anyhow, thanks to this article, we learn about this incident..

    BalasPadam
  18. Sy bru je kena bulan lepas..nsb bek dpt blik duit RM3k lps ugut bos promoter tu..:-)

    BalasPadam
  19. sy pun tkna gak.klu dah byaq deposit bleh amik x?nk kna wat repot dpt blk x?skg ada kt kuching sarawak.

    BalasPadam

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.