Isnin, 23 Januari 2012

Misteri Pembunuhan di Vila Tuan Hisyam


Gambar sekaddar hiasan


Pada malam selasa yang lepas, telah berlaku satu kejadian yang ngeri di sebuah vila dua tingkat kepunyaan Tuan Hisyam. Peristiwa tersebut terjadi ketika beliau dan isterinya sedang bercuti di Genting Highland. Ketika itu, yang berada di rumah ialah anak sulungnya Rashid (25), pembantu rumah Halimah (50), penjaga bayi Rusnah (22), anak bongsu beliau Lili (2 bulan), tukang kebun Pak Abu (46)  dan mangsa anak perempuan kedua beliau Siti (20). Mayat Siti dijumpai di belakang semak dengan kesan tikaman di dada dan di perut. Kehilangan beliau disedari Halimah ketika dia mengemas bilik kepunyaan Siti. Siti yang selalu bangun lewat tiada di katilnya dan Halimah merasa musykil lalu mencari Siti di sekitar rumah tapi tidak berjumpa. Halimah meneruskan kerjanya seperti biasa dengan anggapan  Siti mungkin keluar malam dan tidur di rumah kawannya.


Sehinggalah pada pukul 9.00 pagi, Pak Abu terjumpa mayat Siti ketika sedang mengemaskan semak samun di belakang vila. Dia segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Tuan Rahman dan pihak polis. Tuan Rahman yang terkejut dengan berita tersebut bergegas pulang ke rumah dengan isterinya. Setibanya di rumah, pihak polis telah sampai dan orang-orang kampung sedang berkerumun di halaman. Pihak polis telah selesai mengambil keterangan seorang demi seorang yang berada di vila ketika kejadian tersebut. Halimah berlari-lari anak ke arah majikannya. Dengan wajah yang sedih, Halimah memeluk erat Puan Dina ibu kepada si mangsa Siti. Orang-orang kampung pulak bersembang dan berbisik sesama mereka. Ada antara mereka mengucapkan takziah kepada Tuan Rahman atas pemergian anaknya. Tuan Rahman seolah-olah tidak mempercayai akan kematian anak kesayangannya. Beliau diam seribu bahasa.


Kematian Siti dianggarkan berlaku pada pukul 1.00 ke 2.00 pagi berdasarkan keadaan mayatnya. Jenazah Siti kemudian dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Inspektor Sidiq menemui Tuan Hisyam untuk menerangkan berkenaan prosedur yang diambil oleh pihak polis dalam menangani kes tersebut dan meminta kerjasama Tuan Hisyam untuk memberikan apa-apa maklumat yang dapat membantu siasatan. Kata Inspektor lagi, pembunuh mungkin orang luar berdasarkan kesan pecah masuk di tingkap bilik Siti. senjata pembunuhan telah ditemui dan mereka akan menyiasat kesan cap jari yang terdapat padanya. Tuan Hisyam mengangguk lemah mendengar setiap butir percakapan yang keluar dari mulut Inspektor Sidiq. 


Di dalam rumah, Tuan Hisyam meninjau ke persekitaran rumah. Nalurinya kuat membisikkan sesuatu. Beliau kemudian berasa musykil mengenai beberapa perkara dan cuba mencari kebenaran mengenai pembunuhan tersebut. Beliau memanggil Rashid, Rusnah, Halimah dan Pak Abu secara berasingan melalui Puan Dina. Rashid yang mula-mula dipanggil. Dia memulakan cerita. Pada malam semalam, dia sedang menonton perlawanan bola di bilik tidurnya. Perlawanan bermula pada pukul 1 pagi dan berakhir pada pukul 2.45 pagi. Oleh kerana bunyi dari televisyennya kuat kedengaran Rashid tidak mendengar apa-apa yang berlaku di luar bilik. Cuma ada sekali ketika dia hendak membuang air beliau ternampak Rusnah sedang menuruni tangga. Wajah Rusnah ketika itu cemas. Rashid tertanya-tanya kenapa tapi sebaik saja mendengar laungan gol dari televisyen dia terus bergegas ke bilik. Perhatian Rashid kemudian tertumpu pada skrin tv dan dia langsung mengabaikan apa yang dilihatnya sebentar tadi. 


Tuan Hisyam menanyakan kejadian tersebut berlaku pada pukul berapa. Rashid menekan dahi dan menggaru kepala. Mungkin pada pukul 2 pagi jawabnya. Rashid memberitahu sesuatu kepada ayahnya. Sebenarnya, Siti ada membawa masuk teman lelakinya ke dalam bilik pada waktu malam. Tambah Rashid lagi, dia ternampak mereka berdua-duaan secara kebetulan. Rashid memarahi mereka berdua dan menghalau teman lelaki Siti keluar dari rumah.  


Tuan Hisyam tersentak mendengar cerita tersebut. Rashid mengiyakan cerita tersebut berulang kali. Dia syak teman lelaki Siti ada kaitan dengan pembunuhan tersebut. Tuan Hisyam kemudian meminta Rashid kembali ke biliknya. Beliau memanggil Rusnah pula. Rusnah datang setelah beberapa minit. Dia meminta maaf atas kelewatan kerana sibuk menguruskan Lili. Tuan Hisyam meminta Rusnah bercerita dan berlaku jujur kepadanya. 


Rusnah membuka bicara. Ketika dia sedang tidur Lili terjaga dan menangis kuat. Rusnah bangun dan mendodoikan Lili. Oleh kerana Lili tetap menangis Rusnah pergi ke dapur membancuh susu kerana sangkanya Lili lapar. Ketika dia melewati tangga Rusnah terdengar satu jeritan di tingkat atas. Rusnah menaiki tangga dengan perlahan-perlahan. Dia berasa cemas. Mungkin ada pencuri yang masuk fikirnya. Rusnah bertambah takut dan terus turun ke bawah dan berlari ke biliknya. Terus dikunci pintu bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini.


Tuan Hisyam mengangguk perlahan. Beliau menanyakan jika ada apa-apa lagi yang mahu diceritakannya. Rusnah seolah-olah dalam keadaan serba salah. Ada sesuatu yang dipendamkannya. Jika diceritakan maruah ahli keluarga Tuan Hisyam boleh terjejas. Rusnah menggeleng kepala. Tuan Hisyam dapat membaca air muka Rusnah tetapi tidak mengatakan apa-apa.


Setelah itu, beliau meminta Rusdi memanggil Halimah. Halimah datang dengan wajah yang sebak. Puan Dina berada di sebelahnya. Tuan Hisyam membisikkan sesuatu ke telinga Puan Dina. Puan Dina mengangguk perlahan dan meninggalkan suaminya bersendirian dengan Halimah. Halimah menanyakan hajat Tuan Hisyam. Tuan Hisyam meminta Halimah duduk dan bertenang. Apa yang diinginkan Tuan Hisyam ialah cerita Halimah pada malam kejadian. Halimah perlahan-lahan menuturkan bicara. 


Pada malam itu, Halimah sedang membasuh pakaian di dapur. Kemudian beliau menyapu sedikit sampah sarap yang berada di lantai dan melipat kain yang belum dilipat. Setelah selesai, dia membawa pakaian yang dibasuh sebentar tadi ke bilik jemuran bersebelahan dengan bilik Rusnah. Halimah mengakui dia ada terdengar derapan tapak kaki seseorang ke dapur. Sangkanya mungkin Rusnah membancuh susu untuk Lili sebab dia ada dengar Lili menangis sebelum itu. Selesai menjemur pakaian Halimah masuk ke biliknya dan bersiap-siap untuk tidur. Tuan Hisyam menanyakan jika Halimah ada terdengar apa-apa jeritan sebelum itu. Halimah menafikan ada terdengar sebarang jenis jeritan. Mungkin sebab bunyi kipas yang kuat kata Halimah. Dia sengaja memasang kuat supaya pakaian cepat kering. 


Tuan Hisyam menanyakan jika Halimah ada apa-apa yang lain hendak diceritakan. Halimah merenung kejauhan. Mungkin sudah tiba masanya menceritakan mengenai perkara tersebut. Sebenarnya, Halimah pernah ternampak Rashid sedang bermanja dengan Siti di dalam bilik Siti. Tuan Hisyam tergamam. Dadanya seolah-olah disambar petir. Tuan Hisyam mengurut dadanya berulang kali. Tuan Hisyam menekan Halimah supaya bercerita lebih lanjut.


Kira-kira sebulan yang lepas, Halimah yang sepatutnya menziarahi cucu di kampung pulang tergesa-gesa ke vila kerana tertinggal mainan cucunya. Suasana di Vila ketika itu sunyi. Tuan Hisyam dan Puan Diana telah pergi bekerja dan anak-anak yang lain pergi ke sekolah. Halimah masuk ke biliknya dan menjumpai mainan yang telah dibeli khas untuk cucunya. Halimah kemudian terdengar jeritan Siti dari tingkat atas. Halimah berasa tidak sedap hati. Dia menaiki tangga ke tingkat atas untuk meninjau apa yang terjadi. Halimah hairan apabila suara jeritan Siti bertukar menjadi rintihan dan erangan. Tidak sukar untuk Halimah menduga apa yang berlaku. Sangkanya, Siti sedang melakukan yang tidak senonoh dengan teman lelakinya. Akan tetapi, Halimah tergamam tatkala mendengar suara Rashid dari sebalik pintu. 


Tuan Hisyam menarik nafas panjang. Beliau memicit-micit urat kepalanya bagi memberi kelegaan. Halimah dipaksa bersumpah atas kenyataannya itu. Halimah berulang kali mengatakan dia bercakap benar. Halimah kemudian dipinta kembali pada urusannya. Tuan Hisyam masih lagi tidak dapat menerima kenyataan Halimah. Namun begitu, usaha mencari kebenaran mesti diteruskan. Halimah yang baru sahaja keluar dari bilik menitiskan air mata berulang kali. Dia tahu kebenaran harus diungkap kerana Tuan Hisyam berhak mengetahuinya. 


Akhir sekali, Tuan Hisyam memanggil Pak Abu. Pak Abu baru sahaja lepas mandi. Ketika dipanggil Pak Abu lekas-lekas memakai pakaian dan bergegas ke bilik Tuan Hisyam. Tuan Hisyam menjemput Pak Abu duduk. Sebenarnya Tuan Hisyam mahu mendapatkan pandangan Pak Abu mengenai kesimpulan yang telah dibuatnya memandangkan Pak Abu sudah dianggap seperti rakan karib. Akan tetapi, Tuan Hisyam mahu mendengar cerita dari mulut Pak Abu dulu.


Menurut Pak Abu pada malam kejadian beliau berada di warung kopi bersama-sama rakan-rakannya yang lain. Mereka berborak-borak sehingga pukul 2 pagi. Pak Abu meminta diri untuk pulang ke Vila kerana sudah lewat malam. Setibanya di Vila, Pak Abu menuju ke bilik air untuk membuang hajat. Kemudian beliau menuju ke biliknya yang terletak berhampiran dengan bilik Halimah. Pak Abu mengatakan dia terus tidur sehinggalah keesokan harinya. Tuan Hisyam menanyakan jika dia ada ternampak apa-apa yang mencurigakan. Pak Abu menggeleng kepala. Katanya suasana ketika itu gelap gelita dan sunyi. Tuan Hisyam terpana seketika. Kenyataan Pak Abu sangat berlainan dengan apa yang dikatakan oleh mereka yang lain. Kenyataan Rusnah, Rashid dan Halimah berpadanan sesama sendiri.    


Tuan Hisyam menduga terdapat sesuatu yang tidak kena. Beliau menanyakan jika ada apa-apa yang ingin diceritakan oleh Pak Abu. Pak Abu lantas menggeleng-gelengkan kepalanya. Beliau kemudian meminta Pak Abu kembali ke urusannya. Tuan Hisyam cuba memadankan kembali apa yang didengarnya daripada Rashid, Rusnah, Halimah dan Pak Abu. Tuan Hisyam benar-benar buntu ketika ini. Ada sesuatu yang hilang dalam kes tersebut. Satu klue yang penting. 


Kenapa secara kebetulan Rashid, Rusnah dan Halimah masih belum tidur ketika malam kejadian. Kes Rusnah mungkin boleh diterima tetapi kenapa Halimah kerja sampai lewat malam. Selalunya dia dah tidur pada waktu itu. Tuan Hisyam memunggah barang yang dibawa balik ketika percutian. Beliau mencari surat khabar semalam. Tuan Hisyam menyemak intisari rancangan. Semalam memang ada siaran perlawanan bola di TV2. Tapi ada kemungkinan Rashid telah sedia tahu dan merancang alibinya. 


Rusnah kata dia naik ke atas selepas mendengar jeritan. Kalau pencuri pecah masuk ada kemungkinan dia yang bunuh Siti tapi kenapa tak ada barang-barang penting yang diambil. Kalau begitu kenapa Rusnah lari dengan keadaan cemas. Mungkin sebenarnya dia dah tengok siapa pembunuh tu tapi tak mahu berterus terang. 


Berkenaan Halimah pulak. Kenapa dia kerja sampai lewat malam sedangkan dia selalu menyiapkan kerjanya sebelum pukul 12 malam. Apa yang berlaku sampai dia terpaksa bekerja lewat malam. Mungkin benar bunyi kipas yang kuat di bilik jemuran menghalang dia dari mendengar jeritan Siti.


Apa yang lebih memusykilkan ialah Pak Abu. Apa yang diceritakan Rashid, Rusnah dan Halimah berpadanan sesama mereka tetapi tak sama langsung dengan apa yang Pak Abu ceritakan. Pak Abu kata dia balik lewat malam pada pukul 2 pagi tapi langsung tak dengar apa-apa yang mencurigakan. Mungkinkah Pak Abu yang melakukannya. Tuan Hisyam berusaha memerah otak mencari jawapannya tetapi tidak menemui apa-apa yang pasti cuma sangkaan belaka.


Tuan Hisyam solat hajat memohon petunjuk dari Ilahi. Setelah selesai berdoa Tuan Hisyam duduk berzikir memuji Allah. Puan Dina yang turut serta mendoakan agar pembunuh anaknya dapat diberkas. Tidak lama kemudian, tergerak hati Tuan Hisyam untuk menemui Pak Abu. Setibanya di bilik, didapati Pak Abu sedang tidur dengan nyenyaknya. Tuan Hisyam melangkah masuk. Matanya terpandang jam yang berada di sudut meja kecil bersebelahan almari baju Pak Abu. Beliau mengenali jam tersebut. Pak Abu selalu memakainya. Jam yang sudah lusuh warna tali pemegangnya dibelek-belek. 


Dugaan Tuan Hisyam ternyata benar. Jam tersebut telah mati baterinya. Jarum menunjukkan tepat pukul 2.00 pagi padahal sekarang baru pukul 1.00 petang. Kemungkinan besar ialah ketika Pak Abu pulang ke Vila disangkanya baru pukul 2.00 pagi sebab jamnya telah mati ketika itu. Dia pulang setelah pukul 2.00 sebab pada waktu tersebut insiden Rashid, Rusnah dan Halimah telah lama berlaku. Bagi mendapatkan kepastian Tuan Hisyam telah menelefon tauke warong kopi dan ternyata Pak Abu pulang pada pukul 3.00 pagi.


Sekarang Pak Abu mempunyai alibi yang kukuh. Tinggal lagi Rashid, Rusnah dan Halimah punya alibi yang perlu dipastikan. Rashid mengatakan dia menonton bola di televisyen dan dia ternampak Rusnah turun dari tangga pada pukul 2 pagi. Manakala Halimah pada waktu itu ada dalam bilik jemuran. Mengikut logik ini Rusnah adalah suspek yang paling berkemungkinan menjadi pembunuh. Akan tetapi apakah motif Rusnah untuk membunuh Siti. Setahunya Siti dan Rusnah ialah kawan baik. Sebab itulah Rusnah ditawarkan kerja menjadi penjaga Lili. 


Mungkin ada sesuatu yang berlaku antara mereka. Sekarang ni pasal Rashid pula. Betul ke apa yang Halimah katakan tu? Tuan Hisyam mahu bertanya sendiri pada Rashid. Tuan Hisyam pergi menemui Rashid. Didapatinya Rashid sedang membaca majalah Wanita. Tuan Hisyam berdehem sedikit. Rashid tersentak dengan kehadiran ayahnya. Rashid diam membatu tatkala ayahnya mengambil posisi duduk di sebelah kirinya. Tuan Hisyam merenung anak mata Rashid. Beliau mahukan kejujuran dari anak sulungnya itu. 


Tatkala mendengar pertanyaan ayahnya Rashid tersentak hebat. Air mukanya merona. Rashid merasa malu yang teramat. Air matanya mula mengalir deras. Dalam keadaan yang sebak Rashid menceritakan perkara sebenarnya. Sebenarnya bukan dengan Siti Rashid berdua-duaan tetapi dengan Rusnah. Mereka melakukannya di bilik Siti kerana bilik Siti lebih luas dan katilnya lebih selesa. Rupa-rupanya jeritan yang didengari oleh Halimah bukanlah jeritan Siti tetapi Rusnah. Disangkakan Siti kerana berpunca dari biliknya jeritan tersebut. Tuan Hisyam berada dalam dua rasa. Beliau rasa lega kerana Rashid tidak melakukan sumbang mahram dengan adiknya tetapi juga berasa marah kerana anaknya berbuat maksiat dengan Rusnah.


Kini, Tuan Hisyam mengerti tentang reaksi wajah Rusnah yang serba salah ketika disoal. Akan tetapi apakah kaitannya hubungan sulit tersebut dengan kematian Siti. Tuan Hisyam kemudian keluar dari bilik Rashid dan pergi menemui Rosnah. Rashid dibiarkan berseorangan diri. Ketika ditemui Rusnah sedang menidurkan Lili.
Tuan Hisyam menunggu sehingga Lili tidur. Rusnah sedar Tuan Hisyam mahu bercakap dengannya. Setelah Lili tidur Rusnah merapati Tuan Hisyam. 


Tuan Hisyam lantas bertanyakan tentang hubungan Rusnah dengan Rashid. Sama seperti Rashid, Rusnah turut tekesikma mendengarkannya. Air mata Rusnah hampir-hampir berjejeran keluar dari liang mata. Rusnah tersengguk-sengguk dan tidak dapat menahan rasa malunya. Tuan Hisyam meminta Rusnah bertenang. Lantas Tuan Hisyam mengemukakan teorinya tentang apa yang berlaku pada malam kejadian. Kata beliau, Rusnah nampak wajah sebenar pembunuh Siti. Rusnah terdiam membisu. Iya. Memang dia nampak wajah pembunuh terbabit tapi sukar baginya untuk menyatakan siapa orangnya. Orang tersebut sangat penting dalam hidupnya. 


Tuan Hisyam lantas mengemukakan deduksinya. Pada malam kejadian tidak berlaku kejadian pecah masuk ke bilik Siti. Berdasarkan kesan cermin pecah yang ditemui di tingkap bilik Siti, Tuan Hisyam berasa aneh kerana serpihan kaca tersebut lebih tertumpu di luar berbanding di dalam bilik. Jikalau dipecahkan dari luar pastinya serpihan cermin lebih tertumpu di dalam bilik. Maknanya orang di dalam yang memecahkannya. Lagipun jika ada orang pecah masuk mestilah Siti dah menjerit sekuat-kuatnya sehingga semua orang dapat dengar. Hal ini tak mungkin berlaku melainkan Siti mengenali orang tersebut dan orang itu mengambil kesempatan tersebut untuk membunuhnya. 


Pada malam itu Pak Abu tidak berada di Vila kerana lepak di warong kopi bersama kawan-kawan sehingga pukul 3.00 pagi. Pak Abu mengatakan dia balik pukul 2.00 kerana jamnya sudah mati bateri pada waktu itu. Rashid mengatakan dia ternampak kamu turun tangga dengan cemasnya. Memang begitu apa yang berlaku. Tetapi apa yang kamu ceritakan itu sebenarnya hanyalah cebisan sahaja bukan. Mungkin apa yang berlaku adalah seperti ini. Kamu pergi ke bilik Siti atas suatu tujuan. Kemudian atas beberapa sebab kamu membunuhnya. Kamu cemas dan tak tau nak buat apa. Lalu kamu minta tolong Rashid. Rashid memalsukan bukti supaya dapat mengaburkan siasatan. Mungkin kamu bersepakat dengan Rashid untuk membunuh Siti atau mungkin juga sebenarnya kamu tidak sengaja berkomplot dengan Rashid. Akan tetapi kamu terpaksa bukan?


Rusnah membisu seribu kata. Tiada apa yang dapat diucapkan lagi. Lidahnya terkunci kaku. Deduksi Tuan Hisyam tepat sekali. Akan tetapi Tuan Hisyam tiada bukti fikirnya. Oleh itu, Rusnah menjawab bahawa Tuan Hisyam melontarkan dakwaan serkap jarang terhadapnya. Rusnah meminta bukti yang dapat mengaitkannya dengan pembunuhan tersebut. 


Tuan Hisyam mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Ia adalah gambar Siti dan Rusnah ketika di sekolah menengah dahulu. Dahulu, kamu dan Siti ialah rakan karib. Akan tetapi Siti telah merampas teman lelaki kamu. Kamu cemburu dan kamu nak balas dendam. Kamu berbaik dengan Siti dan dapat kerja di sini. Selepas itu, kamu goda Rashid sehingga dia terlanjur dengan kamu. Rashid mahu bertanggung jawab terhadap tindakannya akan tetapi kamu telah gunakan hubungan itu untuk peras ugut Rashid. Jika dilaporkan kepada polis bahawa kamu telah dirogol oleh Rashid maka nama keluarga Tuan Hasyim pasti tercemar dan Rashid sama sekali tidak mahu ia berlaku. 


Rusnah kemudian menjadi marah-marah dan meminta lagi bukti daripada Tuan Hisyam. Katanya tuduhan yang melulu seperti itu tidak akan membuktikan apa-apa. Kali ini Tuan Hisyam menyuakan diari milik Siti. Siti telah menyatakan apa yang berlaku selama ini di dalam diari. Tuan Hisyam terjumpanya di dalam almari baju Siti ketika sedang mencari bahan bukti. Berdasarkan apa yang dicatat di dalam diari ternyata Rusnah mempunyai motif untuk membunuh Siti. Ini kerana Siti telah memburuk-burukkan nama Rusnah untuk memiliki Karim teman lelaki Rusnah. Akan tetapi disebabkan rasa bersalah Siti cuba berbaik-baik dengan Rusnah. Siti langsung tidak menyangka Rusnah sanggup memaafkannya. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.


Pada malam kejadian tersebut, Rusnah meminta izin masuk ke bilik Siti. Siti yang tidak mengesyaki apa-apa mengizinkan dia masuk. Rusnah dan Siti kemudiannya berbual-bual mengenai zaman persekolahannya. Ketika bercerita mengenai Karim, Siti menceritakan betapa hebatnya layanan Karim terhadapnya. Karim seperti hamba abdi yang mengikut setiap kata Siti. Malah Siti turut menggelar Karim sebagai lelaki bodoh dan mata duitan. Rusnah yang naik berang mencekik leher Siti. Cinta Rusnah yang terlalu mendalam terhadap Karim menyebabkan Rusnah gagal mengawal emosinya. Siti terkapai-kapai mencari nafas. Suara jeritannya tersekat. Tidak lama kemudian Siti putus nafas. Rusnah terpinga-pinga. Memang Rusnah sudah lama mahu membunuh Siti tetapi dia teragak-agak. Kali ini dia sudah terlanjur melakukannya.


Setelah pembunuhan berlaku, Rusnah turun dari tangga dengan cemasnya. Rashid yang ternampak keadaan tersebut menerpa ke arah Rusnah dan bertanyakan sebabnya. Rusnah menceritakan apa yang berlaku dan Rashid bergegas naik ke atas. Rusnah meminta tolong Rashid akan tetapi Rashid enggan menolongnya apatah lagi adik dia sendiri yang dibunuh oleh Rusnah. Rusnah mengugut Rashid dengan hubungan sulit mereka. Rashid terpaksa akur. Dia kemudian mendapat idea untuk memalsukan bukti. Cermin tingkap dipecahkan seolah-olah ada orang pecah masuk. Kemudian Rashid mengambil pisau dan menikam tubuh adiknya bagi menipu punca kematian. Pisau tersebut memiliki cap jari Halimah kerana sering digunakan oleh Halimah untuk memasak. 


Setelah itu mereka membawa keluar mayat Siti dari rumah. Mereka berhati-hati agar Halimah tidak menyedari pergerakan mereka. Mereka mahu membawa mayat Siti jauh ke dalam hutan akan tetapi keadaan sekeliling sangat menyeramkan lantas mayat Siti dihumban begitu saja ke dalam semak. Ketika mahu masuk ke dalam rumah Pak Abu baru balik dari warong kopi. Mereka berselindung dalam gelap bagi mengelakkan Pak Abu menyedari kelibat mereka. Halimah ketika itu sudah tidur. 


Kemudian mereka cuba mereka cerita supaya pihak polis akan keliru bagi melengahkan siasatan. Mereka bercadang untuk lari dari situ apabila helah mereka terbongkar akan tetapi ternyata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.


Pihak polis datang sekali lagi ke Vila Tuan Hisyam untuk menangkap Halimah berdasarkan kesan cap jari yang ditemui pada senjata pembunuhan akan tetapi Tuan Hisyam melaporkan penemuan beliau kepada pihak polis. Pihak polis terperanjat dengan kesimpulan yang dibuat oleh Tuan Hisyam. Mereka kemudiaannya membawa Rashid dan Rusnah ke balai. Pada ketika itu, berat hati Tuan Hisyam melihat anak beliau digari akan tetapi dalam hal sebegini Tuan Hisyam tidak boleh terlalu mengikut perasaan. Bagi beliau keadilan tetap harus ditegakkan. Puan Dina dan Halimah tidak dapat menahan sebak di hati mereka. 


Pihak polis memuji pemikiran tajam Tuan Hisyam dan kawalan emosi beliau yang tinggi. Keesokkan harinya Berita kematian Siti anak Jutawan Hisyam mendapat laporan hebat berikutan penangkapan singkat suspek pembunuhnya. Tuan Hisyam digelar Detektive Conan oleh sebilangan orang. Bagi Tuan Hisyam apa yang berlaku adalah atas pertolongan Allah juga. Beliau hanya berdoa dan meminta petunjuk. 


Setelah itu, Tuan Hisyam sering mendapat permintaan dari pihak polis bagi menyiasat kes-kes pembunuhan misteri yang berlaku di sekitar tanah air. Hampir kebanyakan kes tersebut telah diselesaikan dengan jayanya. Manakala yang selebihnya kekal misteri sehingga ke hari ini. 


Karya Asal : Muhammad Iqbal @ Jazmi Bin Ja'afar