Korang bayangkanlah sendiri Goku tu |
Dulu aku baca manga yang popular je macam Dragon Ball, Naruto, Slam Dunk, One Piece dan Doraemon. Sekarang aku dah meneroka jauh ke dalam dunia manga. Antara yang aku ikuti sekarang ialah History Strongest Disciple Kenichi, Fairy Tail, Beelzebub, The Breaker: New Waves, One Punchman, Assassin Classroom dan The World Only God Know (TWOK). Yang paling aku minat ada dua iaitu HSDK dengan The Breaker: NW. Yang paling buat aku gelak One Punchman. Yang paling menarik sudah tentulah Naruto. Ada lagi manga-manga lain yang aku layan. Aku ni dah macam Otaku lak. Tinggal nak masuk dunia Cosplay jer. Hahaha. Tak kuasa aku.
Antara penyebab aku tertarik dengan manga adalah kerana kandungan ceritanya yang menarik, sempoi dan menggamit perasaan. Aku suka dengan hero-hero yang ada superpower. Tak kisahlah dia gunakan untuk tujuan apa. Pastu, watak-watak dalam manga ada perkembangan karakter yang diolah dengan bagus. Macam mula-mula citer hero tu seorang yang bodoh dan tak popular pastu perlahan-lahan dia mencipta nama dalam dunia yang dia duduki dan menjadi ikutan ramai. Bagi aku perkembangan watak atau orang putih kata character development adalah antara resipi kejayaan dalam penghasilan sesuatu manga.
Dalam manga juga ada konflik ideologi dan watak-watak di dalam manga seolah-olah mengajar kita melihat dunia menerusi sudut pandangan lain. Mungkin kita sebelum ni suka buat tanggapan awal tentang seseorang macam bila ada orang yang kita kenal tak senyum kat kita kita terus kata dia sombong padahal mungkin dia ada masalah yang berat dan mengganggu fikirannya jadi dia tak berapa nak layan kita. Atau mungkin kita berpandangan bahawa dunia ini adalah seperti apa yang kita lihat padahal ada banyak perkara tak masuk akal yang kita tak tahu ianya wujud.
Manga juga turut mengajar aku beberapa fakta selalunya berkaitan dengan negara Jepun lah. Macam Jepun terbahagi kepada dua blok besar iaitu kawasan Tokyo dan Osaka. Kalau ada tournament game dua blok ni akan mencari wakil mewakili mereka dan kemudian wakil-wakil ni akan berentap di kejohanan Nasional. Aku perasan dari manga Eyeshield 21, Slam Dunk ngan Hajime No Ippo. Pastu orang Tokyo dengan orang Kansai cakap dalam dialek berlainan macam orang Perak dengan orang Kelantan.
Bagi aku manga adalah salah satu sumber ilmu pengetahuan yang berguna jika kena pada manganya. Kalau baca manga yang berunsur sukan kita akan tahu beberapa perkara pasal sukan itu sendiri seperti peraturan perlawanan dan teknik permainan. Dulu aku tak tahu apa pun pasal sukan American Football. Lepas baca Eyeshield 21 baru aku tahu betapa menariknya permainan itu. Aku teringin nak main tapi sini banyak ragbi je.
Kesimpulannya, tidak rugi membaca manga asalkan kita tak terlalu alpa baca sampai sehari suntuk tak makan tak minum. Itu sangatlah merbahaya kepada kesihatan. Lagi satu baca manga ni percuma saja kalau kita baca kat laman web. Kalau nak beli memang keringlah poket. Akan tetapi kalau berkemampuan apa salahnya membeli manga di kedai-kedai buku berdekatan sebagai tanda kita menyokong industri komik mereka. Okay. Cukup sampai di sini saja. Berjumpa di posting yang seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.