Rabu, 8 Ogos 2012

Manusia Pilihan part 11

PETALING STREET

Suasana hiruk-pikuk dengan pergaduhan antara dua kumpulan samseng terbesar di Kuala Lumpur. Di sana sini bergelimpangan samseng-samseng yang tumpas dalam pergelutan. Yang masih gagah sibuk bertarung sesama mereka. Pukulan demi pukulan menghinggapi segenap penjuru tubuh. Orang awam yang tidak terlibat melihat dari kejauhan. Seboleh-boleh mereka tidak mahu kehadiran mereka disedari dengan menyembunyikan diri di sebalik kotak-kotak dan dinding bangunan. Penjaja-penjaja makanan terpaksa menghentikan seketika perniagaan mereka. Dalam hati mereka menyumpah-nyumpah samseng yang tidak sudah-sudah membuat kacau di kawasan tersebut.

Tiba-tiba, bebola api yang datang entah dari mana menyambar seorang demi seorang samseng yang leka bergaduh. Mereka menjerit kepanasan dan berlari-lari mencari air. Ada antara mereka tersungkur di atas jalan. Api yang merah membara memamah sekujur tubuh yang lemah seperti api memakan kayu kering. Api Merah tersenyum sinis menyaksikan kejadian tersebut. Puas hatinya melihat samseng-samseng tersebut tumbang seorang demi seorang. Api Merah tidak mungkin akan melupakan permusuhan abadinya terhadap kumpulan kongsi gelap. Peristiwa silam yang terlalu perit telah mengubah dirinya menjadi kejam dan tidak lagi berperikemanusiaan.

"Oh.. Ini kerja kamu". Api Merah berpaling ke belakang. Seorang pemuda bertopeng yang gagah perkasa sedang berdiri tegak memandang ke arahnya. Api Merah terkesima. Terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu. Api Merah segera membetulkan riak wajahnya lalu berbicara. "Tidak sangka dapat bertemu muka dengan superwira MiM. Selama ini hanya mendengar cerita mulut sahaja" Api Merah mengukir senyuman. Pendekar MiM tidak berkata apa-apa. Matanya melihat satu demi satu jasad yang telah rentung terbakar.

"Kamukah selama ni yang terbabit dengan kebakaran aneh yang berlaku di sekitar KL ni?" soal Pendekar MiM. Api Merah mengangguk tanpa teragak-agak. "Ya! Memang aku punya keje. Mereka yang mampus tu memang patut menerima balasan. Tidak perlu menunggu terbakar oleh api neraka. Seketika ini juga mereka boleh merasakannya" Api Merah tidak menunjukkan riak bersalah. Bagi dia, apa yang dilakukan itu memang wajar. Samseng-samseng tersebut memang patut mati. "Mari ikut aku menerima pengadilan yang sewajarnya. Tidakkah kamu tahu negara kita ada undang-undang! Mereka ni sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan dahulu!" bicara Pendekar MiM dengan tegas. Baginya, walau sejahat mana pun samseng-samseng ni mereka wajar mendapat pengadilan yang adil.

Api Merak menyinga. Marah sekali dengan ucapan Pendekar MiM sebentar tadi. Terbayang di ruangan matanya wajah-wajah samseng yang telah memporak perandakan keluarganya. Angkara hutang Ayah yang tidak bertanggungjawab Ibunya menjadi korban. Adik perempuannya diperkosa. Api Merah tidak mampu berbuat apa-apa ketika itu. Dia turut dipukul separuh mati. Mujurlah umurnya masih panjang. Api Merah tidak mungkin akan melupakan penderitaan yang teruk itu. Dia marah. Sangat-sangat marah. Api Merah membara dengan nyalaan api yang terang di kedua belah tangannya.

Pendekar MiM kaget melihat peristiwa tersebut. Belum sempat beliau berbuat apa-apa Api Merah telah menyerang dengan lemparan bebola api. Tepat mengenai dada Pendekar MiM. Beliau terhumban ke belakang. Dada beliau terasa panas sekali. Jika orang biasa sudah pasti mati terbakar terkena lemparan itu. Api Merah melompat ke hadapan MiM lalu menghadiahkan satu tumbukan yang berat ke muka. Pendekar MiM mengelak sedikit. Terguris pipi beliau. Pendekar MiM menolak Api Merah ke samping. Kembali bangkit dan membetulkan pernafasannya.

Pendekar MiM tiba-tiba ghaib dari penglihatan. Sekelip mata beliau berada betul-betul di hadapan Api Merah. Api Merah ditackle dan dibawa terbang ke langit. "Kalau betul kau nak bertarung, bukan kat sini tempatnya" ujar Pendekar MiM. Beliau membawa Api Merah ke satu tempat yang jauh dari kawasan bandaraya. Setibanya di satu kawasan lapang yang di kelilingi hutan, mereka menyambung kembali pertarungan. Tumbukan demi tumbukan dilancarkan. Gaya berlawan Api Merah adalah Street fighting manakala Pendekar MiM menggunakan seni silat. Ternyata, Api Merah tidak berupaya melawan serangan dari Pendekar MiM. Beberapa kali pergerakannya seolah-olah terkunci.

Api Merah cuba mencari helah bagi melepaskan diri. Melihat-lihat sekeliling dengan tujuan mencari kelebihan  faktor muka bumi. Seketika kemudian, Api Merah melompat tinggi ke langit dan melibaskan nyalaan api yang panjang seperti ekor naga ke arah Pendekar MiM. Beliau pantas mengelak. Bertubi-tubi beliau dilibas tetapi satu pun tidak mengena. Tiba-tiba, kawasan sekeliling hutan terbakar dengan api yang semakin marak. Pendekar MiM menyedari ini adalah helah Api Merah. Apa yang perlu beliau lakukan? Beliau perlu melakukan sesuatu jika tidak kebakaran tersebut akan merebak ke kawasan penempatan. Beliau memandang Api Merah. Api Merah tersenyum sinis. Tiada cara lain beliau meninggalkan Api Merah dan terbang mencari tangki air yang terletak di kawasan bandar. Api Merah mengambil kesempatan tersebut untuk melarikan diri.

Besambung...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.