Sejak dulu lagi, aku digelar budak pandai. Aku tau yang aku ni pandai tapi aku tak rasa yang keputusan aku cemerlang cam budak2 yang pangggil aku macam tu. Makna kata diorang tu lagi pandai dari aku lah kan patutnya. Aku tak rasa kepandaian adalah aspek penting kejayaan. Bagi aku kejayaan datang dari Usaha, Doa dan Tawakal. Orang-orang yang berjaya adalah orang yang berani buat salah dan belajar dari kesalahannya. Aku tak rasa aku tergolong dalam golongan itu.
Minat aku sejak kecil ialah membaca buku. Apa saja jenis buku selalu menjadi pilihan aku. Aku tidak tau kenapa tetapi minat ini sudah bercambah dari kecil lagi. Masa sekolah rendah aku suka baca buku sains. Teringat aku dulu ketika darjah 4 aku pernah membaca buku sains darjah 6. Pada masa itu, aku beranggapan bahan bacaan itu bukan untuk orang berumur seperti aku akan tetapi oleh kerana minat yang mendalam aku singkirkan aggapan itu. Jadi kerana pengaruh sains dalam kehidupan aku membuatkan aku bercita-cita menjadi saintis. Ternyata setelah aku dewasa fantasi tidak seindah realiti. Subjek sains tulin yang aku ambil ketika sekolah menengah gagal aku bawa dengan baik. Akibatnya aku mendapat keputusan yang teruk.
Kini aku belajar Sains Pentadbiran di UiTM Shah Alam. Memnag jauh sungguh dengan bidang yang aku minat masa kecik2 dulu. Setelah belajar pentadbiran, ternyata aku memang tidak sukakannya. Ini bukanlah apa yang aku cita-citakan masa kecik dulu. Ketika di alam universiti aku menemui bidang yang aku minati iaitu psikologi manusia dan kajian kuasa minda. Aku bercadang mengambil Master dalam psikologi. Harap-harap tercapailah hajat aku ni.
weh aku pun weh..aku nak jadi kaunselor..tapi tup tup belajar management technology.huhu..master pun dapat kos same gak..ko nak amik master kat mane nanti weh?jom la wat sesame.hehe.
BalasPadamkat mana ye yang ada.. aku ingat nak wat kat USM or UM or mana2 je la yg ada kos tu.. jom wat sekali!
BalasPadam