Ahad, 24 Februari 2013

Ulat Buku dah naik daun

Hye. Membaca buku sangatlah best. Tak leh nak cerita perasaan dia macam mana. Hanya orang yang minat membaca saja yang tahu. Sebelum ni aku lebih cenderung membaca buku berbahasa Melayu. Genre pelbagai. Asalkan benda tu namanya buku mesti aku baca. Wah, ulat buku sungguh aku. Cuma, aku kurang rajin nak mencatit dalam buku Nilam. Sebab tu aku tak menang anugerah membaca ke apa. Padahal aku berani cakap yang aku baca lagi banyak daripada pemenang-pemenang tu baca. Ye ye o sangat aku.

Apabila aku menyambung pelajaran di universiti, aku bertemu dengan seorang pemuda yang turut gemar membaca. Pilihan dia ialah buku motivasi berbahasa inggeris. Wah hebat. Kagum aku dengan pilihannya. Masa tu aku selalu beli novel bahasa Melayu karangan Ramlee Awang Murshid. Aku memang tak minat cerita-cerita cinta atau romantik. Citarasa aku lebih kepada genre Thriller. Ianya berterusan sehinggalah pada suatu hari aku terjumpa satu buku ni di pasaran. Aku kurang pasti buku apa yang aku jumpa. Ia adalah dari genre Self Help. Kalau tak salah aku tajuk dia How to Develop Super Power Memory oleh Harry Lorayne. Buku ni mengajar teknik-teknik untuk memiliki ingatan yang hebat. Sejak tu aku mula terdorong membeli buku dari genre yang sama sehinggalah kini aku telah membelanjakan ribuan ringgit untuk hobiku ini. Terperanjat?

Bagi aku beli buku ni tak rugi. Yang rugi bila ilmu yang kita peroleh tu tak dipraktikkan langsung. Senang cerita tak de maknalah kalau beli pun. Buku yang aku beli telah mencapai berpuluh-puluh buah dan tiga daripadanya dipinjam oleh rakanku. Harap-harap buku tu ada lagilah dan masih dalam keadaan yang baik. Tempat yang aku tuju untuk membeli buku ada banyak. Yang paling sering aku pergi ada dua iaitu Popular dan MPH Bookstore. Jarak kedua-dua tempat ni tak de la begitu jauh dari kediaman aku di Baiduri. Cuma makan masa gak lah nak sampai sana. Aku suka kedua-dua tempat ni sebab dia ada banyak buku yang ditawarkan. Rambang mata aku nak pilih. Bila da beli banyak sangat faham-faham sajalah. Kat umah aku dah macam rak buku kat sana lak. Buku-buku yang dipamer kat rak-rak tu hampir kebanyakannya aku dah ada.

Lepas beli buku aku akan pergi ke Mc D beli aiskrim chocotop. Best woo. Tu sebelum kempen boikot Mc D. Pas je kempen tu aku kempunan dah nak makan kat situ. Sedaya mungkin aku cuba elakkan Mc D. Ada jugaklah aku order makan dari situ sebab dah geram sangat. Masa tu study week kawan aku ngajak makan Mc D pastu kami orderlah pakai delivery. Pukul tiga pagi dah time tu. Elok je kami bantai makan burger ngan minum air coke. Tu je la yang aku ingat. Berbalik kepada buku tadi, aku berterima kasih kepada kerajaan sebab bagi Baucar Buku RM 250. Terus terang kerajaan dah bantu aku lepaskan gian nak beli buku. Aku dah kering nak beli ketika itu. Banyak gak lah aku angkut dari Popular. Pastu, aku beli lak kat One Stop Center di Teluk Intan sebelah Giant. Kat sini boleh beli selain buku jadi aku angkut mini speaker, headphone, dan sebagainya. Tak lupa juga buku-buku. Biasalah ulat buku. Ada satu buku tu aku beli tak boleh pakai langsung. Dah tak relevan penggunaannya. Baik aku tak payah beli buku tu.

Apapun, membaca adalah satu hobi yang bagus. Orang yang membaca ni banyak pengetahuan dan lebih dalam pemikirannya bergantung kepada buku yang dia baca. Kalau layan buku komik yang takde pengisian apa yang aku cakap tadi tak terpakai. Boleh bezalah orang yang cakap pakai kepala lutut dengan orang yang cakap pakai kepala otak. Bukan nak mengutuk usik sikit jer. Janganlah marah hehe. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.