Penghujung
Abad ke 21
Hari
ini adalah hari yang terakhir dalam kalendar Masehi tahun 2100. Esok adalah
abad ke 22. Aku tak sabar menunggu ketibaannya sebab aku teringin nak jumpa
Doraemon. Mengikut artifak lama yang dijumpai dalam penggalian tanah di sekitar
Tokyo, sebuah robot kucing dari abad ke 22 kembali ke tahun 1970 untuk menolong
Nobita. Dikatakan Nobita ini bernasib malang dan sering dibuli Giant. Doraemon
memiliki poket yang bersambung ke dimensi keempat. Di situlah gajet-gajet hebatnya
di simpan. Ramai kawan-kawan aku kata yang cerita Doraemon tu cerita dongeng.
Cakaplah apa pun aku tetap percaya yang Doraemon tu wujud. Kalau tak masakan
wujud patung Doraemon. Besar pulak tu. Tinggi dalam tujuh kaki. Berat dalam
lima ratus kilogram. Sekarang ni patung tu ada terpamer kat Muzium Sejarah Dr.
Ronaldo.
“Sampai
bila kau nak berkhayal ni Aiman?” Suara itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku
menoleh ke kiri dan ke kanan mencari pemilik suara itu. Laci meja aku tiba-tiba
terbuka. Sebuah makhluk keluar darinya. Aku kenal makhluk itu. “Doraemon!” Aku
menerpa ke arah Doraemon. Doraemon mengeluarkan senjata dari poketnya dan
menembak aku. “Doraemon atuk kau. Bangun sekarang!” Celik mata aku.
Rupa-rupanya aku bermimpi dalam mimpi. Asam jawa betul keluhku dalam hati.
Fahmi abang sulungku menarik kain langsir. Duh! Pedih mata aku. Sinaran
matahari begitu terang sekali. “Pergi mandi lekas! Upacara kelelakian akan
bermula sekejap saja lagi” ujar Fahmi. Alamak. Hari ni aku akan bersunat. Eh
napa abang aku cakap upacara kelelakian. Skema betul.
Aku
merendamkan diri di dalam air sejuk. Burr… Baju apa aku nak pakai ye kataku
dalam hati sebaik saja selesai mandi. Kain pelekat ngan baju Adidas ni ok gak.
Bunyi hon kedengaran berkali-kali. “Cepatlah torkkk!” Ok aku datang. Aku
melangkah kaki menaiki basikal buruk. Abangku mengayuh basikal sambil
menyanyikan lagu Ikan di Laut Asam di Darat. Lagu kuno tu diminatnya. Kalau tak
salah aku lagu tu dah berusia 100 ratus tahun lebih.
Di
langit beberapa kereta terbang melintasi kami. Seronoknya kalau dapat naik
getusku dalam hati. “Abang. Bila saya jumpa Doraemon nanti saya nak pinjam UFO
sebiji dari dia. Boleh la kita jalan-jalan ke Planet Nebula”. “Kau gila ker.
Doraemon tu cerita dongeng je lah” Aku terdiam. Kenapa semua orang kata
Doraemon tu palsu. Tidak! Doraemon tu betul-betul wujud. Aku yakin. Satu hari
nanti aku akan pergi ke Jepun dan cari Doraemon. Pasti!
20
tahun kemudian
Aku
kini berada di Tokyo Jepun. Jenuh dah aku berjalan mencari Doraemon tapi tak
bertemu juga. Apabila ditanyakan kepada orang-orang tempatan mereka semua
gelakkan aku. Aku hairan. Takkanlah orang Jepun sendiri tak kenal Doraemon.
Takkanlah mereka ingat Doraemon tu cerita dongeng juga. Aku sudah tidak tahan
lagi. Kepenatan membelenggu tubuhku. Kakiku sakit kerana berjalan tanpa henti.
Aku duduk sebentar di palang besi berdekatan dengan sebuah Bank. Tiba-tiba, aku
ternampak satu robot biru berbentuk kucing di sebuah kedai elektronik. Robot tu
mirip Doraemon. Aku segera berlari ke arahnya. Aku tidak menoleh kiri dan kanan
lagi. Kali ni aku pasti dapat mengubah nasib hidupku seperti mana Doraemon
mengubah nasib Nobita. Tidak semena-mena tubuhku melayang ke udara. Aku
tercampak ke tepi jalan. Aduh sakitnya. Aku melihat Doraemon memandang ke arah
aku. Kenapa Doraemon tu senyap je tak gerak-gerak. Dia tak kesian ke kat aku.
Doraemon! Keadaan menjadi gelap-gelita.
“Macam
mana dia boleh sampai sini makcik. Kan saya dah kata dia ni tak sihat. Sakit
mental” marah Fahmi kepada Cik Siti ibu saudaranya. “Mak cik kesian tengok dia.
Dia asyik nak jumpa Doraemon je. Makcik bagilah dia pergi” balas Cik Siti.
Mereka berdua berada di sebuah hospital pakar di Tokyo. Seorang doktor keluar
dari bilik kecemasan. Fahmi dan Cik Siti segera mendapatkannya. “Bertenang. Dia
dalam keadaan selamat. Kamu boleh masuk berjumpa dia” Mereka pun masuk ke dalam
wad kecemasan. Aku sedang membaca sebuah komik. “Baru lepas kemalangan pun kamu
boleh baca komik lagi. Nanti kejap. Ni komik Doraemon kan” tutur Fahmi. Aku
mengiyakannya. Selama ni betullah Doraemon ni cerita dongeng je. Selepas
kemalangan tu berlaku kepala ku yang masuk air kini sudah pulih. Aku dapat
membezakan antara realiti dan fantasi. Malah aku bukannnya berada di abad ke 22
tetapi tahun 2012. Kereta terbang yang aku nampak tu sebenarnya helikopter.
“Abang
saya dah pulih. Jom kita balik” ujarku. Selepas bersiap aku dan abangku bersama
Cik Siti bergerak pulang. Di satu sudut, Doraemon memerhatikan kami dari jauh.
Di tangannya terdapat sebuah mesin pulih sakit mental. Sekian.
P/S: Ni hanyalah cerita karut semata-mata.
wow...best sangat2..:D
BalasPadam