Rabu, 9 April 2014

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan

Assalaamu'alaikum...dan Selamat siang. Apa khabar? Lama dah aku tak memperkemas kini blog. Dah bertahun gak aku tinggal. Bukan tak de artikel baru tapi aku tarik balik dari paparan atas sebab-sebab tertentu. Okay. Kali ni aku terdorong untuk menaip entry baru sebab aku nak join contest blog Buasir Otak. Tahniah korang sebab dah mencapai artikel yang ke 1000++!




Artikel yang aku pertaruhkan ni ditaip pada awal tahun 2013. Pernah dengar Marketing Scam kan? Yang ni adalah pengalaman aku dipermainkan promoter Jualan. Berikut adalah sedikit sedutan daripada artikel asalnya. Klik sini tuk artikel penuh.

Ketika aku sedang menopup di sebuah pasaraya Teluk Intan seorang mamat India ni datang bagi voucher. "Abang ambiklah free gift kami bagi". Aku ambik. Masa tu hati aku tengah berbulu. Asal lah aku topup tak dapat-dapat ni. Buat lagi sekali pun sama jugak. Eh salah nombor. Ni nombor siri kad topup ni. Ceit.

Aku pun carilah kedai mana nak bagi aku free gift ni. Mamat India tu panggil aku. Oh ni kedai dia. Asal buruk sangat susun atur dia ni. Duduklah aku di sebuah meja. Seperti biasa mukadimah perkenalan dia tanya lah aku kerja apa. "Baru lepas belajarkah?" kata Mamat tu. "Kat mana?" soal dia lagi dalam loghat India. Mamat tu budak lagi. Aku kira baru lepas SPM takpun tak habis sekolah lagi. Ada seorang gadis kiut-miut gitu duduk kat sebelah dia. Dia ni pun promoter gak. Diorang sembang-sembang kosong gak ngan aku. Eh napa cara dia cakap ni macam gelabah sangat. Mungkin diorang gemuruh kot tengok abang berbadan sasa ada tahi lalat manis kat pipi ni. Eceh.

"Abang pernah pakai itu induction cooker?. Abang taukah dia pakai kuasa apa?" Mamat tu mula menjalankan operasi brainwashing. Satu demi satu penerangan diberikan. Gadis kiut miut tadi dah blah ke mana ntah. Mamat India ni bukan calang-calang orang. Manis ayat dia. Cam gula pasir 1 kilo. Siap hempuk lagi induction cooker konon nak nunjuk alat tu tahan lasak. "Kalau ketuk dengan hammer tarak boleh la bang" katanya lagi sambil tersenyum manis.

4 ulasan:

  1. dunia sekarang.. scammer merata2..

    singgah sini dr rumah tuan penganjur contest..:)
    http://husnazahidi.blogspot.com/2014/04/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html
    goodluck!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu. Thank you 4 visiting. :-) sekadar peringatan tuk semua.

      Padam
  2. Setakat berbadan sasa bertahi lalat makcik aku pun ada,

    BalasPadam

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.