sumber: 1011h2p1.blogspot.com |
Esok adalah hari yang paling bersejarah dalam kalendar negara Malaysia. genaplah 53 tahun Malaysia merdeka. Masih ingatkah kita..? bersusah payah perajurit-perajurit tanah Melayu dulu berhempas-pulas membanteras segala macam ancaman dari penjajah dan komunis. begitu juga dengan pengorbanan pemimpin-pemimpin kita yang bergolok gadai demi mendapatkan kebebasan yang diimpikan selama ini.
Tugu Negara |
masih ingatkah kita pada leftenan Adnan..? bagaimana beliau dan batalion pimpinannya berjuang berhabis-habisan sehingga ke hujung nyawa menentang tentera Jepun yang datang bagaikan ribut melanda.
sumber: Bernama.com |
Leftenan Adnan |
masih ingatkah kita pada kekejaman Jepun dan bintang Tiga..? Tanah Melayu dijajah hanya 3 tahun setengah saja. akan tetapi, pada masa itu penduduk Tanah Melayu sangat menderita. makanan dicatu. penduduk terpaksa makan ubi kayu saja. pakaian pulak dibuat dari guni. keselamatan di luar rumah tidak terjamin. ari ni mungkin selamat. esok lusa tak tau lagi. jika ada yang menentang, akan dipancung kepala. takpun ditangkap dan diseksa untuk mendapatkan maklumat. lebih buruk lagi, dihantar ke Thailand sebagai buruh paksa untuk membina jalan keretapi dari Thailand ke Burma.
Jalan keretapi dalam pembinaan |
Jalan keretapi maut |
itu baru Jepun. Bintang Tiga lak tak kurang hebatnya. sebaik saja Jepun nyah dari Tanah Melayu, samseng-samseng bintang 3 ini terus melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu. dalam tempoh 14 hari, seluruh negara dilanda ketakutan.
Bintang Tiga |
Mereka juga tak kurang kejamnya.
Hukuman Pancung |
selepas British kembali ke Tanah Melayu, keadaan genting mula mereda sedikit. Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 1 Februari 1948. akan tetapi dalam masa 6 bulan berikutnya, berikutan pembunuhan Sir Alfred Gent, seluruh Tanah Melayu diisytiharkan darurat. pada masa tu. Chin Peng melancarkan pemberontakan ala-ala gerila berikutan penolakan kerajaan terhadap komunisme.
Rundingan Baling |
Pada tanggal 31 Ogos 1957, negara kita bejaya mencapai kemerdekaan melalui usaha kerajaan persekutuan dan sokongan padu rakyat Tanah Melayu. Laungan kemerdekaan kedengaran sebanyak 7 kali di stadium Merdeka dengan disambut oleh beribu-ribu umat manusia yang hadir ketika itu.
Laungan Kemerdekaan |
begitulah serba sedikit sejarah kemerdekaan. dalam usaha mendapatkan kemerdekaan ramai yang terkorban dalam perjuangan. seharusnya kita sebagai generasi muda mengenang kembali perjuangan generasi-generasi sebelum ini. ada antara mereka yang tidak dihargai dengan sewajarnya. sepatutnya perkara seperti ini tak berlaku.
tambah menyedihkan apabila sambutan kemerdekaan tahun ini cam hangat-hangat tahi ayam aje. mana perginya semangat perjuangan kita. takkanlah semua da pikir nak pulang beraya jer.