Sabtu, 16 Mac 2013

Aku Pelik

Sejuknya petang ni. Hujan turun renyai-renyai gitu. Taklah lebat sangat. Sedang-sedang je. Pagi tadi boleh tahan lah bahangnya. Berpeluh-peluh aku. Rasa cam nak mandi ujan tapi aku baru je mandi kat bilik air. Besok kenduri kawan aku. Kenang-kenang balik ramai dah kawan aku yang dah kawen. Aku bila lagi erk. Mungkin 5 tahun lagi barang kali. Takper. Soal jodoh di tangan Allah yang Maha Mengetahui. Kita berserah saja.

Geng-geng babe kata posting aku yang terbaru ni pelik. Nak cerita pasal kes menipu tapi melalut ke sana sini dulu baru nak cerita kisah utamanya. Sebenarnya mungkin tajuk yang aku gunakan tu yang mengelirukan. Mungkin kalau aku guna tajuk Insiden di Pasaraya The Store korang akan tertanya-tanya apa jenis insiden yang berlaku dan mendorong korang untuk membacanya berbanding tajuk Teknik Menipu Promoter Jualan yang lebih spesifik dan seharusnya difokuskan terus ke jalan cerita utama. Mungkin itu lebih baik. Mungkin. Cuma kalau korang nak tahu aku sayang penulisan aku. Nak delete perenggan yang aku dah tulis terasa berat nak buat. Lagipun ilham datang tiba-tiba saja. Aku hanya menulis berdasarkan apa yang terdetik di hati. Apapun, terima kasih kerana sudi membaca. Hehe.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.