Khamis, 31 Januari 2013

Trauma

Setelah peristiwa yang berlaku pada pagi jumaat tu, saban malam tidur aku terganggu. Aku menjadi sangat sensitif kepada bunyi terutamanya pada waktu malam. Dan setiap kali aku terjaga dari tidur aku akan memberanikan diri keluar dari bilik untuk memeriksa jikalau ada apa-apa kelainan. 

Aku tidak keluar melainkan dengan sejenis objek seperti batang besi khusus untuk membantai makluk yang mencurigakan. Kemudian aku akan memanjat tangga dan memerhatikan tingkap jika ada sebarang pencerobohan. Terus terang aku agak paranoia.

Manakan tidak, apa yang berlaku benar-benar membuatkan aku rasa malu dengan diri sendiri. Aku tidak berdaya mengejar seorang mat port yang kejanya membuang masa dengan menghisap dadah dan mencuri duit. Masih aku teringat setiap detik yang berlaku. Saat aku tersedar akan kehadiran dia dan saat aku berlari mengejarnya sekuat hatiku. 

Aku mahu melakukan sesuatu. Aku mahu berubah. Aku tidak akan duduk diam. Aku pasti akan membuat dia menerima pembalasannya. Pasti!

Khamis, 24 Januari 2013

Kejadian yang tidak diduga di waktu Subuh.

Pagi pukul 5 lebih, seorang lelaki berpakaian merah dan berseluar jeans bermotosikal ke rumah  Tok Sidang Permatang Guntung. Dia memarkirkan kenderaannya di sebuah bangsal yang terbuka. Rokok di tangan disua ke mulut. Dia menghirup perlahan asap lalu ditarik masuk ke ruangan peparu. Asap putih berkepul keluar dari lubang mulut dan hidungnya. Dia memerhatikan banglo Tok Sidang dengan pandangan yang tajam. Banglo tersebut mempunyai beranda hadapan yang bertembok rendah yang mengelilingi kiri dan kanan beranda dan terbuka di bahagian hadapannya. Banglo tersebut turut mempunyai sebuah kawasan parking di mana silingnya rata dan tidak berjubin. Pandangannya menjurus ke tingkat atas. Dua buah tingkap terbuka separa penuh. Dia menanggalkan seliparnya berhampiran kawasan pagar. Perlahan-lahan langkahnya diatur ke banglo mewah itu. Dia pergi ke arah tingkap. Sebelum ini dia pernah cuba memasuki kediaman tersebut menerusi tingkap yang tidak berjeriji tetapi malang nasibnya tingkap tersebut telah dipalang. Beliau cuba membuka pintu tetapi tertutup rapat. Dia kemudiannya memerhatikan siling parking. Dia mendapat satu idea. Dia memanjat tembok di beranda dan menggapai penjuru siling. Akan tetapi seluar jeans yang dipakainya menyukarkan pergerakan dia lalu dia menanggalkan seluarnya dan meninggalkannya di sisi tembok dalam beranda. Sekali lagi dia cuba memanjat dari situ. Usahanya berjaya.

Bersusah payah dia memanjat dan akhirnya dia masuk ke dalam kediaman menerusi tingkap yang terbuka di bahagian atas. Perlahan-lahan dia bergerak. Tangga dituruni dengan perlahan-lahan kerana ia agak berbunyi sedikit. Di bahagian tingkat bawah, Dia mencapai duit RM 50 yang berada di atas meja. Hatinya berdebar-debar dan beliau membuka pintu hadapan agar pergerakan keluarnya selamat. Matanya galak memandang sekeliling ruang tamu dalam usahanya mencuri apa sahaja barangan yang berharga. Dia mencabut plug notebook dari soket dan mengepit notebook tersebut beserta chargernya di pegangan tangan dan mengambil duit RM 180 dari sebuah dompet. Tanpa sedar Dia telah terambil rotate moto yang terselit sekali di dalam dompet itu.

Kemudian, Dia masuk ke dalam sebuah bilik yang bertentangan dengan ruang tamu. Dia terlihat sesuatu yang sangat berharga iaitu Blackberry. Seorang pemuda sedang tidur di katilnya. Ketika itu, azan sedang berkumandang di udara. Dia berjaya mencapai BB tersebut. Ditakdirkan Allah S.W.T, pemuda yang sedang tidur itu terjaga dari mimpinya. Si pencuri bergegas melarikan diri. Pemuda tadi menjerit ke arahnya sambil mengejar dengan larian yang deras. Si pencuri sangat ketakutan dan mencampakkan laptop beserta chargernya ke tanah. Si pencuri berlari merentasi jalan raya. Dia nampak si pemuda tadi tidak lagi mengejarnya. Akan tetapi langkahnya tidak berhenti di situ. Dia berlari merentasi padang dan masuk ke celah-celah semak belukar. Dia terjumpa sebuah basikal yang disandarkan di dinding rumah. Dia mengambil basikal itu untuk melarikan diri. Dia tahu si pemuda tadi pasti akan mencarinya.

Di pihak si pemuda tadi, setelah berhenti mengejar si pencuri dia mencari objek yang dicampakkan pencuri tersebut ke tanah. Dia terjumpa charger dan membawa ia masuk ke rumah. Si pemuda menghebahkan berita rumah mereka telah dimasuki pencuri kepada ahli keluarga yang telah bangun.  Dia lantas menyarung baju dan seluar jeans, kemudian menghidupkan motosikal dan menjejaki langkah sang pencuri. Beliau menunggang motornya dengan laju sekali sehingga melanggar lopak-lopak yang dalam membuatkan motornya melambung. Akan tetapi beliau tidak berhenti di situ saja, si pemuda masuk ke ceruk kampung tapi tiada kelibat pencuri kelihatan. Si pemuda pulang ke kediamannya dengan perasaan hampa dan menjumpai notebook milik ibunya tersadai di tepi jalan tidak jauh dari kawasan charger ditemui. Dia mengambil notebook tersebut dengan helaian baju yang dilipat ke atas. Konon2nya untuk mengekalkan cap jari.

Sekembalinya beliau ke rumah, adik beliau mendail nombor kecemasan 999 dan membuat laporan polis. Si pemuda pergi ke balai dengan diiringi ayahnya untuk membuat laporan bertulis. Dalam kekalutan pencuri menyelamatkan diri dia tertinggal motosikal, seluar jeans dan kasut selipar miliknya. Bahan-bahan tersebut diklasifikasikan sebagai bahan bukti dan diambil oleh pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut. Setelah pemergian pegawai polis, Si pemuda kemudian membuka komputer peribadinya dan menulis posting ini.

Sekian.

Manusia Pilihan Last Part

Aku ingat nak habiskan terus citer ni. Malas pulak nak sambung2 asenya. korang ingat lagi apa jalan citernya. mampoih tak ingat kan. kalau nak bacalah dari yang first. secara ringkasna aku bagi summary dia. amir seorang superwira mendapat kekuatan super setelah kemalangan ngeri yang mengorbankan rakan-rakan karibnya. sedih tak? tak erh. ok. kemudian dia pun dah dapat power pilah tolong orang2 yang susah aka menyusahkan org je. tiba-tiba polis tak puas hati lak sebab dia da sabotaj operasi sulit polis tuk menjatuhkan geng dadah yang terkenal kat kl. so diorang dapat track pergerakan amir berdasarkan modus operandi beliau. amir kan student. dia x leh buat fulltime. so berdasarkan rutin kemunculan dan pergerakan amir diorang dapat detect amir berada kat uitm shah alam. power x pihak polis? hehe... tapi ada seorang pendekar ni dia cam jahat sikit suka bunuh orang. namanya api merah. dia orang yang kecian. family mati kena bunuh dengan org jahat. so dia nak balas dendam lah. tapi biasalah takkan superhero nak biar je mende ni jadi. kenalah lawan. ok sekarang sambungannya... 



Api Merah mendongak ke langit. hujan yang turun renyai-renyai membelai lembut kulit wajahnya. Kesejukan terasa sehingga ke tulang sum sum. fikiran Api Merah mengimbau kembali pada perjanjian yang telah terjalin antara dia dan Red Bone. Api Merah mengerti kesan perjanjian itu. Hidupnya akan lebih banyak berlumuran dengan najis dosa selepas ini. walaupun begitu, Api Merah tamak. Dia mahukan kehidupan yang lebih mewah. lebih menyeronokkan. Deraian ketawa Api Merah kedengaran tenggelam timbul dalam paluan butiran hujan. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Pendekar MiM panik. Polis telah dapat menghidu jejaknya. waran tangkap telah dikeluarkan polis. Pendekar MiM dikehendaki untuk siasatan lanjut mengenai sebuah jenayah yang telah disabitkan ke atasnya. Pihak polis sengaja mereka cerita dengan tujuan mendapatkan Pendekar MiM. Berita tersebut menggemparkan satu Malaysia. Pendekar MiM enggan menyerah dan melarikan diri. Amir wira sebenar di sebalik alter-egonya Pendekar MiM turut ghaib. Kehilangan beliau diadukan kepada polis. Polis pada mulanya tidak mahu mendedahkan identiti sebenar Pendekar MiM. Akan tetapi keengganan Amir menyerah diri memaksa pihak polis mengisytiharkan identiti sebenar beliau. Nama Amir menjadi sebutan di media tempatan dan antarabangsa. Setiap hari wajah Amir terpampang di dada akhbar dan siaran televisyen. Keluarga Amir terkejut dengan pendedahan ini. Begitu juga rakan-rakan dan pensyarah yang mengajar Amir. Pihak polis mengerahkan beberapa skuadnya untuk melindungi keluarga Amir secara senyap-senyap kerana bimbang menjadi sasaran penjenayah di samping mahu mendapatkan maklumat mengenai Amir. Di ketika itu, Isp. Rizal dan Isp. Marissa mempersoalkan keputusan pihak atasan polis mendedahkan identiti sebenar Pendekar MiM kepada umum. Pihak atasan bagaimanapun enggan memberikan penjelasan lanjut. 


 Amir a.k.a Pendekar MiM masih terus menghilangkan diri. Pihak polis tiada lagi pilihan melainkan mengisyiharkan Amir sebagai pelarian negara. Poster beliau tertera di laman sesawang CIA sebuah badan sulit Amerika. Pihak polis berusaha mengesan jejak Amir dengan bantuan polis antarabangsa (Interpol). Kelibat Amir dikesan di merata pelosok dunia. Sekejap beliau berada di Melbourne. Tak lama kemudian beliau berada di Turki dan Argentina menyaksikan perlawanan bola. 

Sementara itu, jenayah di Kuala Lumpur semakin menjadi-jadi. Red Bone dengan bantuan Api Merah menguasai seluruh kawasan Kuala Lumpur. Setiap hari pelbagai kes kebakaran misteri dicatatkan. Api Merah berselindung dalam kegelapan kota raya. Pihak polis yang hampir berjaya mengesan jejaknya mati dalam keadaan misteri. Kisah jenayah di Kuala Lumpur ini telah menjejaskan reputasi kerajaan Malaysia di mata dunia. Kuala Lumpur kemudiannya diisytiharkan darurat. Kerajaan Malaysia terpaksa menggunakan khidmat tentera untuk mengawal keamanan. Kejadian jenayah mula berkurangan tetapi masih berlaku dalam skala yang kecil. Pihak polis terpaksa memohon bantuan Pendekar MiM melalui surat terbuka pada akhbar seluruh dunia. Nama Amir kembali dipulihkan. Kerajaan Malaysia telah mengampunkan kesalahannya. 

 Setelah beberapa minggu berlalu, Pendekar MiM kembali ke tanah air. Pertempuran antara beliau dan Api Merah berlangsung dengan hebat. Kota raya diselubungi api yang marak dan asap yang tebal. Pihak tentera terpaksa berselindung di sebalik kereta perisai mereka. Senjata api mereka tidak berkesan ke atas tubuh Pendekar MiM dan Api Merah. Pada pagi yang ketujuh, suasana Kuala Lumpur kembali tenteram. Sinar pagi menyerlah indah memberikan harapan baru kepada rakyat Malaysia. Api Merah berjaya ditumpaskan dan sindiket dadah terbesar di Malaysia tumpas. Pihak polis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pendekar MiM a.k.a Amir. Akan tetapi Pendekar MiM ditemui dalam keadaan tidak waras. Pendekar MiM a.k.a Amir disahkan gila oleh pakar psikiatri dengan alasan trauma akibat pertempuran. Dia dimasukkan ke hospital Tanjung Rambutan bagi mendapatkan rawatan. Sebilangan media menggelarkan kejadian itu sebagai konspirasi pihak polis manakala media utama kerajaan bertindak membenarkan kenyataan pihak polis. Hampir setahun lamanya kisah Pendekar MiM a.k.a Amir dicanang media. Akhirnya setelah bertahun -tahun berlalu Pendekar MiM perlahan-lahan luput dalam ingatan orang ramai melainkan sebilangan kecil sahaja. 


 Penghujung... Selesai memakan secara free di warung mamak, Amir a.k.a budak gila kembali ke kediamannya di kaki gunung. Amir memerhatikan sekeliling. Apabila tiada orang, Amir kembali berkeadaan waras. Isp. Rizal mengunjungi kediaman Amir pada petang itu. "Macam mana kehidupan Amir sekarang?" ujar Isp. Rizal. Beliau merenung pandangan ke wajah Amir. "Macam orang gila. Hehehe... Tapi oklah dapat makan free" balas Amir. Sebelum Amir memunculkan diri menentang Api Merah dia telah terlebih dahulu berdepan dengan pihak polis. Setelah membuat perjanjian dengan mereka, Amir tanpa lengah melawan Api Merah dan kumpulan penjenayah Red Bone. Pihak psikiatri telah diarah polis untuk memalsukan laporan kesihatan mental Amir ketika Amir dibawa ke hospital untuk pemeriksaan fizikal dan mental. Semua ini bertujuan untuk melindungi privasi Amir di masa mendatang. Amir mengakui kehidupannya sangat bosan dan beliau sendiri hampir menjadi gila. Akan tetapi setelah lima tahun berlalu, Amir disahkan sihat dan pulang ke pangkuan keluarganya secara senyap-senyap. Setelah dua minggu berada di rumah, Amir menghimpunkan keluarganya untuk memberitahu sesuatu. Kerajaan Amerika telah berminat mengupah Amir untuk membanteras jenayah di sana. Oleh itu, Amir akan menghilangkan diri sekali lagi dan akan menetap di New York dengan identiti baru sebagai Michael Rock. Setelah bersalam-salaman dengan ahli keluarga Amir meluncur ke udara dan ghaib dari pandangan. 


 TAMAT pada pukul 2:14. 


 Kelakar tak cerita ni. Tak erk.. Maaf kerana penulis tergesa-gesa menyiapkan cerita ini. Sebenarnya penulis ada perancangan lain. Di lain ketika blog ni tidak lagi akan menyiarkan apa2 cerita fiksyen, khayalan, mahupun ilusi. Ini kerana sudah tiba masanya karya penulis dibawa ke tahap yang lebih tinggi. Kalau ikut hati penulis boleh saja menyiapkan cerita ini dengan lebih cantek lagi tetapi biarlah. Kome pun bukannya kisah kan. Cerita ni sepatutnya berunsur kelakar tapi dah jadi serius lak. Apapun ini adalah penamat yang pertama pada karya panjang penulis yang tidak pernah-pernah tamat. Tahniah diucapkan pada diri sendiri.