Setelah peristiwa yang berlaku pada pagi jumaat tu, saban malam tidur aku terganggu. Aku menjadi sangat sensitif kepada bunyi terutamanya pada waktu malam. Dan setiap kali aku terjaga dari tidur aku akan memberanikan diri keluar dari bilik untuk memeriksa jikalau ada apa-apa kelainan.
Aku tidak keluar melainkan dengan sejenis objek seperti batang besi khusus untuk membantai makluk yang mencurigakan. Kemudian aku akan memanjat tangga dan memerhatikan tingkap jika ada sebarang pencerobohan. Terus terang aku agak paranoia.
Manakan tidak, apa yang berlaku benar-benar membuatkan aku rasa malu dengan diri sendiri. Aku tidak berdaya mengejar seorang mat port yang kejanya membuang masa dengan menghisap dadah dan mencuri duit. Masih aku teringat setiap detik yang berlaku. Saat aku tersedar akan kehadiran dia dan saat aku berlari mengejarnya sekuat hatiku.
Aku mahu melakukan sesuatu. Aku mahu berubah. Aku tidak akan duduk diam. Aku pasti akan membuat dia menerima pembalasannya. Pasti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.