Jumaat, 21 Jun 2013

Sunyi Sepi

Selepas post "taktik menipu promoter jualan" dan "aku pelik" aku tidak lagi aktif berblogging. Semua tu ada sebabnya. Pertama, laptop yang selalu aku guna untuk taip post telah pun berpindah tangan kepada adikku Firdaus Jaafar yang sekarang ini sedang menuntut ilmu di IKBN Melaka.

Kedua, komputer yang berada di rumahku pula telah selamat dijahanamkan oleh tanganku ini. Akibat terkeliru antara bau ubat nyamuk dan bau hangit komputer aku telah merosakkan satu-satunya komputer di rumahku. Ianya berpunca daripada perbuatan aku mendownload cerita runningman. Masa yang diambil terlalu lama walaupun aku menggunakan internet download manager. Setelah komputer itu selamat diarwahkan aku tiada lagi medium untuk menyampaikan coretan hati.

Mujurlah aku ada smartphone yang masih membolehkan aku berinteraksi dengan dunia maya. Akan tetapi untuk berblogging menggunakan smartphone ini aku rasa ianya satu perkara yang membebankan. Menaip di laptop atau komputer jauh lebih mudah dibandingkan dengan menggunakan keyboard smartphone. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk berhenti menaip post buat sementara waktu.

Kini aku sudah kembali semula. Walapun terasa beban tetapi aku gagahkan juga. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih.


2 ulasan:

  1. blogging guna smart fon?
    memrlukan usaha yg gigih!!

    BalasPadam
  2. huhu.. same la kite. lame dah tak aktif blog... kekok pulak..

    BalasPadam

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.