3 tahun aku duduk kat Kedah. Macam-macam dah aku lalui. Aku akui sebaik saja aku masuk alam universiti memang aku terkena culture shock. Kehidupan pada waktu itu sangat berbeza dengan kehidupan ku sebelum ni. Hidup yang bebas seolah-olah burung yang terlepas dari sangkar. Mula-mula memangla rasa cam budak-budak kena buat itu kena buat ini time orientasi dulu tapi lepas tu memang enjoylah. Kelas tak pack cam time sekolah menengah kena pakai baju uniform hari-hari. Kaler putih lak tu. Dah la seluar pun putih(seluar pengawas) nampak lak seluar dalam. Aduh sangat.
Ketika di sana, aku ditempatkan di bilik 322 kalau tak salah aku la bersama-sama 3 orang lagi rakan lain. Mereka ialah:
BOB |
AJIM |
MIER |
Bersama-sama kami mencipta sejarah sebagai ahli bilik pertama join persatuan silat. Silat apa tak yah la tau. Kemudian barulah aku kenal dengan classmate yang laen seperti Edy dan Patrik. Ok tamat sudah 3 tahun. Bye.
Takdelah belum habes lagi. Ada gamba baik punya aku nak tunjuk ni. Saksikanlah
EDY |
AIZAT PATRIK |
The hottest man ever live in somewhere... Kajian surat khabar mengatakan lelaki gelap lebih macho dan seksi. Betul x kenyataan ni. Hahaha. xxxx
Apabila mentari beradu, pungguk pun terbang mencari pasangan tuk bermadu. Manusia pun begitu gak. Aku merasakan keinginan tuk mencari pasangan kat Kedah ni. Lalu bergeraklah mataku mencari girl-girl yang sesuai tuk dijadikan pasangan. Banyaknya merpati2 comel di institut ternama negara ni tapi hurm camne nak ngurat kalau tak berkenan di hati. Maka menunggu lah dalam beberapa lama sehinggalah aku bertemu Dia. Cantik bagaikan bulan purnama. Seperti bidadari di syurga layaknya. Oh dinda! Kenapa baru sekarang nak menjelma. Maka, langkah pun dibuka, nombor pun dipinta. Mesej ditaip, hati berbunga2 setiap kali mendapat balasan. Ibarat kanak-kanak comei aku bermanja2 dengan Dia. Bestnya dilamun cinta. Makan x kenyang tidur tak lena. Bagaikan pungguk rindukan bulan. Hari2 ku bahagia ibarat di syurga. Tapi ku sangkakan panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Bahagia dikecap tak lama. Akhirnya si Dia mendedahkan rahsia. Bunga yang ingin disunting telah berpunya. Apakan daya tangan tergantung di langit. Kaki terpasak di bumi. Hukhuk. Sedihnya. Air mata menitis bagaikan hujan renyai2 di tasik Perdana.
Setelah itu, aku menyepi dari alam cinta. Membawa hati yang duka lara. Tapi derita itu tidak lama. Dua sem kemudian aku jatuh cinta sekali lagi terhadap seorang gadis Kuala Kangsar yang pekat Peraknya. Dia bernama Noorrafidah Zainal Abidin. Merupakan awek pertama aku yang official. Dia comei, baik dan kelakar orangnya. Dia suka men game zombie. Mungkin aku patut panggil dia Ida Zombie. Hehe memain je. Tapi yang ni pun tak lama gak. Tidak sampai sebulan aku berada di UiTM Shah Alam kami berpisah secara baik. Kisahnya ada ditulis di salah satu post aku yang bertajuk Aku dan Ex-GF.
Comei kan. Kalau nak tahu sampai sekarang aku masih teringat kat Dia. Bukan apa beb first awek kot. Selepas kehilangan dia memang aku dah tak bercouple. Bukan aku sebab aku kecewa dengan perempuan tapi sebab perempuan yang aku suka kebanyakannya sudah berkapel. Maka, menunggulah aku sehingga sekarang.
Setelah itu, aku menyepi dari alam cinta. Membawa hati yang duka lara. Tapi derita itu tidak lama. Dua sem kemudian aku jatuh cinta sekali lagi terhadap seorang gadis Kuala Kangsar yang pekat Peraknya. Dia bernama Noorrafidah Zainal Abidin. Merupakan awek pertama aku yang official. Dia comei, baik dan kelakar orangnya. Dia suka men game zombie. Mungkin aku patut panggil dia Ida Zombie. Hehe memain je. Tapi yang ni pun tak lama gak. Tidak sampai sebulan aku berada di UiTM Shah Alam kami berpisah secara baik. Kisahnya ada ditulis di salah satu post aku yang bertajuk Aku dan Ex-GF.
NOORRAFIDAH |
Di UiTM Shah Alam, aku mendapat rakan-rakan baru. Terlalu ramai sehingga sukar untuk aku meletakkan gambar-gambar mereka di blog ni. Antaranya adalah housemate2 ku seperti Isa, Nizam, Afiq dan Arul. Ketika di Shah Alam satu perubahan yang besar berlaku kepada aku. Bila aku mengatakan besar memang aku memaksudkannya secara literal. Saksikanlah...
DULU |
SEKARANG |
Hahaha.. Perghhhh memang besar! Dalam masa 3 bulan je aku berubah dari panggilan kurus kepada gemuk. Apa nak dikata kan. Ni lah penangan minum air gas 1.5 liter setiap malam sehingga dikejarkan ke hospital kerana gastrik. Padan muka. Setelah tranformasi aku berjaya berat badanku enggan turun lagi sebaliknya ia mantain pada aras yang sama. Jika ada pun perubahan ia adalah semakin meningkat.
Sekian saja buat masa ni. Assalaamu'alaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.