Kehidupan setelah single ternyata lebih menyeronokkan. Hidup tanpa
perlu lagi menaip mesej hari2 kepada si dia ternyata menjimatkan banyak duit
aku. Topup pun boleh dikatakan purata sebulan sekali. Malah aku da tak perlu
lagi mengirim duit belanja jikalau si dia sesak. Bukan niat aku nak mengungkit
kerana apa yang aku buat adalah atas kerelaan hati sendiri. Mungkin aku
ni terlalu pemurah. Aku sering memberi dan tak harapkan penerimaan. Mungkin
disebabkan itu aku sering membiarkan diri ini dipermainkan. Tapi tak apalah
benda dah lepas.
Aku sekarang dah mengerti akan psikologi manusia melalui pembacaan
berterusan. Jadi aku tau ada sesetengah perkara yang aku tak patut buat dulu
contohnya memaksa si dia mengikut kehendak aku. Perempuan hatinya lembut dan
mudah terasa. Bukan semua macam tu tapi secara umumnya begitulah.
Ok. Berbalik kepada tajuk di atas. Setelah sekian lama single maka
terlintaslah di hati ni nak cari pengganti tapi siapalah agaknya aku nak cari
ni. Pilihan ada banyak tapi hati aku ni dah terkunci sedikit setelah kekecewaan
lepas. Bukan aku tak nak approach tapi kebarangkalian perempuan kat fakulti ni
ada boyfriend sangat tinggi. Ada sekali aku menaruh hati kat seorang perempuan
ni. Dia sangat cantik. Tak dapat nak dibayangkan tahap kecantikannya. Tapi
akhirnya aku dapat tau dia dah nak kawin tahun depan dari sumber yang boleh
dipercayai. Apatah lagi sumber tu sendiri menemankan si dia mencari barang tuk
perkahwinannya. Memang aku terkejut gaklah tapi bila difikirkan balik tak
hairanlah perkara sebegitu terjadi. Mustahillah perempuan sebegitu cantik tak
ada boyfriend. Takperlah. Aku move on meskipun dalam hati ni ada sedikit
terkilan.
Kalau ikutkan rasa hati aku ni aku langsung tak nak pikir hal ni.
Sebab perkara ni memberatkan pemikiran aku. Sebenarnya aku takut. Aku takut
ditolak sekali lagi. Aku takut meskipun aku tau jauh dalam hati ni keinginan
tuk berkapel tu tetap ada.
Apa yang patut aku buat sekarang? Adakah aku patut melepaskan
keinginan ini atau terus beranikan diri tuk mencuba? Mungkin aku patut mencuba
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.