Buluh. Sejenis tumbuhan yang hidup berkelompok. Buluh tergolong dalam kategori.. "Dah dah. Cukup. Orang tak nak dengar informasi sains kau tu. Straight to the point" ujar hati Besar aku. Ok.. faham.. balas hati Kecil aku pula. Pagi tadi aku menerima tugasan yang mendatangkan wang. Apa yang aku perlu buat ialah mencantikkan buluh bagi digunakan sebagai tiang bendera. Bukan cantikkan guna cat atau pewarna air tu tapi potong ruas yang tak elok dan buang benda yang membonjol kat tepi ruas tu. Apa namanya ntah. Tidaklah aku tahu.
Maka, dengan berbekalkan sepasang sarung tangan tidak berjenama jenis kain kapas tu beserta pula sebuah tudung saji yang orang buat perhiasan kat dinding rumah tu Aku pun memulakan pekerjaan. Oh ye. Tudung saji tu aku buat tutup kepala. Panas woo. Aku pun pergi ke belakang umah tempat berlonggoknya buluh-buluh tua nan usang itu dan menarik mereka ke hadapan umah. Selesai yang itu, Aku pun memotong ruas yang tidak elok dengan tudung saji eh silap dengan gergaji besi. Pastu, Aku menggunakan pisau untuk membuang ketumbuhan di tepi ruas-ruas buluh tersebut. Kerja yang senang tapi agak leceh. Cuaca yang panas membahang membuatkan aku tidak senang berdiri. Peluh jatuh berjurai-jurai dari dahi. Lenjun woo. Entah berapa kali aku berhenti rehat sambil minum air tapisan.
Jam menunjukkan sudah hampir waktu Zohor. Aku pun berhentilah dan meninggalkan kerja-kerja yang masih tersisa. Sesudah mandi dan menyalin baju aku pun bermotosikal ke Masjid yang tidak jauh letaknya dari rumahku. Oh! Awalnya aku sampai. Baru pukul 1.21 petang. Waktu Zohor pukul 1.34. Ku lihat Pak Uda Hasyim bapak kepada Abdul Qodir dan suaminya Mak Uda Halimah sedang duduk beriktikaf. Seusai mengambil wuduk Aku pun menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Belum masuk Zohor tak leh solat Sunat Zohor. Kepada yang mengetahui adakah boleh aku menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid tatkala Matahari masih belum tergelincir?
Balik ke rumah, aku pun menyambung pekerjaanku dengan penuh semangat dan tekun. Dah nak habis dah getus hatiku tatkala menyaksikan Buluh tinggal 6 batang. Ok selesai. Yeah! Aku masuk umah dan melantak nasi ngan lauk ayam masak Kurma sehingga tinggal seketul saja yang tersisa. Kemudian aku minum air Nescafe 3 in 1 secawan. Hatiku berbunga riang sehinggalah secara tiba-tiba bunga tersebut luruh dan gugur bagaikan diserap tenaga kehidupannya. Umiku menyampaikan sesuatu yang menggemparkan jiwa dan jasadku. "Bal, bukan potong Buluh yang dah tua ni. Rasa Umi Abah suruh potong Buluh yang kat umah sebelah sana" tutur Umiku. Oh Tidak! Sia-sia saja pekerjaanKu pagi tadi. Aku perasan ada Buluh Baru yang ditinggalkan kat halaman hadapan bekas Pusat Khidmat Komuniti (PDK) Kg. Permatang Guntung. Baru beberapa hari yang lepas Buluh-Buluh itu tiba di sana.
Alamak. Aku ingatkan Buluh yang kat belakang umah. Nilah yang dikatakan salah pemahaman. Ia merupakan satu masalah yang sering timbul dalam sesebuah organisasi di bawah topik komunikasi. Nampaknya Aku harus memulakan kembali pekerjaanKu. Tapi bukan sekarang. Lepas Asar nanti. Aku rasa tak sempat siap sebelum malam. Banyak woo. Apapun, Ya Allah! Permudahkanlah pekerjaanKu dan berilah keberkatan ke atasnya.
Update: Betullah Abah suruh potong Buluh Tua tu. Maknanya tak sia-sialah kerja aku. Alhamdulillah~!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.