Baru jap tadi aku balik dari Changkat Lada setelah menghadiri majlis pernikahan abg saudaraku kami panggil Yob Man dengan seorang wanita muda bernama Ida. Majlis berlangsung dengan agak baik. Ada dua pasangan ketika itu. Pasangan Abg Yob dengan bininya serta satu pasangan lagi yang aku tak tau siapakah nama mereka. Tapi pengantin perempuan dia memang cantek dan besar. Selesai solat Isyak, aku pon mengambil port di belakang pengantin lelaki. Ini aku cerita apa yang berlaku sebelum kahwen. Aku duduk agak ketengah sedikit. Tak lama kemudian pengantin pempuan pon mai. Pengantin yang satu lagi tu. Dia port dekat-dekat dengan aku. Oh tidak. Aku malu di situ. Aku ase geng-geng yang teman pengantin pempuan tu hampir semua sama jantina dengan beliau. Seakan-akan ada dinding kat pipi kanan aku. Langsung aku tak leh nak paling usha-usha kot-kot ada yang lawa cam Shila Amzah or Neelofa. Aku ase memang tak ada kot.
Tidak berapa lama kemudian, pengantin perempuan seorang lagi a.k.a bakal bini Yob Man aku pun datanglah. Setelah tempat diambil, bantal kuning ditadah bawah punggung maka majlis pun berlangsunglah. Tok Kadi pon menjalankan tugasnya sebagaimana kelaziman. Aku terpandang satu buku ni agak molek sangat lalu aku pun bertanyakan pada abg saudaraKu yang bernama Abg Zaidi. Abg Zaidi adalah adik kepada Yob Man. Beliau sangat hensem dan telah pun berkahwin. Bini dia pun molek. Okay dah cukup. Aku suspek buku tu buku album. Apabila ditanya Abg Zaidi kata wang hantaran. Ooh.. Gitu.. Aku pun bukak nak tengok. Okay kemas dan cantek. Duit RM 50 diselitkan macam yang kita salu selit gambar tu. Ada berapa keping aku tak periksa pulak.
RM 501.00. Itulah nilai mas kahwin Abg Yob Man beri kepada isteri tercintanya. Memang unik dan sangat 'membantu' ketika majlis ijab qabul. "Saya Yob Man bin Tarmizi terima nikahnya Ida dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit satu ringgit tunai eh err.. lima ratus ringgit satu kot" lebih kurang camtulah. Perkataan kot tu saja aku tambah bagi sedap ayat. Akhirnya setelah 3 kali lafas akhirnya Abg Yob aku secara sahnya telah bergelar seorang suami. Tersenyum lebar beliau. Okay segera ke majlis membatalkan air sembahyang. Tangan pun bertaut erat. Kedua-dua mempelai tersenyum riang. Eh kenapa Tok Kadi masih berada di sini? Beliau tidak berganjak walau seinci pun dari tempat duduknya tadi. Alamak. Lupa bayar pulak hehe.
Keluarga pengantin perempuan menjemput kami ke majlis kejobos. Best kan bunyi dia. Kejobos. Ni bahasa Jawa. Maknanya gotong royong. Ada yang panggil rewang. Tak bermaksud yang kami pergi ke sana pi tolong masak ayam ke apa tapi pergi makan. Best wo. Aku melantak ikan keli ngan minum air tebu. Uu fresh cam baru kena perah petang tadi. Aku duduk ngan abah aku Encik Ja'afar, pak ngah aku Encik Ishak atau org panggil Sahak ngan adik sepupu aku Kakak. Kakak ni anak perempuan kepada pasangan Pak Ucu dan Mak Ucu aku. Budak lagi. Aku tengok dia senyap je makan ngan kitorang. Selalu tak gitu. Bapak ngan Pak Sahak pun bercerita pasal kejadian yang berlaku pada petang tadi. Kisah perang mulut yang berlaku di masjid Taqiuddin antara Pengurusan Lama dengan Pengurusan Baru. Apa yang menjadi isu ketika itu adalah berkenaan dengan pengurusan Tanah Wakaf. Aku tak nak komen apa-apa. Aku cuma harap isu ini tak akan buat kedua-dua belah pihak tak bertegur sapa dan bermasam muka.
Berbalik kepada ikan keli dan air tebu tadi, selepas sudah makan aku pun lepak la sebentar di bangku kerusi. Pasangan Yob Man dan isteri sedang bersanding pelamin. Pelamin dia ya amat cantek. Kaler putih gitu. Cam pernah nampak kerusi tu tapi di mana ya. Mungkinkah di Zam Zam? Beberapa orang ahli keluarga sedang menepung tawar pasangan pengantin. Teringin nak buat tapi aku tak reti. Akhirnya kesempatan itu tiba juga. Siti Sarah iaitu isteri kepada Abg Zaidi yang menunjukkan aku tatacara yang patut aku ikuti. Oh ada empat bekas. Bekas pertama beras, yang kedua apa ntah, ketiga daun pandan dan yang terakhir air mawar. Selepas menepung tawar aku pun bersalaman dengan Yob Man dan entah kenapa aku hampir menggerakkan tanganku untuk bersalaman dengan isteri beliau. Nasib baik gerakan itu hanya terlintas di hati dan belum terzahir secara nyata. Kalau tak kan dah malu aku di situ. Pastu aku terdengar Mak Uda aku Puan Zainab bagitahu yang si bujang tak boleh menepung tawar. Iyeke kataku dalam hati. Terlajak perahu boleh diundur terlajak menepung tawar nak wat camne erk.Buat tak tahu je kot.
Kami pun pulanglah ke umah menaiki toyota Camry yang dipandu oleh Abahku. Perjalanan yang disangkakan berjalan lancar tersangkut di tengah jalan. Apahal kete ni diberhentikan. Alamak bapa aku terlanggar... Aku pun keluar dari kereta ambil baldi cat yang tersadai di tengah jalan dan mencampakkannya ke dalam semak. Lalu perjalanan diteruskan seperti biasa. Tiba di rumah, Abah berpesan sesuatu kepadaku. Selepas itu, Abah pun berangkat pulang ke rumah isterinya yang lain. Apa yang dipesan adalah sesuatu yang rahsia. Aku telah pun menjalankan pesanannya pagi tadi. Okay. Camne aku nak tutup citer ni yer. Kepada yang nak kawen nanti mas kawin janganlah pelik-pelik sangat. Bukan apa takut susah kat diri sendiri lak nanti. Pastu, bayar Tok Kadi sebelum korang nak buat acara seterusnya. Yang terakhir, lebih molek sekiranya pengantin solat sunat dulu bersama-sama dan sujud syukur. Ni Umi aku yang cakap. Lebih molek begitu kan. Kepada Yob Man dan isteri Selamat Menempuhi Alam Rumah Tangga dan harap-harapnya berkekalan sehingga ke anak cucu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.