Black. Itulah nama salah seekor kucing aku di antara bebanyak ekor yang duduk melata di umah. Black kucing yang pendiam n dia jantan. Dia kucing kesayangan adik aku. Citernya sebab pakwe adik aku pernah bela Black dulu. Tapi Black nakal sebab suka berak dalam umah maka dia pun pulanglah ke tanah kelahirannya. Aku citer ni bukan sebab aku nak mencapap untuk kucing aku tapi nak bagitau yang dia dah pergi buat selamanya. Malang nasib Black. Selepas kematian Kecik di tayar Pajero kepunyaan Mak Aku takdir yang sama berulang kepada Black. Kali ni mati dilanyak tayar Toyota Camry. Ntahla aku tak tahu kenapa dengan Black aritu. Sebelum kematian Black sebenarnya aku syak Black telah dilanggar tetapi tak membawa maut. Dia punya tulang dekat dengan kaki belakang dia macam da bengkok sikit. Sudahnya Black jalan mengesot. Keciannn.
Pastu lak aku tak tahu kenapa Black suka lepak dekat kete Bapak aku tu. Sudah beberapa percubaan aku buat untuk mengelakkan Black dari dilanggar. Tapi pada hari yang bersejarah itu Aku ralit menonton cerita Unknown lakonan Liam Neeson kat laptop Dell. Aku terdengar jeritan ibuku tapi aku anggap itu perkara biasa. Mungkin ada sesuatu yang berlaku tapi aku tak syak apa-apa. Bapak aku tiba-tiba panggil. Aku pun pergi keluar. Alangkah terkejutnya Aku tatkala menyaksikan Black yang terdampar kaku di lantai porch. Oh tidak mengapa ini terjadi! Aku terkesima dan perlahan-lahan mampir kepadanya. Black telah tiada lagi. Aku tidak mampu menyaksikan tubuhnya lebih lama. Segera aku mencapai batang cangkul dan ku hentakkan sekuat hati ke tanah. Batu-batu kerikil, akar kayu semua aku sebat. Akhirnya siaplah sebuah lubang yang agak besar. Adik aku keluar umah sambil membawa sehelai kain putih dan membalut jasad Black. Dia lah yang sayang sangat kat Black tu.
Perlahan-lahan aku mengambus tanah sebaik saja Black disemadikan. Adik aku mengambil seketul bata dan meletakkannya di kubur Black sebagai penanda. Kemudian kami kembali ke umah. Aku mengerti tiada gunanya nak marah-marah kat bapak aku. Peristiwa tersebut telah pun terjadi. Biarpun sedih kehidupan tetap diteruskan seperti biasa. Tidak lama kemudian seekor kucing entah dari mana asalnya datang ke umah. Adakah kedatangannya buat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Black? Mungkin tapi pada hari ini ianya tidak benar. Ini kerana kucing tersebut telah meninggal pada pagi tadi. Dan kematian kucing itulah yang memilukan Aku sehingga aku menulis posting ini. Aku tidak tahu ini kali yang keberapa tetapi ini adalah antara kematian yang paling menyayat hati. Kucing tersebut aku kira tidak sihat. Entah kenapa Dia tidak boleh bergerak walhal keadaaanya elok sahaja pada pagi tadi.
Kucing tersebut mencungap-cungap mencari nafas. Sungguh ku kira dia sedang sengsara. Aku tidak tahu apa yang patut aku buat. Aku menemankannya sehingga satu ketika. Sekembalinya aku pada dia kucing tersebut telah pun kaku. Perlahan-lahan aku meletakkannya ke lantai porch. Kemudian aku menyemadikan tubuhnya di sebuah kubur yang tidak jauh dari kubur Black. Tidak aku sangka sekali lagi aku menjadi tukang gali kubur kucing. Dua kematian dalam satu minggu. Dalam dunia ni memang tidak ada yang mustahil. Mengikut apa yang aku belajar, kucing tidak mempunyai roh seperti kita. Mereka hanya ada nyawa. Kita pula ada roh dan nyawa. Beza kedua-duanya kita akan dibangkitkan semula sedangkan haiwan tidak akan dibangkitkan. Tetapi aku ada terbaca hadis Nabi. Tatkala Nabi melihat dua ekor kambing bergaduh, Nabi bersabda kepada temannya kedua-dua binatang itu akan diadili di padang mahsyar. Sahih atau tidak hadis ini wallahualam. Akan tetapi ia menunjukkan yang haiwan akan dibangkitkan semula di hari akhirat untuk diadili. Soal masuk syurga neraka yang itu sungguh aku tidak tahu.
Walauapapun naseb sang Meow sejujurnya ia terpulang kepada kita. Adakah kita betul-betul sanggup menerima kehilangan binatang kesayangan kita apabila ia pergi. Barangkali ada antara kita berasa sangat sukar untuk menerimanya akan tetapi dalam hidup ini mati itu pasti, hidup insyaallah! Kata-kata ini dipetik dari novel bersiri Laksamana Sunan karangan Ramlee Awang Murshid. Kata-kata ini patut kita renungkan bersama. Moga beroleh manfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.