The Rock |
Dua orang lelaki berbadan sasa berdiri di atas gelanggang. Dikelilingi ribuan penonton yang bersorak sorai salah seorang daripada mereka mencapai sebuah mikrofon yang dihulurkan dari bawah. Lalu promo pun bermula. Dimulakan dengan ucapan pembukaan yang agak sempoi dan ringkas perlahan-lahan rentak ayat bertukar menjadi langsing dan nyaring. Kata-kata nista semakin kuat ditaburkan terhadap seorang ahli gusti yang dibencinya. Penyokong-penyokong lawan mengeji perlakuan tersebut. Mereka mula menyeru satu nama "ROCKY! ROCKY! ROCKY!". Tiba-tiba.. IF U SMELLLLLLLLL...!!! WAT DE ROCK...!!! IS COOKING!!!
Penonton yang berjumlah ratusan ribuan orang turut mendendangkan kalimat tersebut. Beliau yang bernama Dwayne Johnson a.k.a The Rock memulangkan butir percakapan si Jagoan yang berada di gelanggang dengan ungkapan ayat yang spontan dan pedas. The Rock ternyata begitu hebat bermain ayat sehingga ratusan ribu penonton terpukau dengan persembahan mikrofonnya. Tidak cukup dengan itu, The Rock turut memainkan footage ringkas berkaitan si jagoan tadi untuk menambahkan rasa pedih di hati lawannya. Si Jagoan cuba membalas akan tetapi segera dicantas oleh The Rock.
"Is that what you wants The Rock to do?"
"What I want you to do is.."
"It doesn't matter what you want!!!"
Sorakan penonton bertambah riuh. Kehangatan suasana sekeliling semakin menyalakan api permusuhan. The Rock bergerak turun ke pentas perlawanan. Si Jagoan berasa takut dan gementar. Mukanya pucat lesi. The Rock mencapai tali dan masuk ke gelanggang. Tiba-tiba lampu stadium dimatikan. Keadaan menjadi gelap gelita. Sebaik lampu dinyalakan semula, The Rock diserang hendap oleh si Jagoan bersama rakannya. Penonton marah-marah melihat keadaan tersebut. The Rock diasak ke tiang gelangggang. Beliau seolah-olahnya tidak mampu melawan. Tanpa diduga The Rock menyerang balas. Satu persatu tumbukan dilayangkan. Si Jagoan senak perut menerima pukulan di bawah dada. Rakannya datang menolong akan tetapi The Rock sudahpun membuat DDT pada si Jagoan. Rakan si Jagoan membangkitkan The Rock. Belum sempat penumbuk dilayangkan The Rock memintas gerak dan melakukan Rock Bottom. Sorakan penonton semakin galak dan menggila.
Si Jagoan dan rakannya terbaring di lantai gelanggang manakala The Rock memanjat tiang gelanggang sambil mengacungkan tangan kanan ke udara. Nafas ditarik panjang dengan gaya yang penuh ego. The Rock berlalu turun dan meninggalkan si Jagoan dan rakannya di gelanggang....
IF U SMELL |
The Rock. Satu nama yang cukup popular bukan sahaja di kalangan peminat-peminat gusti tempatan malah di seluruh dunia. The Rock kelihatan bongkak dan angkuh di dalam arena Gusti akan tetapi realitinya di dunia luar The Rock seorang yang peramah dan baik tingkah laku. Ianya menjadi satu ironi kerana satu ketika dulu The Rock dibenci oleh peminat-peminat gusti kerana gaya baiknya. Mereka merasakan tidak ada orang yang betul-betul baik dan sopan seperti The Rock.
The Rock yang Baik |
Semua itu berubah apabila The Rock bertukar wajah. Para penonton dikejutkan dengan pengkhianatan The Rock pada satu aksi perlawanan. Semenjak itu, persepsi mereka terhadap The Rock mula berubah. Mereka meminati imej beliau. Tak cukup dengan itu, bakat The Rock dalam persembahan mikrofon sangat hebat dan mengagumkan sehingga mereka mula memuja namanya. Setiap kali The Rock muncul, kata-kata keramatnya akan dilaungkan bersama-sama. Mereka juga memberikan respons yang menggalakkan setiap kali The Rock menyatakan seseuatu yang memerlukan kerjasama mereka.
The Rock : Can you hear the crowds are chanting his name?!
Crowds : ROCKY! ROCKY! ROCKY!
The Rock : The Rock and the milion..!
Crowds : And the million! (satu stadium)
The Rock : of the Rock fans!
Pendek kata inilah seorang figura gusti yang sukar dicari penggantinya. Aku minat The Rock ni dah lama sejak aku kecik lagi. Sekarang ni ada seorang kawan aku nama dia Omar memang minat giler gak dengan The Rock. Aku yang dah lama tak layan The Rock dah mula terjebak balik. Kadang-kadang aku bukak wikipedia baca pasal The Rock. Tak cukup dengan tu aku bukak pula TV Tropes nak tengok apa tropes yang terpakai tuk figura gusti ni. Okay. Cukup sampai di sini saja. Aku nak masuk dalam umah. Sekarang ni aku ada kat beranda depan dikelilingi oleh perkarangan rumah yang berbunyi cengkerik dan lain-lain serangga. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.