Selasa, 26 Februari 2013

Teknik MeNIPUUU Promoter Jualan


Ketika aku sedang menopup di sebuah pasaraya Teluk Intan seorang mamat India ni datang bagi voucher. "Abang ambiklah free gift kami bagi". Aku ambik. Masa tu hati aku tengah berbulu. Asal lah aku topup tak dapat-dapat ni. Buat lagi sekali pun sama jugak. Eh salah nombor. Ni nombor siri kad topup ni. Ceit.

Aku pun carilah kedai mana nak bagi aku free gift ni. Mamat India tu panggil aku. Oh ni kedai dia. Asal buruk sangat susun atur dia ni. Duduklah aku di sebuah meja. Seperti biasa mukadimah perkenalan dia tanya lah aku kerja apa. "Baru lepas belajarkah?" kata Mamat tu. "Kat mana?" soal dia lagi dalam loghat India. Mamat tu budak lagi. Aku kira baru lepas SPM takpun tak habis sekolah lagi. Ada seorang gadis kiut-miut gitu duduk kat sebelah dia. Dia ni pun promoter gak. Diorang sembang-sembang kosong gak ngan aku. Eh napa cara dia cakap ni macam gelabah sangat. Mungkin diorang gemuruh kot tengok abang berbadan sasa ada tahi lalat manis kat pipi ni. Eceh.

"Abang pernah pakai itu induction cooker?. Abang taukah dia pakai kuasa apa?" Mamat tu mula menjalankan operasi brainwashing. Satu demi satu penerangan diberikan. Gadis kiut miut tadi dah blah ke mana ntah. Mamat India ni bukan calang-calang orang. Manis ayat dia. Cam gula pasir 1 kilo. Siap hempuk lagi induction cooker konon nak nunjuk alat tu tahan lasak. "Kalau ketuk dengan hammer tarak boleh la bang" katanya lagi sambil tersenyum manis. Beberapa kali gak dia usik aku. Aku cakap terus terang ni bukan promoter sebarangan. Macam dah keje 10 tahun. Sedikit demi sedikit umpan ditabur. Pergh. Dalam tak sedar dah dekat setengah jam aku duduk dengar. Kalau kat kuliah ni aku da nguap 3 4 kali.

"Abang agak-agak berapa harga dia? Kalau betul saya bagi abang satu" Aku fikir kejap. Mungkin dalam 500 camtu. "Harga dia" Mamat tu menyambung sambil mezahirkan satu demi satu nombor bermula dari 3. Kemudian 3. Pastu 8. Ooh 338...8. RM 3,388! Mak ko!. Tiga ribu jadah apa. "Bayar ansuran la bang selama 36 bulan. Ambik dulu barang pastu dua bulan kemudian boleh start bayar" Aku dah menung dah. Hutang PTPTN tak bayar lagi. Gila ko nak tambah pulak hutang ni.

Pastu dia keluarkan sebuah buku. Bukan buku Jingga. Buku umpan nak mancing abang berbadan sasa ni. Dia tunjuk beberapa keping tiket. "Abang tengok ah. Ada orang dapat 50, ada yang dapat 100. Sapa dapat Thank You komisyen 20 sen bagi kat saya". Okay. Memang ada tiket-tiket tu. Pastu dia tunjuk satu keratan akhbar. "Abg kenal ni sapa?" Ni Christiano Ronaldo ni getus hatiku. "Kenal lah. Ni kan CR" Mamat tu segera membalas. "Ni bukan CR. Ni sayalah bang" Jari telunjuknya menuding ke gambar tersebut. Ceh tak leh blah. Aku nak je cakap napa lu sudah hitam sekarang tapi memikirkan betapa sensitifnya hujah itu ayat tersebut tertahan di penjuru lidah.

Kemudian, dia mengeluarkan dua keping tiket. Aku langsung tak syak apa-apa. Dia suruh bukak. Aku koyakkan satu kad. Nyaris tak rosak kad tu. Huh. Biar betul ni seratus ringgit. Dalam hati tak pernah-pernah aku menang banyak ni. Kad yang satu lagi dia tolong koyakkan. Aku bukaklah. Makk! Seribu ringgit. Jadah apa ni. "Berapa abang dapat?" Mamat tu merenung bawah. Apa yang direnungkan aku pun tak tau. "Seribu ringgit!" Dalam hati aku gembira besar. "Biar betul bang" Lepas je dia tengok melopong mulut budak tu. "Betulkah ni. Tersalah cetak kot. Sebentar ye saya kol HQ. Aloo HQ!. Saya ni S*****" Mamat tu nyembang dengan HQ. Apa yang aku dengar dia kata ada orang sponsor. Ulang tahun syarikat. Pastu dah tujuh orang dapat sebelum ni. Kiranya aku orang ke lapan lah ni.

"Abang banyak bertuah ini hari. Ini tiket sangat jarang boleh dapat. Dalam Malaysia ada 10 tiket saja!" Yeke. Wah! Aku terpijak lombong emas ke ni. "Kalau macam tu bang, tolak seribu abang dah dapat pengurangan sebanyak 2388. Ansuran bayar 66 ringgit ja bang. Lagi satu, abang tambah satu ringgit boleh angkat barangan harga 3500 ringgit ke bawah FREE!" Biar betul ni. Sudah beberapa kali aku baca dalam artikel jika tawaran tu 'too good to be true' maknanya tak betullah tu. Akan tetapi, aku tak terkenang langsung pasal ni. Asalnya aku saja nak dengar penerangan dia, konon dia kata tolong dia cari makan. Aku ingat cari makan tu hanya sekadar mendengar celoteh dia yang panjang berjela bak gulungan kain Jakel.  Pastu beli tak beli dia tetap dapat komisyen. Rupa-rupanya pemahaman dia sangat berlainan dengan pemahaman aku. Sampai satu tahap aku pikir okay gak kalau beli. Bayar ansuran je pun. Dalam otak aku dah terbayang kalau mak aku tak nak aku leh offer kat orang lain. Dia bayar kat aku nanti aku bagilah barang kat dia. Macam tu lah pemikiran bisnes aku. Lagipun 1000 ringgit  pengurangan bukan senang woo nak dapat. Tanpa disedari aku telah dikencing dengan lebatnya.

Awek kiut-miut tadi pun datang. Dia pun wat-wat terkejut tengok tiket seribu ringgit aku tu. Kenapa aku kata wat-wat nanti korang taulah. Kepada yang dah tau teruskan pembacaan anda. Dalam hati aku masih teragak-agak nak kuar duit. Tadi dia kata dia boleh booking tiket tu pakai resit dengan tambahan lima puluh ringgit sebagai deposit. Maknanya offer tersebut boleh bertahan sampai bila-bila. Aku pun percaya lah walaupun kat tiket tu dah termaktub hanya boleh digunakan pada masa tertentu sahaja. Aku bukan jenis yang senang-senang nak kuar duit. Budak berdua tu sungguh-sungguh nak gak aku beli benda tu. Awek tadi entah kenapa tekan-tekan kalkulator menunjukkan nilai keuntungan yang aku dapat. Bukannya aku tak tahu berapa harga sebenar dan berapa pengurangannya. Mamat India tu dah cakap berkali-kali.

Akhirnya, aku tewas. Duit 50 ringgit aku serahkan kepada mereka. Mesti diorang terlonjak-lonjak gembira dalam hati. Selepas bersalaman aku pun baliklah ke rumah dengan meredah hujan lebat. Sekarang kan musim hujan. Tiap-tiap petang rahmat Allah ni akan turun tanpa tertinggal. Cuma hari ni tak hujan lak. Dalam perjalanan pulang aku asyik terfikir beberapa kali tentang betapa bertuahnya aku hari ni. Senyum lebar gitu.

Setibanya di rumah, aku tidak terus mengkhabarkan peristiwa itu kepada orang tuaku sebaliknya aku menunggu masa yang sesuai. Ketika itu Maghrib ibuku sedang menonton televisyen. Inilah masa yang sesuai untuk aku memberitahunya. Perlahan-lahan aku menyusun ayat. "Umi nak tak beli induction cooker dengan microwave dengan harga dua ribu lebih je. Bayar bulan bulan" "Tak nak umi. Microwave kan ada kat belakang" "Tapi microwave tu dah rosak bla bla bla" Aku menghulurkan resit tadi. Umiku membaca sebentar. "Ni tipu ni. Tipu" ulang ibuku berkali-kali. Aku membalas dengan mengatakan yang ianya benar. Siap dapat pengurangan seribu ringgit lagi. Kalau tak nak takpelah aku jual kat orang lain.

Lepas tu, aku dah mula tak sedap hati. Komputer dihidupkan dan internet diakses masuk. Aku mengoogle "Kenzo induction cooker". Terpampang beberapa carian. Salah satunya merupakan artikel blog berkenaan barangan Roset Germany. Aku bukak. Pastu aku baca artikel dia dengan komen-komen yang terkumpul. Masa tu dah berasap dah kepala aku. Ceit! Modus operandi sebijik sungguh dengan apa yang aku terkena petang tu. Jenama barang yang terlibat ialah Aowa, Arezzo, Kenzo dengan Roset Germany. Peristiwa tersebut berlaku di merata-rata tempat di seluruh tanah air malahan Sabah pun ada. Ada yang dah terkena dan bayar beribu-beribu ringgit untuk mendapatkan barang-barang elektrik tu. Ada yang dapat mengelak dengan alasan anak dia meragam masa tu. Seorang pelayar menyoal mengapa tiada tindakan undang-undang yang diambil bagi membanteras isu ini.












Daripada komen-komen tersebut aku merumuskan apa yang terjadi secara keseluruhannya. Barang-barang tersebut ada yang disahkan oleh Sirim dan mungkin ada yang tak. Hanya Allah yang tahu. Cuma taktik berniaga tu yang mebuatkan pelanggan berasa tertipu. Lagi satu barangan tersebut sepatutnya tidak semahal itu. Barangkali dimahalkan harganya sedemikian rupa. Teknik pengurangan harga tersebut bagi aku sangatlah kurang ajar. Hubungan perniagaan yang berlandaskan kaedah sedemikian rupa pasti tidak akan berkekalan. Ada pelanggan yang membawa kes ni ke tribunal dan berjaya mendapatkan kembali wangnya. Maknanya betullah taktik ni merupakan satu kesalahan. Mungkin diorang ada lesen perniagaan yang sah sebab tu polis tak leh buat apa. Apapun, perkara ni tak leh dibiarkan macam tu je dan mesti disebarkan. Sesiapa yang membaca artikel ni mintak tolong bagitahu kat keluarga dan kawan-kawan pasal taktik penipuan ni. Kerjasama korang aku ucapkan ribuan terima kasih. Sehingga berjumpa lagi.

p/s : Penipu sebenar sudah tentulah berada di belakang promoter terbabit. Tergamak mengkeldaikan anak-anak muda untuk mendapatkan keuntungan. Walau pun begitu, budak-budak muda tu pun salah gak sebab bersekongkol dengan mereka.

Update: Diorang ni tak lama kat satu tempat. Sentiasa berpindah randah. Jadi, kalau nak tuntut pergi cepat-cepat sebelum korang berputih mata.

Ahad, 24 Februari 2013

Ulat Buku dah naik daun

Hye. Membaca buku sangatlah best. Tak leh nak cerita perasaan dia macam mana. Hanya orang yang minat membaca saja yang tahu. Sebelum ni aku lebih cenderung membaca buku berbahasa Melayu. Genre pelbagai. Asalkan benda tu namanya buku mesti aku baca. Wah, ulat buku sungguh aku. Cuma, aku kurang rajin nak mencatit dalam buku Nilam. Sebab tu aku tak menang anugerah membaca ke apa. Padahal aku berani cakap yang aku baca lagi banyak daripada pemenang-pemenang tu baca. Ye ye o sangat aku.

Apabila aku menyambung pelajaran di universiti, aku bertemu dengan seorang pemuda yang turut gemar membaca. Pilihan dia ialah buku motivasi berbahasa inggeris. Wah hebat. Kagum aku dengan pilihannya. Masa tu aku selalu beli novel bahasa Melayu karangan Ramlee Awang Murshid. Aku memang tak minat cerita-cerita cinta atau romantik. Citarasa aku lebih kepada genre Thriller. Ianya berterusan sehinggalah pada suatu hari aku terjumpa satu buku ni di pasaran. Aku kurang pasti buku apa yang aku jumpa. Ia adalah dari genre Self Help. Kalau tak salah aku tajuk dia How to Develop Super Power Memory oleh Harry Lorayne. Buku ni mengajar teknik-teknik untuk memiliki ingatan yang hebat. Sejak tu aku mula terdorong membeli buku dari genre yang sama sehinggalah kini aku telah membelanjakan ribuan ringgit untuk hobiku ini. Terperanjat?

Bagi aku beli buku ni tak rugi. Yang rugi bila ilmu yang kita peroleh tu tak dipraktikkan langsung. Senang cerita tak de maknalah kalau beli pun. Buku yang aku beli telah mencapai berpuluh-puluh buah dan tiga daripadanya dipinjam oleh rakanku. Harap-harap buku tu ada lagilah dan masih dalam keadaan yang baik. Tempat yang aku tuju untuk membeli buku ada banyak. Yang paling sering aku pergi ada dua iaitu Popular dan MPH Bookstore. Jarak kedua-dua tempat ni tak de la begitu jauh dari kediaman aku di Baiduri. Cuma makan masa gak lah nak sampai sana. Aku suka kedua-dua tempat ni sebab dia ada banyak buku yang ditawarkan. Rambang mata aku nak pilih. Bila da beli banyak sangat faham-faham sajalah. Kat umah aku dah macam rak buku kat sana lak. Buku-buku yang dipamer kat rak-rak tu hampir kebanyakannya aku dah ada.

Lepas beli buku aku akan pergi ke Mc D beli aiskrim chocotop. Best woo. Tu sebelum kempen boikot Mc D. Pas je kempen tu aku kempunan dah nak makan kat situ. Sedaya mungkin aku cuba elakkan Mc D. Ada jugaklah aku order makan dari situ sebab dah geram sangat. Masa tu study week kawan aku ngajak makan Mc D pastu kami orderlah pakai delivery. Pukul tiga pagi dah time tu. Elok je kami bantai makan burger ngan minum air coke. Tu je la yang aku ingat. Berbalik kepada buku tadi, aku berterima kasih kepada kerajaan sebab bagi Baucar Buku RM 250. Terus terang kerajaan dah bantu aku lepaskan gian nak beli buku. Aku dah kering nak beli ketika itu. Banyak gak lah aku angkut dari Popular. Pastu, aku beli lak kat One Stop Center di Teluk Intan sebelah Giant. Kat sini boleh beli selain buku jadi aku angkut mini speaker, headphone, dan sebagainya. Tak lupa juga buku-buku. Biasalah ulat buku. Ada satu buku tu aku beli tak boleh pakai langsung. Dah tak relevan penggunaannya. Baik aku tak payah beli buku tu.

Apapun, membaca adalah satu hobi yang bagus. Orang yang membaca ni banyak pengetahuan dan lebih dalam pemikirannya bergantung kepada buku yang dia baca. Kalau layan buku komik yang takde pengisian apa yang aku cakap tadi tak terpakai. Boleh bezalah orang yang cakap pakai kepala lutut dengan orang yang cakap pakai kepala otak. Bukan nak mengutuk usik sikit jer. Janganlah marah hehe. :-)

Sabtu, 23 Februari 2013

Di mana kau Doraemon


Penghujung Abad ke 21

Hari ini adalah hari yang terakhir dalam kalendar Masehi tahun 2100. Esok adalah abad ke 22. Aku tak sabar menunggu ketibaannya sebab aku teringin nak jumpa Doraemon. Mengikut artifak lama yang dijumpai dalam penggalian tanah di sekitar Tokyo, sebuah robot kucing dari abad ke 22 kembali ke tahun 1970 untuk menolong Nobita. Dikatakan Nobita ini bernasib malang dan sering dibuli Giant. Doraemon memiliki poket yang bersambung ke dimensi keempat. Di situlah gajet-gajet hebatnya di simpan. Ramai kawan-kawan aku kata yang cerita Doraemon tu cerita dongeng. Cakaplah apa pun aku tetap percaya yang Doraemon tu wujud. Kalau tak masakan wujud patung Doraemon. Besar pulak tu. Tinggi dalam tujuh kaki. Berat dalam lima ratus kilogram. Sekarang ni patung tu ada terpamer kat Muzium Sejarah Dr. Ronaldo.

“Sampai bila kau nak berkhayal ni Aiman?” Suara itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan mencari pemilik suara itu. Laci meja aku tiba-tiba terbuka. Sebuah makhluk keluar darinya. Aku kenal makhluk itu. “Doraemon!” Aku menerpa ke arah Doraemon. Doraemon mengeluarkan senjata dari poketnya dan menembak aku. “Doraemon atuk kau. Bangun sekarang!” Celik mata aku. Rupa-rupanya aku bermimpi dalam mimpi. Asam jawa betul keluhku dalam hati. Fahmi abang sulungku menarik kain langsir. Duh! Pedih mata aku. Sinaran matahari begitu terang sekali. “Pergi mandi lekas! Upacara kelelakian akan bermula sekejap saja lagi” ujar Fahmi. Alamak. Hari ni aku akan bersunat. Eh napa abang aku cakap upacara kelelakian. Skema betul.

Aku merendamkan diri di dalam air sejuk. Burr… Baju apa aku nak pakai ye kataku dalam hati sebaik saja selesai mandi. Kain pelekat ngan baju Adidas ni ok gak. Bunyi hon kedengaran berkali-kali. “Cepatlah torkkk!” Ok aku datang. Aku melangkah kaki menaiki basikal buruk. Abangku mengayuh basikal sambil menyanyikan lagu Ikan di Laut Asam di Darat. Lagu kuno tu diminatnya. Kalau tak salah aku lagu tu dah berusia 100 ratus tahun lebih.

Di langit beberapa kereta terbang melintasi kami. Seronoknya kalau dapat naik getusku dalam hati. “Abang. Bila saya jumpa Doraemon nanti saya nak pinjam UFO sebiji dari dia. Boleh la kita jalan-jalan ke Planet Nebula”. “Kau gila ker. Doraemon tu cerita dongeng je lah” Aku terdiam. Kenapa semua orang kata Doraemon tu palsu. Tidak! Doraemon tu betul-betul wujud. Aku yakin. Satu hari nanti aku akan pergi ke Jepun dan cari Doraemon. Pasti!

20 tahun kemudian

Aku kini berada di Tokyo Jepun. Jenuh dah aku berjalan mencari Doraemon tapi tak bertemu juga. Apabila ditanyakan kepada orang-orang tempatan mereka semua gelakkan aku. Aku hairan. Takkanlah orang Jepun sendiri tak kenal Doraemon. Takkanlah mereka ingat Doraemon tu cerita dongeng juga. Aku sudah tidak tahan lagi. Kepenatan membelenggu tubuhku. Kakiku sakit kerana berjalan tanpa henti. Aku duduk sebentar di palang besi berdekatan dengan sebuah Bank. Tiba-tiba, aku ternampak satu robot biru berbentuk kucing di sebuah kedai elektronik. Robot tu mirip Doraemon. Aku segera berlari ke arahnya. Aku tidak menoleh kiri dan kanan lagi. Kali ni aku pasti dapat mengubah nasib hidupku seperti mana Doraemon mengubah nasib Nobita. Tidak semena-mena tubuhku melayang ke udara. Aku tercampak ke tepi jalan. Aduh sakitnya. Aku melihat Doraemon memandang ke arah aku. Kenapa Doraemon tu senyap je tak gerak-gerak. Dia tak kesian ke kat aku. Doraemon! Keadaan menjadi gelap-gelita.

“Macam mana dia boleh sampai sini makcik. Kan saya dah kata dia ni tak sihat. Sakit mental” marah Fahmi kepada Cik Siti ibu saudaranya. “Mak cik kesian tengok dia. Dia asyik nak jumpa Doraemon je. Makcik bagilah dia pergi” balas Cik Siti. Mereka berdua berada di sebuah hospital pakar di Tokyo. Seorang doktor keluar dari bilik kecemasan. Fahmi dan Cik Siti segera mendapatkannya. “Bertenang. Dia dalam keadaan selamat. Kamu boleh masuk berjumpa dia” Mereka pun masuk ke dalam wad kecemasan. Aku sedang membaca sebuah komik. “Baru lepas kemalangan pun kamu boleh baca komik lagi. Nanti kejap. Ni komik Doraemon kan” tutur Fahmi. Aku mengiyakannya. Selama ni betullah Doraemon ni cerita dongeng je. Selepas kemalangan tu berlaku kepala ku yang masuk air kini sudah pulih. Aku dapat membezakan antara realiti dan fantasi. Malah aku bukannnya berada di abad ke 22 tetapi tahun 2012. Kereta terbang yang aku nampak tu sebenarnya helikopter.

“Abang saya dah pulih. Jom kita balik” ujarku. Selepas bersiap aku dan abangku bersama Cik Siti bergerak pulang. Di satu sudut, Doraemon memerhatikan kami dari jauh. Di tangannya terdapat sebuah mesin pulih sakit mental. Sekian.  

P/S: Ni hanyalah cerita karut semata-mata.

Jumaat, 22 Februari 2013

Manga Jepun Best Wooo

Hai. Kita bertemu lagi. Tu sapa yang tak habis makan lagi tu. Udah-udahler makan sambil baca blog. Tak elok tuk kesihatan mata. Okay. Kali ni aku nak cerita pasal Manga Jepun. Kalau ada yang perasan dulu aku pernah sembang pasal ni dalam post Aku Naruto, Bleach dan One Piece. Manga ni maknanya komik dalam bahasa Melayu. Kalau dalam bahasa Korea diorang panggil Manhwa. Walau apapun panggilannya komik tujuan utama dia satu je. Nak bagi korang terhibur. Ada tak yang tak gelak bila baca komik kat sini? Tak de kan. Kalau ada korang memang bohong kuat. Takpun korang bukan baca komik tapi surat khabar bisnes bab saham tapi korang ingat komik sebab ada budak kecil lukis gambar Goku tengah main gelungsur kat garisan saham yang menjunam ke bawah tu.


Korang bayangkanlah sendiri Goku tu

Dulu aku baca manga yang popular je macam Dragon Ball, Naruto, Slam Dunk, One Piece dan Doraemon. Sekarang aku dah meneroka jauh ke dalam dunia manga. Antara yang aku ikuti sekarang ialah History Strongest Disciple Kenichi, Fairy Tail, Beelzebub, The Breaker: New Waves, One Punchman, Assassin Classroom dan The World Only God Know (TWOK). Yang paling aku minat ada dua iaitu HSDK dengan The Breaker: NW. Yang paling buat aku gelak One Punchman. Yang paling menarik sudah tentulah Naruto. Ada lagi manga-manga lain yang aku layan. Aku ni dah macam Otaku lak. Tinggal nak masuk dunia Cosplay jer. Hahaha. Tak kuasa aku.

Antara penyebab aku tertarik dengan manga adalah kerana kandungan ceritanya yang menarik, sempoi dan menggamit perasaan. Aku suka dengan hero-hero yang ada superpower. Tak kisahlah dia gunakan untuk tujuan apa. Pastu, watak-watak dalam manga ada perkembangan karakter yang diolah dengan bagus. Macam mula-mula citer hero tu seorang yang bodoh dan tak popular pastu perlahan-lahan dia mencipta nama dalam dunia yang dia duduki dan menjadi ikutan ramai. Bagi aku perkembangan watak atau orang putih kata character development adalah antara resipi kejayaan dalam penghasilan sesuatu manga.

Dalam manga juga ada konflik ideologi dan watak-watak di dalam manga seolah-olah mengajar kita melihat dunia menerusi sudut pandangan lain. Mungkin kita sebelum ni suka buat tanggapan awal tentang seseorang macam bila ada orang yang kita kenal tak senyum kat kita kita terus kata dia sombong padahal mungkin dia ada masalah yang berat dan mengganggu fikirannya jadi dia tak berapa nak layan kita. Atau mungkin kita berpandangan bahawa dunia ini adalah seperti apa yang kita lihat padahal ada banyak perkara tak masuk akal yang kita tak tahu ianya wujud. 

Manga juga turut mengajar aku beberapa fakta selalunya berkaitan dengan negara Jepun lah. Macam Jepun terbahagi kepada dua blok besar iaitu kawasan Tokyo dan Osaka. Kalau ada tournament game dua blok ni akan mencari wakil mewakili mereka dan kemudian wakil-wakil ni akan berentap di kejohanan Nasional. Aku perasan dari manga Eyeshield 21, Slam Dunk ngan Hajime No Ippo. Pastu orang Tokyo dengan orang Kansai cakap dalam dialek berlainan macam orang Perak dengan orang Kelantan. 

Bagi aku manga adalah salah satu sumber ilmu pengetahuan yang berguna jika kena pada manganya. Kalau baca manga yang berunsur sukan kita akan tahu beberapa perkara pasal sukan itu sendiri seperti peraturan perlawanan dan teknik permainan. Dulu aku tak tahu apa pun pasal sukan American Football. Lepas baca Eyeshield 21 baru aku tahu betapa menariknya permainan itu. Aku teringin nak main tapi sini banyak ragbi je.

Kesimpulannya, tidak rugi membaca manga asalkan kita tak terlalu alpa baca sampai sehari suntuk tak makan tak minum. Itu sangatlah merbahaya kepada kesihatan. Lagi satu baca manga ni percuma saja kalau kita baca kat laman web. Kalau nak beli memang keringlah poket. Akan tetapi kalau berkemampuan apa salahnya membeli manga di kedai-kedai buku berdekatan sebagai tanda kita menyokong industri komik mereka. Okay. Cukup sampai di sini saja. Berjumpa di posting yang seterusnya.


   


Khamis, 21 Februari 2013

IF U SMELLLALALALALALAA!!!!

The Rock

Dua orang lelaki berbadan sasa berdiri di atas gelanggang. Dikelilingi ribuan penonton yang bersorak sorai salah seorang daripada mereka mencapai sebuah mikrofon yang dihulurkan dari bawah. Lalu promo pun bermula. Dimulakan dengan ucapan pembukaan yang agak sempoi dan ringkas perlahan-lahan rentak ayat bertukar menjadi langsing dan nyaring. Kata-kata nista semakin kuat ditaburkan terhadap seorang ahli gusti yang dibencinya. Penyokong-penyokong lawan mengeji perlakuan tersebut. Mereka mula menyeru satu nama "ROCKY! ROCKY! ROCKY!". Tiba-tiba.. IF U SMELLLLLLLLL...!!! WAT DE ROCK...!!!  IS COOKING!!!

Seorang lelaki keturunan campuran Kanada dan Samoan bergerak keluar dari belakang podium pentas. Muka beliau agak cool dan bergaya. Sebuah tali pinggang kejuaraan tersemat di bahu kanannya. Beliau memakai sebuah spek hitam berkilat dan berjalan mundar-mandir di atas pentas masuk. Sebaik lagu berhenti,. Beliau berdiri di satu sudut dan menghela nafas. Memandang sekejap ke gelanggang, beliau merapatkan mikrofon ke wajah. "Finally!!! The Rock has comeback to New York City!!!

Penonton yang berjumlah ratusan ribuan orang turut mendendangkan kalimat tersebut. Beliau yang bernama Dwayne Johnson a.k.a The Rock memulangkan butir percakapan si Jagoan yang berada di gelanggang dengan ungkapan ayat yang spontan dan pedas. The Rock ternyata begitu hebat bermain ayat sehingga ratusan ribu penonton terpukau dengan persembahan mikrofonnya. Tidak cukup dengan itu, The Rock turut memainkan footage ringkas berkaitan si jagoan tadi untuk menambahkan rasa pedih di hati lawannya. Si Jagoan cuba membalas akan tetapi segera dicantas oleh The Rock.

"Is that what you wants The Rock to do?"
    "What I want you to do is.."
 "It doesn't matter what you want!!!"

Sorakan penonton bertambah riuh. Kehangatan suasana sekeliling semakin menyalakan api permusuhan. The Rock bergerak turun ke pentas perlawanan. Si Jagoan berasa takut dan gementar. Mukanya pucat lesi. The Rock mencapai tali dan masuk ke gelanggang. Tiba-tiba lampu stadium dimatikan. Keadaan menjadi gelap gelita. Sebaik lampu dinyalakan semula, The Rock diserang hendap oleh si Jagoan bersama rakannya. Penonton marah-marah melihat keadaan tersebut. The Rock diasak ke tiang gelangggang. Beliau seolah-olahnya tidak mampu melawan. Tanpa diduga The Rock menyerang balas. Satu persatu tumbukan dilayangkan. Si Jagoan senak perut menerima pukulan di bawah dada. Rakannya datang menolong akan tetapi The Rock sudahpun  membuat DDT pada si Jagoan. Rakan si Jagoan membangkitkan The Rock. Belum sempat penumbuk dilayangkan The Rock memintas gerak dan melakukan Rock Bottom. Sorakan penonton semakin galak dan menggila.

Si Jagoan dan rakannya terbaring di lantai gelanggang manakala The Rock memanjat tiang gelanggang sambil mengacungkan tangan kanan ke udara. Nafas ditarik panjang dengan gaya yang penuh ego. The Rock berlalu turun dan meninggalkan si Jagoan dan rakannya di gelanggang....

IF U SMELL


The Rock. Satu nama yang cukup popular bukan sahaja di kalangan peminat-peminat gusti tempatan malah di seluruh dunia. The Rock kelihatan bongkak dan angkuh di dalam arena Gusti akan tetapi realitinya di dunia luar The Rock seorang yang peramah dan baik tingkah laku. Ianya menjadi satu ironi kerana satu ketika dulu The Rock dibenci oleh peminat-peminat gusti kerana gaya baiknya. Mereka merasakan tidak ada orang yang betul-betul baik dan sopan seperti The Rock.

The Rock yang Baik


Semua itu berubah apabila The Rock bertukar wajah. Para penonton dikejutkan dengan pengkhianatan The Rock pada satu aksi perlawanan. Semenjak itu, persepsi mereka terhadap The Rock mula berubah. Mereka meminati imej beliau. Tak cukup dengan itu, bakat The Rock dalam persembahan mikrofon sangat hebat dan  mengagumkan sehingga mereka mula memuja namanya. Setiap kali The Rock muncul, kata-kata keramatnya akan dilaungkan bersama-sama. Mereka juga memberikan respons yang menggalakkan setiap kali The Rock   menyatakan seseuatu yang memerlukan kerjasama mereka.

The Rock : Can you hear the crowds are chanting his name?!
Crowds    : ROCKY! ROCKY! ROCKY!

The Rock  : The Rock and the milion..!
Crowds     : And the million! (satu stadium)
The Rock  : of the Rock fans!

Pendek kata inilah seorang figura gusti yang sukar dicari penggantinya. Aku minat The Rock ni dah lama sejak aku kecik lagi. Sekarang ni ada seorang kawan aku nama dia Omar memang minat giler gak dengan The Rock. Aku yang dah lama tak layan The Rock dah mula terjebak balik. Kadang-kadang aku bukak wikipedia baca pasal The Rock. Tak cukup dengan tu aku bukak pula TV Tropes nak tengok apa tropes yang terpakai tuk figura gusti ni. Okay. Cukup sampai di sini saja. Aku nak masuk dalam umah. Sekarang ni aku ada kat beranda depan dikelilingi oleh perkarangan rumah yang berbunyi cengkerik dan lain-lain serangga. Sekian.

Sabtu, 16 Februari 2013

Kau memang nak kena ngan Aku wahai Buluh.

Buluh. Sejenis tumbuhan yang hidup berkelompok. Buluh tergolong dalam kategori.. "Dah dah. Cukup. Orang tak nak dengar informasi sains kau tu. Straight to the point" ujar hati Besar aku. Ok.. faham.. balas hati Kecil aku pula. Pagi tadi aku menerima tugasan yang mendatangkan wang. Apa yang aku perlu buat ialah mencantikkan buluh bagi digunakan sebagai tiang bendera. Bukan cantikkan guna cat atau pewarna air tu tapi potong ruas yang tak elok dan buang benda yang membonjol kat tepi ruas tu. Apa namanya ntah. Tidaklah aku tahu.

Maka, dengan berbekalkan sepasang sarung tangan tidak berjenama jenis kain kapas tu beserta pula sebuah tudung saji yang orang buat perhiasan kat dinding rumah tu Aku pun memulakan pekerjaan. Oh ye. Tudung saji tu aku buat tutup kepala. Panas woo. Aku pun pergi ke belakang umah tempat berlonggoknya buluh-buluh tua nan usang itu dan menarik mereka ke hadapan umah. Selesai yang itu, Aku pun memotong ruas yang tidak elok dengan tudung saji eh silap dengan gergaji besi. Pastu, Aku menggunakan pisau untuk membuang ketumbuhan di tepi ruas-ruas buluh tersebut. Kerja yang senang tapi agak leceh. Cuaca yang panas membahang membuatkan aku tidak senang berdiri. Peluh jatuh berjurai-jurai dari dahi. Lenjun woo. Entah berapa kali aku berhenti rehat sambil minum air tapisan.

Jam menunjukkan sudah hampir waktu Zohor. Aku pun berhentilah dan meninggalkan kerja-kerja yang masih tersisa. Sesudah mandi dan menyalin baju aku pun bermotosikal ke Masjid yang tidak jauh letaknya dari rumahku. Oh! Awalnya aku sampai. Baru pukul 1.21 petang. Waktu Zohor pukul 1.34. Ku lihat Pak Uda Hasyim bapak kepada Abdul Qodir dan suaminya Mak Uda Halimah sedang duduk beriktikaf. Seusai mengambil wuduk Aku pun menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Belum masuk Zohor tak leh solat Sunat Zohor. Kepada yang mengetahui adakah boleh aku menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid tatkala Matahari masih belum tergelincir?

Balik ke rumah, aku pun menyambung pekerjaanku dengan penuh semangat dan tekun. Dah nak habis dah getus hatiku tatkala menyaksikan Buluh tinggal 6 batang. Ok selesai. Yeah! Aku masuk umah dan melantak nasi ngan lauk ayam masak Kurma sehingga tinggal seketul saja yang tersisa. Kemudian aku minum air Nescafe 3 in 1 secawan. Hatiku berbunga riang sehinggalah secara tiba-tiba bunga tersebut luruh dan gugur bagaikan diserap tenaga kehidupannya. Umiku menyampaikan sesuatu yang menggemparkan jiwa dan jasadku. "Bal, bukan potong Buluh yang dah tua ni. Rasa Umi Abah suruh potong Buluh yang kat umah sebelah sana" tutur Umiku. Oh Tidak! Sia-sia saja pekerjaanKu pagi tadi. Aku perasan ada Buluh Baru yang ditinggalkan kat halaman hadapan bekas Pusat Khidmat Komuniti (PDK) Kg. Permatang Guntung. Baru beberapa hari yang lepas Buluh-Buluh itu tiba di sana.

Alamak. Aku ingatkan Buluh yang kat belakang umah. Nilah yang dikatakan salah pemahaman. Ia merupakan satu masalah yang sering timbul dalam sesebuah organisasi di bawah topik komunikasi. Nampaknya Aku harus memulakan kembali pekerjaanKu. Tapi bukan sekarang. Lepas Asar nanti. Aku rasa tak sempat siap sebelum malam. Banyak woo. Apapun, Ya Allah! Permudahkanlah pekerjaanKu dan berilah keberkatan ke atasnya.  

Update: Betullah Abah suruh potong Buluh Tua tu. Maknanya tak sia-sialah kerja aku. Alhamdulillah~!

Jumaat, 15 Februari 2013

Kahwen Abg Saudara

Baru jap tadi aku balik dari Changkat Lada setelah menghadiri majlis pernikahan abg saudaraku kami panggil Yob Man dengan seorang wanita muda bernama Ida. Majlis berlangsung dengan agak baik. Ada dua pasangan ketika itu. Pasangan Abg Yob dengan bininya serta satu pasangan lagi yang aku tak tau siapakah nama mereka. Tapi pengantin perempuan dia memang cantek dan besar. Selesai solat Isyak, aku pon mengambil port di belakang pengantin lelaki. Ini aku cerita apa yang berlaku sebelum kahwen. Aku duduk agak ketengah sedikit. Tak lama kemudian pengantin pempuan pon mai. Pengantin yang satu lagi tu. Dia port dekat-dekat dengan aku. Oh tidak. Aku malu di situ. Aku ase geng-geng yang teman pengantin pempuan tu hampir semua  sama jantina dengan beliau. Seakan-akan ada dinding kat pipi kanan aku. Langsung aku tak leh nak paling usha-usha kot-kot ada yang lawa cam Shila Amzah or Neelofa. Aku ase memang tak ada kot.

Tidak berapa lama kemudian, pengantin perempuan seorang lagi a.k.a bakal bini Yob Man aku pun datanglah. Setelah tempat diambil, bantal kuning ditadah bawah punggung maka majlis pun berlangsunglah. Tok Kadi pon menjalankan tugasnya sebagaimana kelaziman. Aku terpandang satu buku ni agak molek sangat lalu aku pun bertanyakan pada abg saudaraKu yang bernama Abg Zaidi. Abg Zaidi adalah adik kepada Yob Man. Beliau sangat hensem dan telah pun berkahwin. Bini dia pun molek. Okay dah cukup. Aku suspek buku tu buku album. Apabila ditanya Abg Zaidi kata wang hantaran. Ooh.. Gitu.. Aku pun bukak nak tengok. Okay kemas dan cantek. Duit RM 50 diselitkan macam yang kita salu selit gambar tu. Ada berapa keping aku tak periksa pulak.

RM 501.00. Itulah nilai mas kahwin Abg Yob Man beri kepada isteri tercintanya. Memang unik dan sangat 'membantu' ketika majlis ijab qabul. "Saya Yob Man bin Tarmizi terima nikahnya Ida dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit satu ringgit tunai eh err.. lima ratus ringgit satu kot" lebih kurang camtulah. Perkataan kot tu saja aku tambah bagi sedap ayat. Akhirnya setelah 3 kali lafas akhirnya Abg Yob aku secara sahnya telah bergelar seorang suami. Tersenyum lebar beliau. Okay segera ke majlis membatalkan air sembahyang. Tangan pun bertaut erat. Kedua-dua mempelai tersenyum riang. Eh kenapa Tok Kadi masih berada di sini? Beliau tidak berganjak walau seinci pun dari tempat duduknya tadi. Alamak. Lupa bayar pulak hehe.

Keluarga pengantin perempuan menjemput kami ke majlis kejobos. Best kan bunyi dia. Kejobos. Ni bahasa Jawa. Maknanya gotong royong. Ada yang panggil rewang. Tak bermaksud yang kami pergi ke sana pi tolong masak ayam ke apa tapi pergi makan. Best wo. Aku melantak ikan keli ngan minum air tebu. Uu fresh cam baru kena perah petang tadi. Aku duduk ngan abah aku Encik Ja'afar, pak ngah aku Encik Ishak atau org panggil Sahak ngan adik sepupu aku Kakak. Kakak ni anak perempuan kepada pasangan Pak Ucu dan Mak Ucu aku. Budak lagi. Aku tengok dia senyap je makan ngan kitorang. Selalu tak gitu. Bapak ngan Pak Sahak pun bercerita pasal kejadian yang berlaku pada petang tadi. Kisah perang mulut yang berlaku di masjid Taqiuddin antara Pengurusan Lama dengan Pengurusan Baru. Apa yang menjadi isu ketika itu adalah berkenaan dengan pengurusan Tanah Wakaf. Aku tak nak komen apa-apa. Aku cuma harap isu ini tak akan buat kedua-dua belah pihak tak bertegur sapa dan bermasam muka.

Berbalik kepada ikan keli dan air tebu tadi, selepas sudah makan aku pun lepak la sebentar di bangku kerusi. Pasangan Yob Man dan isteri sedang bersanding pelamin. Pelamin dia ya amat cantek. Kaler putih gitu. Cam pernah nampak kerusi tu tapi di mana ya. Mungkinkah di Zam Zam? Beberapa orang ahli keluarga sedang menepung tawar pasangan pengantin. Teringin nak buat tapi aku tak reti. Akhirnya kesempatan itu tiba juga. Siti Sarah iaitu isteri kepada Abg Zaidi yang menunjukkan aku tatacara yang patut aku ikuti. Oh ada empat bekas. Bekas pertama beras, yang kedua apa ntah, ketiga daun pandan dan yang terakhir air mawar. Selepas menepung tawar aku pun bersalaman dengan Yob Man dan entah kenapa aku hampir menggerakkan tanganku untuk bersalaman dengan isteri beliau. Nasib baik gerakan itu hanya terlintas di hati dan belum terzahir secara nyata. Kalau tak kan dah malu aku di situ. Pastu aku terdengar Mak Uda aku Puan Zainab bagitahu yang si bujang tak boleh menepung tawar. Iyeke kataku dalam hati. Terlajak perahu boleh diundur terlajak menepung tawar nak wat camne erk.Buat tak tahu je kot.

Kami pun pulanglah ke umah menaiki toyota Camry yang dipandu oleh Abahku. Perjalanan yang disangkakan berjalan lancar tersangkut di tengah jalan. Apahal kete ni diberhentikan. Alamak bapa aku terlanggar... Aku pun keluar dari kereta ambil baldi cat yang tersadai di tengah jalan dan mencampakkannya ke dalam semak. Lalu perjalanan diteruskan seperti biasa. Tiba di rumah, Abah berpesan sesuatu kepadaku. Selepas itu, Abah pun berangkat pulang ke rumah isterinya yang lain. Apa yang dipesan adalah sesuatu yang rahsia. Aku telah pun menjalankan pesanannya pagi tadi. Okay. Camne aku nak tutup citer ni yer. Kepada yang nak kawen nanti mas kawin janganlah pelik-pelik sangat. Bukan apa takut susah kat diri sendiri lak nanti. Pastu, bayar Tok Kadi sebelum korang nak buat acara seterusnya. Yang terakhir, lebih molek sekiranya pengantin solat sunat dulu bersama-sama dan sujud syukur. Ni Umi aku yang cakap. Lebih molek begitu kan. Kepada Yob Man dan isteri Selamat Menempuhi Alam Rumah Tangga dan harap-harapnya berkekalan sehingga ke anak cucu.


Khamis, 14 Februari 2013

Nasib sang Meow

Black. Itulah nama salah seekor kucing aku di antara bebanyak ekor yang duduk melata di umah. Black kucing yang pendiam n dia jantan. Dia kucing kesayangan adik aku. Citernya sebab pakwe adik aku pernah bela Black dulu. Tapi Black nakal sebab suka berak dalam umah maka dia pun pulanglah ke tanah kelahirannya. Aku citer ni bukan sebab aku nak mencapap untuk kucing aku tapi nak bagitau yang dia dah pergi buat selamanya. Malang nasib Black. Selepas kematian Kecik di tayar Pajero kepunyaan Mak Aku takdir yang sama berulang kepada Black. Kali ni mati dilanyak tayar Toyota Camry. Ntahla aku tak tahu kenapa dengan Black aritu. Sebelum kematian Black sebenarnya aku syak Black telah dilanggar tetapi tak membawa maut. Dia punya tulang dekat dengan kaki belakang dia macam da bengkok sikit. Sudahnya Black jalan mengesot. Keciannn.

Pastu lak aku tak tahu kenapa Black suka lepak dekat kete Bapak aku tu. Sudah beberapa percubaan aku buat untuk mengelakkan Black dari dilanggar. Tapi pada hari yang bersejarah itu Aku ralit menonton cerita Unknown lakonan Liam Neeson kat laptop Dell. Aku terdengar jeritan ibuku tapi aku anggap itu perkara biasa. Mungkin ada sesuatu yang berlaku tapi aku tak syak apa-apa. Bapak aku tiba-tiba panggil. Aku pun pergi keluar. Alangkah terkejutnya Aku tatkala menyaksikan Black yang terdampar kaku di lantai porch. Oh tidak mengapa ini terjadi! Aku terkesima dan perlahan-lahan mampir kepadanya. Black telah tiada lagi. Aku tidak mampu menyaksikan tubuhnya lebih lama. Segera aku mencapai batang cangkul dan ku hentakkan sekuat hati ke tanah. Batu-batu kerikil, akar kayu semua aku sebat. Akhirnya siaplah sebuah lubang yang agak besar. Adik aku keluar umah sambil membawa sehelai kain putih dan membalut jasad Black. Dia lah yang sayang sangat kat Black tu.

Perlahan-lahan aku mengambus tanah sebaik saja Black disemadikan. Adik aku mengambil seketul bata dan meletakkannya di kubur Black sebagai penanda. Kemudian kami kembali ke umah. Aku mengerti tiada gunanya nak marah-marah kat bapak aku. Peristiwa tersebut telah pun terjadi. Biarpun sedih kehidupan tetap diteruskan seperti biasa. Tidak lama kemudian seekor kucing entah dari mana asalnya datang ke umah. Adakah kedatangannya buat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Black? Mungkin tapi pada hari ini ianya tidak benar. Ini kerana kucing tersebut telah meninggal pada pagi tadi. Dan kematian kucing itulah yang memilukan Aku sehingga aku menulis posting ini. Aku tidak tahu ini kali yang keberapa tetapi ini adalah antara kematian yang paling menyayat hati. Kucing tersebut aku kira tidak sihat. Entah kenapa Dia tidak boleh bergerak walhal keadaaanya elok sahaja pada pagi tadi.

Kucing tersebut mencungap-cungap mencari nafas. Sungguh ku kira dia sedang sengsara. Aku tidak tahu apa yang patut aku buat. Aku menemankannya sehingga satu ketika. Sekembalinya aku pada dia kucing tersebut telah pun kaku. Perlahan-lahan aku meletakkannya ke lantai porch. Kemudian aku menyemadikan tubuhnya di sebuah kubur yang tidak jauh dari kubur Black. Tidak aku sangka sekali lagi aku menjadi tukang gali kubur kucing. Dua kematian dalam satu minggu. Dalam dunia ni memang tidak ada yang mustahil. Mengikut apa yang aku belajar, kucing tidak mempunyai roh seperti kita. Mereka hanya ada nyawa. Kita pula ada roh dan nyawa. Beza kedua-duanya kita akan dibangkitkan semula sedangkan haiwan tidak akan dibangkitkan. Tetapi aku ada terbaca hadis Nabi. Tatkala Nabi melihat dua ekor kambing bergaduh, Nabi bersabda kepada temannya kedua-dua binatang itu akan diadili di padang mahsyar. Sahih atau tidak hadis ini  wallahualam. Akan tetapi ia menunjukkan yang haiwan akan dibangkitkan semula di hari akhirat untuk diadili. Soal masuk syurga neraka yang itu sungguh aku tidak tahu.

Walauapapun naseb sang Meow sejujurnya ia terpulang kepada kita. Adakah kita betul-betul sanggup menerima kehilangan binatang kesayangan kita apabila ia pergi. Barangkali ada antara kita berasa sangat sukar untuk menerimanya akan tetapi dalam hidup ini mati itu pasti, hidup insyaallah! Kata-kata ini dipetik dari novel bersiri Laksamana Sunan karangan Ramlee Awang  Murshid. Kata-kata ini patut kita renungkan bersama. Moga beroleh manfaat.

Rabu, 13 Februari 2013

Kejadian Aneh di depan Umah Aku

Semalam lepas habis solat Isyak aku pun balik lah ke umah. Lapar perut bai aku pun pergilah ke meja makan makan nasi ngan ikan bawal. Memang shedap wa kata sama lu wo. Kawan aku keturunan India nama dia Omar bagitahu dia nak datang ke umah sebelum tu lagi masa kitaorang lepak-lepak kejap kat masjid Taqiuddin. Aku tgergesa-gesa lah makan. Beberapa minit kemudian aku terdengar bunyi mesej masuk kat henpon aku yg berada di dalam bilik tidur. Aku teruskan jugak makan. Pastu baru aku gi ambek henpon tengok-tengok ada 3 misskol campur satu mesej. Alahai kecian lak. Abeh je makan aku pun keluar umah menyambut kedatangan Omar.

"Bey, tadi aku nampak ada orang macam kau kat depan umah ni" ujar Omar. Aku dah cuak dah. Orang mana lak ni. Omar pun menyambung. "Dia jalan kat sini meranduk air dan berjalan pantas ke sana" sambil menunjuk ke satu arah iaitu sebuah jalan tar yang menjadi laluan penduduk kampung. "Aku bagi dia highbeam aku ingatkan kau" Omar meneruskan ceritanya. Dalam hati aku dah ase semacam. Takkan lah pencuri aritu datang balik. "Pastu aku nampak ada sorang ni pakai helmet penuh naik moto EX5 tak ada nombor plat pendaftaran" Omar galak bercerita. Keskemaan ayat beliau bukanlah disengajakan oleh beliau sendiri melainkan akulah yang mengubah bicaranya supaya ayatnya lebih terperinci dan ringkas.

Kemudian kami pun sambunglah menyembang. Pastu aku ngan Omar pergi ke dewan orang ramai Kg. Permatang Guntung untuk mempersiapkannya sempena kedatangan orang dari Jabatan Penerangan nak sampaikan Bajet Negeri Perak. Selesai mengemas kitorang gi warung makan-makan dan minum-minum dibelanja oleh ayah aku. Setibanya di rumah aku terpikir sesuatu. Mungkinkah itu bukan pencuri aritu. Mungkin kemunculan moto ex5 tak de nombor plat tu tak ada kena mengena langsung dengan kehadiran lelaki misteri itu biarpun mereka muncul dari laluan yang sama. Aku teringat sebuah cerita dari sebuah majalah. Aku tak pasti majalah apa, Ia cerita pasal kejadian kemunculan lembaga aneh yang menyerupai seseorang yang kita kenal ditempat yang biasa dia berada. Macam contoh kita nampak kawan kita ni Mat Derih tengah mundar mandir di penjabat dia pastu bila cek balik dia dah tak ada. Tak lama pastu Mat Derih ni datang pejabat tapi pakai baju lain. Lembaga yang kawan dia nampak tu pakai baju hitam.

Omar ada cakap yang dia pakai seluar pendek paras panjang lebih kurang macam seluar aku. Pastu orang tu terus ghaib selepas berjalan ke satu arah. Omar suruh aku rahsiakan sebab mungkin dia tersalah lihat. Perkara tu mungkin juga. Mungkin betul dia tersalah nampak yang diakibatkan oleh faktor pencahayaan sekeliling dan juga beberapa faktor lain. Akan tetapi apa yang aku ingat dari cerita majalah tu kemunculan lembaga aneh menyerupai kita tu berlaku apabila ada desakan yang kuat dalam diri kita untuk berada di sana. Sebagai contoh Mat Derih tadi tersangkut kat trafik jam dan dia asyik terbayang-terbayang ofis dia. Dia nak berada di ofisnya sekarang tu jugak. Macam aku lak aku risau Omar tunggu aku lama jadi aku asyik terbayang nak keluar pergi ke depan umah. Aku tak tau lah kebenarannya. Terdapat tiga teori. Pertama, yang datang tu pencuri dan dia lari selepas Omar bagi highbeam kat dia. Kedua, Omar tersalah nampak dan yang ketiga itu mungkin imej aku yang muncul secara misteri.

Apapun kebenarannya yang pasti aku masih lagi trauma dengan kejadian curi aritu. Aku ase panas hati dan tak keruan bila teringat peristiwa itu. Aku ase nak tumbuk-tumbuk je pelaku jenayah tu. Tapi aku bersabar. Sebagai manusia, hambatan perasaan adalah satu perkara yang normal. Yang penting kita kena bijak mengawalnya, Ya Allah! Berilah aku kekuatan untuk bersabar. Aamin.