Ahad, 26 Ogos 2012

Manusia Pilihan part 14

Batu Caves, Selangor

Di sebuah rumah usang yang terletak berhampiran kilang tekstil.

Grinder tersedar dari lena. Diperhatikan sekeliling. Aneh. Ini bukan rumahnya. Grinder memicit-micit kepala. Cuba memanggil kembali ingatannya. Baru dia teringat. Sebentar tadi, dia sedang membaca surat khabar di rumahnya. Tiba-tiba ada seseorang menghentaknya dari belakang lalu dia pengsan. Grinder tidak tahu di mana dia berada ketika ini. 

Satu lembaga berjubah hitam masuk melalui pintu yang terbuka. Senyuman merekah di bibirnya. Bukan senyuman biasa. Sebaliknya senyuman yang mengejek dan sinis. Tutup di kepala dibuka. Terlihat jelas wajahnya. Grinder mengenali manusia tersebut. Merah wajah Grinder. Nampaknya dia sangat marah dengan pemuda yang berada di hadapannya itu. "Bangsat! Kau yang bunuh adik aku kan!" teriak Grinder. Meronta-ronta tubuhnya untuk melepaskan diri daripada ikatan tali di kerusi yang dia sedang duduk sekarang ni. Ikatan tali itu sangat ketat. "Bajingan seperti kau tidak layak hidup. Kau perkosa adik aku. Kau bunuh ibu dan ayah aku. Aku nak kau rasa apa yang mereka rasa sebelum kau mati" 

Grinder cuak melihat pisau yang dicabut dari sarung oleh Api Merah. "Jangan!!!" Api Merah tidak mempedulikan raungan itu lalu menusuk dada Grinder dengan pisau berulang kali. Grider meraung kesakitan yang teramat. Api Merah membelah perut Grinder sehingga terburai keluar ususnya. Api Merah ketawa puas hati. Grinder dapat merasakan sakaratul maut yang semakin menghampiri. Nafasnya turun naik perlahan. Darah membuak-buak keluar dari belahan luka di dada dan perut Grinder. Terbayang di mata Grinder kekejaman yang dilakukannya selama ini. 

Tiba-tiba, sekumpulan manusia masuk memenuhi ruangan bilik itu. Mereka menghalakan pistol masing-masing kepada Api Merah. Api Merah tersentak. Apa yang berlaku ketika ini tidak dijangkakannya. Seorang lelaki menapak masuk perlahan. Grinder cuba mengangkat pandang tetapi tidak berdaya. Api Merah mengeluarkan api yang marak dari tubuhnya. "Jangan buat apa-apa kalau nak selamat" ujar lelaki tadi. Api Merah berpaling ke arah suara itu. Api yang marak di tubuhnya beransur hilang. Lelaki tadi menyengih kepadanya. "Bagus" puji lelaki itu. 

Lelaki misteri itu berjalan mendekati Grinder. Grinder telah pun menghembuskan nafas terakhirnya. Sekumpulan manusia berpistol yang masuk tadi gerun melihat mayat Grinder. Ada yang loya dan muntah di situ juga. Red Bone berpaling pandang ke Api Merah. "Sebenarnya, Grinder telah merancang untuk memerangkap kamu. Hampir saja rancangan beliau berhasil. Malangnya, jika dibandingkan dengan kamu, ternyata kamu aset yang lebih cemerlang berbanding Grinder" bicara Red Bone. "Jadi kamu mengkhianati dia dengan tujuan memujuk aku menyertai kamu. Begitu?" balas Api Merah. Red Bone menepuk tangan. "Pintar! Tepat sekali!" Red Bone memuji kecekapan Api Merah menangkap maksud kedatangan dia ke situ.     

Api Merah menyalakan bebola api di tangannya dan membakar mayat Grinder. "Jijik aku melihat mayat ni lama-lama" ujar Api Merah. "Kalau kesetiaan aku yang kau mahukan maaf aku menolak" sambung Api Merah lagi. "Apa kau fikir kau boleh menolak permintaan aku?" balas Red Bone perlahan. Senyuman merekah di bibirnya. Beliau seolah-olah yakin Api Merah akan tunduk kepadanya. "Setakat membakar kamu semua hidup-hidup bukan kerja sukar bagi aku" ugut Api Merah. Ternyata Api Merah tidak gentar dengan pistol-pistol yang diacukan kepadanya. Badan dia membara dengan nyalaan api biru. Akan tetapi, nyalaan tersebut padam secara tiba-tiba. 

"Hahahahahhahaaha!" Red Bone ketawa berdekah-dekah. Seorang lelaki berpakaian sut putih masuk ke ruangan bilik. Api Merah hairan dengan apa yang berlaku. Dalam fikirannya kini, dia cuba mengaitkan apa yang berlaku dengan kemunculan lelaki itu. "Kekuatan kamu tersekat oleh lelaki ini. Kamu tidak boleh berbuat apa-apa tanpa kuasa kamu kan" Red Bone merapati Api Merah. "Sertai aku. Aku boleh beri apa saja yang kau mahu. Harta, Pangkat, Wang dan Kuasa semua boleh jadi milik kamu. Tiada guna kau hidup dalam masa silam. Dendam kau sudah terbalas. Mari"

Api Merah menundukkan pandangan. Red Bone mengisyaratkan ahli kumpulannya untuk menurunkan pistol masing-masing. Red Bone yakin Api Merah telah menerima tawarannya.

Bersambung...........

Manusia Pilihan part 13

UiTM Shah Alam

Inspektor Rizal masih lagi tidak menemui identiti sebenar Pendekar MiM. Akan tetapi, ada tanda-tanda kemunculan beliau di sekitar UiTM. Kawasan pencarian telah dihadkan di sekitar Fakulti FSPPP, Fakulti Sains Rekreasi dan Fakulti Pengajian Media. Laporan daripada SB mengatakan kelibat lembaga Pendekar MiM semakin kerap kelihatan. Akan tetapi setiap kali dijejaki orangnya hilang. Hari ini Inspektor Rizal telah memasang beberapa kamera tersembunyi dengan bantuan seorang SB yang menyamar sebagai pembantu teknikal. Sambungan kamera tersebut melalui wifi uitm yang telah digodam terus ke komputer riba Inspektor Rizal. Inspektor Rizal yakin Pendekar MiM pasti terjerat kali ini. 

"Inspektor! Kelibat suspek dicam di sayap kanan Fakulti Pengajian Media".  Segera Inspektor Rizal menukar saluran kamera tersembunyi ke kawasan sekitar Fakulti itu. SB Salim yang sedang menyamar sebagai pekerja pembersihan yang melaporkan kejadian tersebut. Inspektor Rizal memerhati kelibat tersebut masuk ke bilik air. Seorang lelaki keluar dari bilik air itu. Pakaiannya seperti pelajar biasa. Inspektor Rizal menyangka suspek masih lagi berada dalam bilik air. Beliau segera mengarahkan SB Salim memberkas suspek. SB Salim bergegas menuju ke bilik air. Dari pandangan kamera tersembunyi, Inspektor Rizal memerhati SB Salim masuk ke dalam bilik itu. SB Salim keluar dengan muka hairan. "Suspek tiada di dalam tuan" lapor SB Salim melalui mikrofon kecil. Inspektor Salim turut merasa hairan. "Ok, kembali ke tugasan asal" balas Inspektor Rizal. 

Inspektor Rizal mengulang tayang rakaman kamera tadi. Selang masa suspek masuk ke bilik air dan seorang pemuda keluar dari bilik air tadi begitu singkat. Inspektor Rizal mula membayangkan sesuatu yang mustahil. Mungkinkah pemuda itu ialah Dia yang dicari. Inspektor Rizal melakukan fokus terhadap wajah pemuda tersebut. Komputer merekod wajah suspek dan melakukan pembandingan wajah dengan data dari pengkalan data. Seorang lelaki muncul di skrin. Beliau ialah Muhammad Amir Hamzah. Inspektor Rizal yakin dia telah menemui suspeknya.

Bersambung.......

Sabtu, 25 Ogos 2012

Manusia Pilihan part 12

Insp. Rizal berjaya menjejaki pergerakan Pendekar MiM. Beliau kini yakin Pendekar MiM memang berada di kawasan Universiti itu.Pencarian selama 2 bulan ternyata membuahkan hasilnya Cuma yang belum pasti siapakah identiti beliau yang sebenar. Beberapa orang SB telah diarahkan untuk membuat penyamaran. Ada yang menjadi pelajar. Ada juga yang menjadi kakitangan jabatan. Tak kurang juga yang menjadi pensyarah. Semua ini gara-gara mahu menangkap Pendekar MiM secara hidup-hidup.

Kolej Jati

"Amir, kau tak perlu nak sorok lagi identiti kau. Aku dah tau kau sapa" ujar Farid bersahaja. Amir yang duduk di penjuru katil terkesima. "Apa maksud kau Farid?" soal Amir pula. Farid mengambil surat khabar Kosmo di atas meja. Menyelak muka surat surat khabar tersebut satu per satu dengan pantas seolah-olah mencari-cari sesuatu. "Ini maksud aku" balas Farid sambil menunding jari ke satu artikel. Amir terdiam seketika. "Memang aku superhero tu. Puas hati kau?" ujar Amir tanpa teragak-agak. Farid pula yang terkesima. Tak sangka semudah itu Amir akan mengaku.

Pelbagai persoalan muncul dalam kotak fikiran Farid. Mustahil ni. Mana-mana superhero tak akan mengaku sebegitu mudah. Adakah Amir mahu bermain psikologi dalam perkara ni. Mengaku dia superhero dengan niat hendak menyakinkan aku yang dia bukan superhero sebab superhero tak akan mengaku yang dia tu superhero. Ah pening kepala aku. Farid mengetuk-ngetuk kepala tanpa sedar. Amir tergelak menyaksikan perlakuan Farid yang tetiba dan pelik tu.

"Sebenarnya dah lama aku nak bagitau kau pasal ni. Cuma, aku tak tahu nak cakap macam mana. Lagipun, aku tak suka nak kecoh-kecoh." ujar Amir lagi. Farid memegang bahu rakannya dan menepuk-nepuk perlahan. "Aku bangga dengan kau Amir. Tapi aku pelik napa kau pakai gelaran Pendekar MiM. Kenapa tak Malayman ke, super Janggut ke. Janggut kau kan panjang hehe."

Amir hanya tersenyum simpul mendengar kata-kata rakannya itu. Iphone di poket dicapai. Amir memeriksa akaun twitternya. Nampaknya ada dua kemalangan berasingan berlaku di seksyen 17 dan sekyen 24. "Farid, ada hal. Nanti kita sembang lagi" kata Amir mengakhiri perbualan antara mereka berdua. Farid mengangguk tanda memahami.

Rainbow Hotel Bukit Bintang

"Cilaka punya Api Merah. Sorang demi sorang geng kita mati. Setan! Bangsat!". Grinder tidak mampu menahan amarahnya lagi. Leno adiknya telah terkorban. Mati terbakar. Majid menepuk-nepuk bahu Grinder. "Sabar Grinder. Kita akan cari jalan untuk membalas dendam." Grinder menarik nafas panjang. Betul kata Majid. Berduka cita adalah perkara sia-sia. Pembalasan harus dirancang segera. Siaplah kau Api Merah.

Bersambung......


Khamis, 16 Ogos 2012

Kunjungan yang tidak disangka

Aku tak dapat nak describe apa yang aku rasa sekarang ni. Aku menekup mulut tidak percaya. Seorang penulis blog yang sgt aku kagumi berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ni. Beliau adalah saudara Imran Haaz penulis blog Satuhala. Malu la plak rasanya apabila post2 aku yang menggedik dibaca oleh beliau. Akan tetapi seketika itu juga terlintas satu kesedaran di hati aku. Apa yang aku merepek selama ni dalam blog ImaginasiKu. Aku sedar apa yang aku post ni tak mendatangkan faedah yang besar langsung kepada umat Islam terutamanya orang Melayu.

Aku telah membulatkan tekad. Selepas ini, aku tidak akan lagi menulis perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kerana itu bukanlah minat aku yang sebenarnya. Aku berminat untuk menulis mengenai perkara-perkara yang boleh memberikan faedah dan manfaat kepada orang lain. Harap-harapnya apa yang aku telah tekadkan ni akan berjaya aku gapai. Oleh itu, aku telah menetapkan untuk menulis satu cerita yang berunsur Islamik. Jalan cerita telah ada cuma belum habis menggilap lagi. Aku akan cuba hasilkannya. Insya Allah.

Jangan Mengaku Melayu kalau Tak Endah Pasal Ni


Tahukah saudara dan saudari siapakah saudara dan saudari semua..? Macam mana kalau saya katakan saudara dan saudari sekalian adalah PENDATANG yang berasal dari Yunnan..? Ini bermakna saudara dan saudari sekalian adalah golongan pendatang dari China dan bukan PRIBUMI di bumi Malaysia ini. Ini juga bermakna saudara dan saudari tidak layak sama sekali memiliki bermacam2 kemudahan dan keistimewaan yang diperuntukkan untuk golongan peribumi. Saudara dan saudari sekalian tidak layak sama sekali mengaku Tuan di tanah tercinta ini.

Siapakah Bangsa Melayu ini saudara dan saudari sekalian? Dari manakah kita berasal sebenarnya.? Kalau saudara dan saudari sekalian terpinga-pinga dan tak paham sama sekali apa yang saya sampaikan ini, izinkan saya membawa saudara dan saudari sekalian merentas ruang masa yang akan menyingkap sejarah sebenar Bangsa Melayu yang telah digelapkan beratus tahun lamanya. (sila baca sampai habis bagi mengelakkan fitnah)

Pernahkah saudara dan saudari pikirkan macam mana kerajaan Melayu Melaka dahulu berupaya membina satu empayar perdagangan yang besar dan sangat berpengaruh di dunia sehingga digelarVENICE OF THE EAST ?. Tak hairankah saudara dan saudari sekalian.? Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca dan dipertuturkan hampir kebanyakan bangsa seperti mana yang berlaku kepada Bahasa Inggeris pada masakini. Dari manakah datangnya ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan perlabuhan, pembuatan kapal2 dagang , pelayaran, geografi, dan sistem mata wang?

Saudara dan saudari. Adalah sangat mustahil sebuah bangsa dalam masa beberapa tahun saja berupaya membangunkan empayar perdagangan yang cukup berpengaruh dan dikagumi ramai. Jadi, dari manakah datangnya pengetahuan2 ini? Ada sesiapa yang tahu?

Hal ini adalah suatu perkara yang tidak mungkin berlaku melainkan empayar Melayu sudah wujud berabad-abad lamanya. Menurut seorang pengkaji sejarah yang lebih dikenali sebagai Srikandi(penulis blogmistisfiles) sejarah Melayu telah wujud beribu tahun sebelum masehi. Bangsa Melayu bukanlah rekaan PENJAJAH mahupun sarjana Barat. Percayakah tuan2 dan puan2 jika dikatakan bangsa Kita pernah menjejakkan di Mesir pada zaman dahulu menaiki kapal yang sangat besar. dalam catatan Egyptian Book of the Death ada dinyatakan mengenai kedatangan satu bangsa dari Timur membawa perahu yang sangat besar. Raja tersebut dikenali sebagai Perahu manakala permaisuri beliau dipanggil Hati. kedua-dua perkataan ini adalah asing bagi bahasa2 di bumi sana. Keberkaitan perkataan Perahu dan Hati tidak ditemui dalam mana2 bahasa kecuali Bahasa Melayu.

Pada suatu ketika dahulu juga, telah wujud satu empayar yang lebih berkuasa dari kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan ini harum namanya hampir ke serata dunia pada ketika itu. Berbagai-bagai panggilan yg diberikan kepada empayar ini. Org Arab menggelarnya Zabag. Bangsa China menggelarnya San Fo Qi. Walau apapun gelaran yang diberikan kepadanya, ia tetap merujuk kepada kerajaan yang sama. Kerajaan tersebut ialah Kerajaan Melayu Sriwijaya. Ia merupakan empayar Maritim yang sangat kuat dan kaya-raya. Kerajaan Melayu Sriwijaya berupaya menguasai laut China Selatan yang bergelora hebat. Empayar ini tidak berkembang menerusi kekerasan sebaliknya ia melalui saluran diplomatik. Entah bagaimana, kerajaan ini berupaya menundukkan kerajaan2 di sekitarnya hanya melalui perdagangan dan sifat toleransi. 

Kita sering digambarkan berperang dengan menggunakan keris dan tombak semata2? Adakah benar perkara ini.? Tahukah saudara dan saudari sekalian Kerajaan Melayu pada masa dahulu berperang menggunakan senjata2 yang tercanggih pada masa tersebut. Adakah sebuah empayar Maritim yang berkuasa di laut Asia Tenggara hanya berkuasakan keris, tombak dan sebagainya??? Tidak sama sekali. Mereka memiliki meriam, terakol (pistol), lela rentaka/lantakas yang dibuat sendiri. Masakan penjajah mengambil masa yang terlalu lama untuk menakluk kota Melaka jikalau kerajaan Melaka hanya bersenjatakan keris dan bertembokkan kayu.
http://riwayatmelayu.blogspot.com/2010/08/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html

Kenapa kebanyakan kita tidak mengetahui perkara ini..? Ini kerana sejarah Melayu telah digelapkan oleh pihak2 yang tidak bertanggung jawab. Pihak2 ini lah sebenarnya yang cuba menyembunyikan keagungan dan kehebatan bangsa Melayu supaya kita berasa lemah dan rendah diri yang keterlaluan. Sejarah kita telah didowngradekanke tahap yang tidak sepatutnya. Sejarah kita ibarat berlian yang bersinar kilauan tetapi tersorok di dalam lumpur hitam yang pekat dan melekit. Sewajarnya sebagai bangsa yang bermaruah kita mestilah mengembalikan maruah dan kehormatan bangsa kita ke tempat yang sepatutnya.

Ikuti kupasan sepenuhnya di  http://riwayatmelayu.blogspot.com. under volume Alter Terahsia Bangsa Melayu yang dikarang oleh Cik Srikandi sendiri.. Kenali beliau kerana beliaulah antara insan yang betul2 ikhlas dalam perjuangannya memartabatkan kembali bangsa kita. Jikalau saudara dan saudari sekalian ingin berhibur dengan telatah Srikandi melayan perogol2 sejarah kita silalah berkunjung ke blog beliau di http://halamansrikandi.blogspot.com. 

p/s: nota ini dikarang berpandukan kepada pengetahuan umum yang difahami oleh saya sendiri. segala perincian tidak diletakkan dan dijelaskan dengan lebih mendalam kerana saya bukanlah org yang layak dalam bidang ini. segala kesilapan atau kekeliruan dalam fakta harap dimaafkan.

Selasa, 14 Ogos 2012

Aku dan Zaman Dulu


Sejak dulu lagi, aku digelar budak pandai. Aku tau yang aku ni pandai tapi aku tak rasa yang keputusan aku cemerlang cam budak2 yang pangggil aku macam tu. Makna kata diorang tu lagi pandai dari aku lah kan patutnya. Aku tak rasa kepandaian adalah aspek penting kejayaan. Bagi aku kejayaan datang dari Usaha, Doa dan Tawakal. Orang-orang yang berjaya adalah orang yang berani buat salah dan belajar dari kesalahannya. Aku tak rasa aku tergolong dalam golongan itu.

Minat aku sejak kecil ialah membaca buku. Apa saja jenis buku selalu menjadi pilihan aku. Aku tidak tau kenapa tetapi minat ini sudah bercambah dari kecil lagi. Masa sekolah rendah aku suka baca buku sains. Teringat aku dulu ketika darjah 4 aku pernah membaca buku sains darjah 6. Pada masa itu, aku beranggapan bahan bacaan itu bukan untuk orang berumur seperti aku akan tetapi oleh kerana minat yang mendalam aku singkirkan aggapan itu. Jadi kerana pengaruh sains dalam kehidupan aku membuatkan aku bercita-cita menjadi saintis. Ternyata setelah aku dewasa fantasi tidak seindah realiti. Subjek sains tulin yang aku ambil ketika sekolah menengah gagal aku bawa dengan baik. Akibatnya aku mendapat keputusan yang teruk. 

Kini aku belajar Sains Pentadbiran di UiTM Shah Alam. Memnag jauh sungguh dengan bidang yang aku minat masa kecik2 dulu. Setelah belajar pentadbiran, ternyata aku memang tidak sukakannya. Ini bukanlah apa yang aku cita-citakan masa kecik dulu. Ketika di alam universiti aku menemui bidang yang aku minati iaitu psikologi manusia dan kajian kuasa minda. Aku bercadang mengambil Master dalam psikologi. Harap-harap tercapailah hajat aku ni.

Rabu, 8 Ogos 2012

Manusia Pilihan part 11

PETALING STREET

Suasana hiruk-pikuk dengan pergaduhan antara dua kumpulan samseng terbesar di Kuala Lumpur. Di sana sini bergelimpangan samseng-samseng yang tumpas dalam pergelutan. Yang masih gagah sibuk bertarung sesama mereka. Pukulan demi pukulan menghinggapi segenap penjuru tubuh. Orang awam yang tidak terlibat melihat dari kejauhan. Seboleh-boleh mereka tidak mahu kehadiran mereka disedari dengan menyembunyikan diri di sebalik kotak-kotak dan dinding bangunan. Penjaja-penjaja makanan terpaksa menghentikan seketika perniagaan mereka. Dalam hati mereka menyumpah-nyumpah samseng yang tidak sudah-sudah membuat kacau di kawasan tersebut.

Tiba-tiba, bebola api yang datang entah dari mana menyambar seorang demi seorang samseng yang leka bergaduh. Mereka menjerit kepanasan dan berlari-lari mencari air. Ada antara mereka tersungkur di atas jalan. Api yang merah membara memamah sekujur tubuh yang lemah seperti api memakan kayu kering. Api Merah tersenyum sinis menyaksikan kejadian tersebut. Puas hatinya melihat samseng-samseng tersebut tumbang seorang demi seorang. Api Merah tidak mungkin akan melupakan permusuhan abadinya terhadap kumpulan kongsi gelap. Peristiwa silam yang terlalu perit telah mengubah dirinya menjadi kejam dan tidak lagi berperikemanusiaan.

"Oh.. Ini kerja kamu". Api Merah berpaling ke belakang. Seorang pemuda bertopeng yang gagah perkasa sedang berdiri tegak memandang ke arahnya. Api Merah terkesima. Terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu. Api Merah segera membetulkan riak wajahnya lalu berbicara. "Tidak sangka dapat bertemu muka dengan superwira MiM. Selama ini hanya mendengar cerita mulut sahaja" Api Merah mengukir senyuman. Pendekar MiM tidak berkata apa-apa. Matanya melihat satu demi satu jasad yang telah rentung terbakar.

"Kamukah selama ni yang terbabit dengan kebakaran aneh yang berlaku di sekitar KL ni?" soal Pendekar MiM. Api Merah mengangguk tanpa teragak-agak. "Ya! Memang aku punya keje. Mereka yang mampus tu memang patut menerima balasan. Tidak perlu menunggu terbakar oleh api neraka. Seketika ini juga mereka boleh merasakannya" Api Merah tidak menunjukkan riak bersalah. Bagi dia, apa yang dilakukan itu memang wajar. Samseng-samseng tersebut memang patut mati. "Mari ikut aku menerima pengadilan yang sewajarnya. Tidakkah kamu tahu negara kita ada undang-undang! Mereka ni sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan dahulu!" bicara Pendekar MiM dengan tegas. Baginya, walau sejahat mana pun samseng-samseng ni mereka wajar mendapat pengadilan yang adil.

Api Merak menyinga. Marah sekali dengan ucapan Pendekar MiM sebentar tadi. Terbayang di ruangan matanya wajah-wajah samseng yang telah memporak perandakan keluarganya. Angkara hutang Ayah yang tidak bertanggungjawab Ibunya menjadi korban. Adik perempuannya diperkosa. Api Merah tidak mampu berbuat apa-apa ketika itu. Dia turut dipukul separuh mati. Mujurlah umurnya masih panjang. Api Merah tidak mungkin akan melupakan penderitaan yang teruk itu. Dia marah. Sangat-sangat marah. Api Merah membara dengan nyalaan api yang terang di kedua belah tangannya.

Pendekar MiM kaget melihat peristiwa tersebut. Belum sempat beliau berbuat apa-apa Api Merah telah menyerang dengan lemparan bebola api. Tepat mengenai dada Pendekar MiM. Beliau terhumban ke belakang. Dada beliau terasa panas sekali. Jika orang biasa sudah pasti mati terbakar terkena lemparan itu. Api Merah melompat ke hadapan MiM lalu menghadiahkan satu tumbukan yang berat ke muka. Pendekar MiM mengelak sedikit. Terguris pipi beliau. Pendekar MiM menolak Api Merah ke samping. Kembali bangkit dan membetulkan pernafasannya.

Pendekar MiM tiba-tiba ghaib dari penglihatan. Sekelip mata beliau berada betul-betul di hadapan Api Merah. Api Merah ditackle dan dibawa terbang ke langit. "Kalau betul kau nak bertarung, bukan kat sini tempatnya" ujar Pendekar MiM. Beliau membawa Api Merah ke satu tempat yang jauh dari kawasan bandaraya. Setibanya di satu kawasan lapang yang di kelilingi hutan, mereka menyambung kembali pertarungan. Tumbukan demi tumbukan dilancarkan. Gaya berlawan Api Merah adalah Street fighting manakala Pendekar MiM menggunakan seni silat. Ternyata, Api Merah tidak berupaya melawan serangan dari Pendekar MiM. Beberapa kali pergerakannya seolah-olah terkunci.

Api Merah cuba mencari helah bagi melepaskan diri. Melihat-lihat sekeliling dengan tujuan mencari kelebihan  faktor muka bumi. Seketika kemudian, Api Merah melompat tinggi ke langit dan melibaskan nyalaan api yang panjang seperti ekor naga ke arah Pendekar MiM. Beliau pantas mengelak. Bertubi-tubi beliau dilibas tetapi satu pun tidak mengena. Tiba-tiba, kawasan sekeliling hutan terbakar dengan api yang semakin marak. Pendekar MiM menyedari ini adalah helah Api Merah. Apa yang perlu beliau lakukan? Beliau perlu melakukan sesuatu jika tidak kebakaran tersebut akan merebak ke kawasan penempatan. Beliau memandang Api Merah. Api Merah tersenyum sinis. Tiada cara lain beliau meninggalkan Api Merah dan terbang mencari tangki air yang terletak di kawasan bandar. Api Merah mengambil kesempatan tersebut untuk melarikan diri.

Besambung...




Isnin, 6 Ogos 2012

Notis Pendek

Mulai hari ini tajuk cerita Manusia Pilihan: Superhero UiTM Shah Alam akan diringkaskan kepada Manusia Pilihan saja. Karya ini akan kembali menemui peminat-peminat setia bermula bulan Ogos ni. 

Ahad, 5 Ogos 2012

Aku dan Ponteng Sekolah

Aku seorang pelajar yang cemerlang

Keputusan ujian aku tidak menghampakan

Tetapi aku malas

Tak suka buat keje rumah

Dan tak suka datang sekolah

Aku lagi suka main game kat rumah.

Teruk kan perangai aku.

Disebabkan itu aku suka ponteng sekolah

Ketika budak-budak seusiaku bersiap-siap ke sekolah

Aku bersiap-siap untuk ponteng sekolah

Selepas saja ibu dan bapaku keluar keje

Aku terus buka baju dan seluar..........sekolah.

Tu time budak-budak

Time sekolah menengah lagi dahsyat

Aku ponteng dekat 8 bulan

Ketika dalam pelarian aku suka duduk dalam hutan

Membuang masa dengan bersendiri

Sambil menyanyikan lagu-lagu popular masa itu

Seperti lagu Memori Bahagia nyanyian Bob AF2

Tak boleh blah kan

Akhirnya perbuatan ku dihidu oleh ibu dan bapaku

Aku telah kantoi

Kerana kedegilan yang melampau aku telah dimandikan dengan air jampi

Akhirnya aku pulih dari penyakit ponteng sekolah

Sejak itu aku suka pergi sekolah

Kat sekolah banyak awek comel-comel

dan kiut-miut

Suka! Suka!



Kini semua tu telah pun berlalu

Aku kini di Universiti mengambil degree

Walaupun penyakit ponteng sekolah sudah tiada

Tetapi malas tu masih melekat kuat

Agaknya virus Malas ni dah kuat sangat bersarang kat hati aku kot

Maybe.....

Just Nak Bagitau je.....

Blog ni terbahagi kepada beberapa kategori:


1. Cerita Bersiri.
- minat aku adalah menulis sejak aku sekolah rendah lagi. Dulu time  sekolah aku selalu dapat A dalam karangan bahasa Melayu. Cumanya, aku suka ponteng sekolah jadi bakat aku ni tak digilap sepenuhnya. Ada terlintas di hati nak tulis novel tapi tak tau nak tulis novel pasal apa. Setakat ni belum ada satu Novel pun yang aku berjaya siapkan. 


2. Cerita Pendek
-terbahagi kepada 2 jugak iaitu cerita pendek yang berkaitan dengan aku. Selalunya bermula dengan tajuk "Aku dan......." dan cerita pendek yang tak berkaitan dengan aku. Gaya penulisan aku lebih konkrit dan keras sebab aku dah lama tak bermain dengan ayat-ayat puitis. Sementelah, aku juga lemah dalam tatabahasa Melayu. Mungkin sebab aku suka ponteng sekolah kot.