Ahad, 5 Ogos 2012

Aku dan Ponteng Sekolah

Aku seorang pelajar yang cemerlang

Keputusan ujian aku tidak menghampakan

Tetapi aku malas

Tak suka buat keje rumah

Dan tak suka datang sekolah

Aku lagi suka main game kat rumah.

Teruk kan perangai aku.

Disebabkan itu aku suka ponteng sekolah

Ketika budak-budak seusiaku bersiap-siap ke sekolah

Aku bersiap-siap untuk ponteng sekolah

Selepas saja ibu dan bapaku keluar keje

Aku terus buka baju dan seluar..........sekolah.

Tu time budak-budak

Time sekolah menengah lagi dahsyat

Aku ponteng dekat 8 bulan

Ketika dalam pelarian aku suka duduk dalam hutan

Membuang masa dengan bersendiri

Sambil menyanyikan lagu-lagu popular masa itu

Seperti lagu Memori Bahagia nyanyian Bob AF2

Tak boleh blah kan

Akhirnya perbuatan ku dihidu oleh ibu dan bapaku

Aku telah kantoi

Kerana kedegilan yang melampau aku telah dimandikan dengan air jampi

Akhirnya aku pulih dari penyakit ponteng sekolah

Sejak itu aku suka pergi sekolah

Kat sekolah banyak awek comel-comel

dan kiut-miut

Suka! Suka!



Kini semua tu telah pun berlalu

Aku kini di Universiti mengambil degree

Walaupun penyakit ponteng sekolah sudah tiada

Tetapi malas tu masih melekat kuat

Agaknya virus Malas ni dah kuat sangat bersarang kat hati aku kot

Maybe.....

2 ulasan:

  1. Tiada manusia yang malas sebenarnya.. tapi kemalasan itu akan berlaku jika minda kita tidak in tune dengan apa yg kita perbuat sekarang ni.. manusia secara fitrahnya rajin.. mereka akan jd super rajin apabila melakukan sesuatu yg bertepatan dgn kehendak diri mereka, reward yg mereka dapat spt apa yang mereka jangkakn mereka akan dapat dan banyak faktor lain.. malas itu timbul apabila sesuatu itu tidak selari dgn jiwa..

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas nasihat Abg Imran Haaz. Sememangnya apa yang abg katakan tu tepat sekali. Mungkin di satu masa abg boleh kupas isu Malas ni dengan lebih lanjut kat blog abg. Saya akan cuba usahakan supaya apa yang saya buat tu bertepatan dengan jiwa agar dapat menjadi seorang yang super rajin macam abg katakan.

    BalasPadam

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.