Sabtu, 25 Ogos 2012

Manusia Pilihan part 12

Insp. Rizal berjaya menjejaki pergerakan Pendekar MiM. Beliau kini yakin Pendekar MiM memang berada di kawasan Universiti itu.Pencarian selama 2 bulan ternyata membuahkan hasilnya Cuma yang belum pasti siapakah identiti beliau yang sebenar. Beberapa orang SB telah diarahkan untuk membuat penyamaran. Ada yang menjadi pelajar. Ada juga yang menjadi kakitangan jabatan. Tak kurang juga yang menjadi pensyarah. Semua ini gara-gara mahu menangkap Pendekar MiM secara hidup-hidup.

Kolej Jati

"Amir, kau tak perlu nak sorok lagi identiti kau. Aku dah tau kau sapa" ujar Farid bersahaja. Amir yang duduk di penjuru katil terkesima. "Apa maksud kau Farid?" soal Amir pula. Farid mengambil surat khabar Kosmo di atas meja. Menyelak muka surat surat khabar tersebut satu per satu dengan pantas seolah-olah mencari-cari sesuatu. "Ini maksud aku" balas Farid sambil menunding jari ke satu artikel. Amir terdiam seketika. "Memang aku superhero tu. Puas hati kau?" ujar Amir tanpa teragak-agak. Farid pula yang terkesima. Tak sangka semudah itu Amir akan mengaku.

Pelbagai persoalan muncul dalam kotak fikiran Farid. Mustahil ni. Mana-mana superhero tak akan mengaku sebegitu mudah. Adakah Amir mahu bermain psikologi dalam perkara ni. Mengaku dia superhero dengan niat hendak menyakinkan aku yang dia bukan superhero sebab superhero tak akan mengaku yang dia tu superhero. Ah pening kepala aku. Farid mengetuk-ngetuk kepala tanpa sedar. Amir tergelak menyaksikan perlakuan Farid yang tetiba dan pelik tu.

"Sebenarnya dah lama aku nak bagitau kau pasal ni. Cuma, aku tak tahu nak cakap macam mana. Lagipun, aku tak suka nak kecoh-kecoh." ujar Amir lagi. Farid memegang bahu rakannya dan menepuk-nepuk perlahan. "Aku bangga dengan kau Amir. Tapi aku pelik napa kau pakai gelaran Pendekar MiM. Kenapa tak Malayman ke, super Janggut ke. Janggut kau kan panjang hehe."

Amir hanya tersenyum simpul mendengar kata-kata rakannya itu. Iphone di poket dicapai. Amir memeriksa akaun twitternya. Nampaknya ada dua kemalangan berasingan berlaku di seksyen 17 dan sekyen 24. "Farid, ada hal. Nanti kita sembang lagi" kata Amir mengakhiri perbualan antara mereka berdua. Farid mengangguk tanda memahami.

Rainbow Hotel Bukit Bintang

"Cilaka punya Api Merah. Sorang demi sorang geng kita mati. Setan! Bangsat!". Grinder tidak mampu menahan amarahnya lagi. Leno adiknya telah terkorban. Mati terbakar. Majid menepuk-nepuk bahu Grinder. "Sabar Grinder. Kita akan cari jalan untuk membalas dendam." Grinder menarik nafas panjang. Betul kata Majid. Berduka cita adalah perkara sia-sia. Pembalasan harus dirancang segera. Siaplah kau Api Merah.

Bersambung......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.