Tahukah saudara dan saudari siapakah saudara dan saudari semua..? Macam mana kalau saya katakan saudara dan saudari sekalian adalah PENDATANG yang berasal dari Yunnan..? Ini bermakna saudara dan saudari sekalian adalah golongan pendatang dari China dan bukan PRIBUMI di bumi Malaysia ini. Ini juga bermakna saudara dan saudari tidak layak sama sekali memiliki bermacam2 kemudahan dan keistimewaan yang diperuntukkan untuk golongan peribumi. Saudara dan saudari sekalian tidak layak sama sekali mengaku Tuan di tanah tercinta ini.
Siapakah Bangsa Melayu ini saudara dan saudari sekalian? Dari manakah kita berasal sebenarnya.? Kalau saudara dan saudari sekalian terpinga-pinga dan tak paham sama sekali apa yang saya sampaikan ini, izinkan saya membawa saudara dan saudari sekalian merentas ruang masa yang akan menyingkap sejarah sebenar Bangsa Melayu yang telah digelapkan beratus tahun lamanya. (sila baca sampai habis bagi mengelakkan fitnah)
Pernahkah saudara dan saudari pikirkan macam mana kerajaan Melayu Melaka dahulu berupaya membina satu empayar perdagangan yang besar dan sangat berpengaruh di dunia sehingga digelarVENICE OF THE EAST ?. Tak hairankah saudara dan saudari sekalian.? Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca dan dipertuturkan hampir kebanyakan bangsa seperti mana yang berlaku kepada Bahasa Inggeris pada masakini. Dari manakah datangnya ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan perlabuhan, pembuatan kapal2 dagang , pelayaran, geografi, dan sistem mata wang?
Saudara dan saudari. Adalah sangat mustahil sebuah bangsa dalam masa beberapa tahun saja berupaya membangunkan empayar perdagangan yang cukup berpengaruh dan dikagumi ramai. Jadi, dari manakah datangnya pengetahuan2 ini? Ada sesiapa yang tahu?
Hal ini adalah suatu perkara yang tidak mungkin berlaku melainkan empayar Melayu sudah wujud berabad-abad lamanya. Menurut seorang pengkaji sejarah yang lebih dikenali sebagai Srikandi(penulis blogmistisfiles) sejarah Melayu telah wujud beribu tahun sebelum masehi. Bangsa Melayu bukanlah rekaan PENJAJAH mahupun sarjana Barat. Percayakah tuan2 dan puan2 jika dikatakan bangsa Kita pernah menjejakkan di Mesir pada zaman dahulu menaiki kapal yang sangat besar. dalam catatan Egyptian Book of the Death ada dinyatakan mengenai kedatangan satu bangsa dari Timur membawa perahu yang sangat besar. Raja tersebut dikenali sebagai Perahu manakala permaisuri beliau dipanggil Hati. kedua-dua perkataan ini adalah asing bagi bahasa2 di bumi sana. Keberkaitan perkataan Perahu dan Hati tidak ditemui dalam mana2 bahasa kecuali Bahasa Melayu.
Pada suatu ketika dahulu juga, telah wujud satu empayar yang lebih berkuasa dari kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan ini harum namanya hampir ke serata dunia pada ketika itu. Berbagai-bagai panggilan yg diberikan kepada empayar ini. Org Arab menggelarnya Zabag. Bangsa China menggelarnya San Fo Qi. Walau apapun gelaran yang diberikan kepadanya, ia tetap merujuk kepada kerajaan yang sama. Kerajaan tersebut ialah Kerajaan Melayu Sriwijaya. Ia merupakan empayar Maritim yang sangat kuat dan kaya-raya. Kerajaan Melayu Sriwijaya berupaya menguasai laut China Selatan yang bergelora hebat. Empayar ini tidak berkembang menerusi kekerasan sebaliknya ia melalui saluran diplomatik. Entah bagaimana, kerajaan ini berupaya menundukkan kerajaan2 di sekitarnya hanya melalui perdagangan dan sifat toleransi.
Kita sering digambarkan berperang dengan menggunakan keris dan tombak semata2? Adakah benar perkara ini.? Tahukah saudara dan saudari sekalian Kerajaan Melayu pada masa dahulu berperang menggunakan senjata2 yang tercanggih pada masa tersebut. Adakah sebuah empayar Maritim yang berkuasa di laut Asia Tenggara hanya berkuasakan keris, tombak dan sebagainya??? Tidak sama sekali. Mereka memiliki meriam, terakol (pistol), lela rentaka/lantakas yang dibuat sendiri. Masakan penjajah mengambil masa yang terlalu lama untuk menakluk kota Melaka jikalau kerajaan Melaka hanya bersenjatakan keris dan bertembokkan kayu.
http://riwayatmelayu.blogspot.com/2010/08/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html
Kenapa kebanyakan kita tidak mengetahui perkara ini..? Ini kerana sejarah Melayu telah digelapkan oleh pihak2 yang tidak bertanggung jawab. Pihak2 ini lah sebenarnya yang cuba menyembunyikan keagungan dan kehebatan bangsa Melayu supaya kita berasa lemah dan rendah diri yang keterlaluan. Sejarah kita telah didowngradekanke tahap yang tidak sepatutnya. Sejarah kita ibarat berlian yang bersinar kilauan tetapi tersorok di dalam lumpur hitam yang pekat dan melekit. Sewajarnya sebagai bangsa yang bermaruah kita mestilah mengembalikan maruah dan kehormatan bangsa kita ke tempat yang sepatutnya.
Ikuti kupasan sepenuhnya di http://riwayatmelayu.blogspot.com. under volume Alter Terahsia Bangsa Melayu yang dikarang oleh Cik Srikandi sendiri.. Kenali beliau kerana beliaulah antara insan yang betul2 ikhlas dalam perjuangannya memartabatkan kembali bangsa kita. Jikalau saudara dan saudari sekalian ingin berhibur dengan telatah Srikandi melayan perogol2 sejarah kita silalah berkunjung ke blog beliau di http://halamansrikandi.blogspot.com.
p/s: nota ini dikarang berpandukan kepada pengetahuan umum yang difahami oleh saya sendiri. segala perincian tidak diletakkan dan dijelaskan dengan lebih mendalam kerana saya bukanlah org yang layak dalam bidang ini. segala kesilapan atau kekeliruan dalam fakta harap dimaafkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.