Ahad, 26 Ogos 2012

Manusia Pilihan part 14

Batu Caves, Selangor

Di sebuah rumah usang yang terletak berhampiran kilang tekstil.

Grinder tersedar dari lena. Diperhatikan sekeliling. Aneh. Ini bukan rumahnya. Grinder memicit-micit kepala. Cuba memanggil kembali ingatannya. Baru dia teringat. Sebentar tadi, dia sedang membaca surat khabar di rumahnya. Tiba-tiba ada seseorang menghentaknya dari belakang lalu dia pengsan. Grinder tidak tahu di mana dia berada ketika ini. 

Satu lembaga berjubah hitam masuk melalui pintu yang terbuka. Senyuman merekah di bibirnya. Bukan senyuman biasa. Sebaliknya senyuman yang mengejek dan sinis. Tutup di kepala dibuka. Terlihat jelas wajahnya. Grinder mengenali manusia tersebut. Merah wajah Grinder. Nampaknya dia sangat marah dengan pemuda yang berada di hadapannya itu. "Bangsat! Kau yang bunuh adik aku kan!" teriak Grinder. Meronta-ronta tubuhnya untuk melepaskan diri daripada ikatan tali di kerusi yang dia sedang duduk sekarang ni. Ikatan tali itu sangat ketat. "Bajingan seperti kau tidak layak hidup. Kau perkosa adik aku. Kau bunuh ibu dan ayah aku. Aku nak kau rasa apa yang mereka rasa sebelum kau mati" 

Grinder cuak melihat pisau yang dicabut dari sarung oleh Api Merah. "Jangan!!!" Api Merah tidak mempedulikan raungan itu lalu menusuk dada Grinder dengan pisau berulang kali. Grider meraung kesakitan yang teramat. Api Merah membelah perut Grinder sehingga terburai keluar ususnya. Api Merah ketawa puas hati. Grinder dapat merasakan sakaratul maut yang semakin menghampiri. Nafasnya turun naik perlahan. Darah membuak-buak keluar dari belahan luka di dada dan perut Grinder. Terbayang di mata Grinder kekejaman yang dilakukannya selama ini. 

Tiba-tiba, sekumpulan manusia masuk memenuhi ruangan bilik itu. Mereka menghalakan pistol masing-masing kepada Api Merah. Api Merah tersentak. Apa yang berlaku ketika ini tidak dijangkakannya. Seorang lelaki menapak masuk perlahan. Grinder cuba mengangkat pandang tetapi tidak berdaya. Api Merah mengeluarkan api yang marak dari tubuhnya. "Jangan buat apa-apa kalau nak selamat" ujar lelaki tadi. Api Merah berpaling ke arah suara itu. Api yang marak di tubuhnya beransur hilang. Lelaki tadi menyengih kepadanya. "Bagus" puji lelaki itu. 

Lelaki misteri itu berjalan mendekati Grinder. Grinder telah pun menghembuskan nafas terakhirnya. Sekumpulan manusia berpistol yang masuk tadi gerun melihat mayat Grinder. Ada yang loya dan muntah di situ juga. Red Bone berpaling pandang ke Api Merah. "Sebenarnya, Grinder telah merancang untuk memerangkap kamu. Hampir saja rancangan beliau berhasil. Malangnya, jika dibandingkan dengan kamu, ternyata kamu aset yang lebih cemerlang berbanding Grinder" bicara Red Bone. "Jadi kamu mengkhianati dia dengan tujuan memujuk aku menyertai kamu. Begitu?" balas Api Merah. Red Bone menepuk tangan. "Pintar! Tepat sekali!" Red Bone memuji kecekapan Api Merah menangkap maksud kedatangan dia ke situ.     

Api Merah menyalakan bebola api di tangannya dan membakar mayat Grinder. "Jijik aku melihat mayat ni lama-lama" ujar Api Merah. "Kalau kesetiaan aku yang kau mahukan maaf aku menolak" sambung Api Merah lagi. "Apa kau fikir kau boleh menolak permintaan aku?" balas Red Bone perlahan. Senyuman merekah di bibirnya. Beliau seolah-olah yakin Api Merah akan tunduk kepadanya. "Setakat membakar kamu semua hidup-hidup bukan kerja sukar bagi aku" ugut Api Merah. Ternyata Api Merah tidak gentar dengan pistol-pistol yang diacukan kepadanya. Badan dia membara dengan nyalaan api biru. Akan tetapi, nyalaan tersebut padam secara tiba-tiba. 

"Hahahahahhahaaha!" Red Bone ketawa berdekah-dekah. Seorang lelaki berpakaian sut putih masuk ke ruangan bilik. Api Merah hairan dengan apa yang berlaku. Dalam fikirannya kini, dia cuba mengaitkan apa yang berlaku dengan kemunculan lelaki itu. "Kekuatan kamu tersekat oleh lelaki ini. Kamu tidak boleh berbuat apa-apa tanpa kuasa kamu kan" Red Bone merapati Api Merah. "Sertai aku. Aku boleh beri apa saja yang kau mahu. Harta, Pangkat, Wang dan Kuasa semua boleh jadi milik kamu. Tiada guna kau hidup dalam masa silam. Dendam kau sudah terbalas. Mari"

Api Merah menundukkan pandangan. Red Bone mengisyaratkan ahli kumpulannya untuk menurunkan pistol masing-masing. Red Bone yakin Api Merah telah menerima tawarannya.

Bersambung...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.