Ahad, 26 Ogos 2012

Manusia Pilihan part 13

UiTM Shah Alam

Inspektor Rizal masih lagi tidak menemui identiti sebenar Pendekar MiM. Akan tetapi, ada tanda-tanda kemunculan beliau di sekitar UiTM. Kawasan pencarian telah dihadkan di sekitar Fakulti FSPPP, Fakulti Sains Rekreasi dan Fakulti Pengajian Media. Laporan daripada SB mengatakan kelibat lembaga Pendekar MiM semakin kerap kelihatan. Akan tetapi setiap kali dijejaki orangnya hilang. Hari ini Inspektor Rizal telah memasang beberapa kamera tersembunyi dengan bantuan seorang SB yang menyamar sebagai pembantu teknikal. Sambungan kamera tersebut melalui wifi uitm yang telah digodam terus ke komputer riba Inspektor Rizal. Inspektor Rizal yakin Pendekar MiM pasti terjerat kali ini. 

"Inspektor! Kelibat suspek dicam di sayap kanan Fakulti Pengajian Media".  Segera Inspektor Rizal menukar saluran kamera tersembunyi ke kawasan sekitar Fakulti itu. SB Salim yang sedang menyamar sebagai pekerja pembersihan yang melaporkan kejadian tersebut. Inspektor Rizal memerhati kelibat tersebut masuk ke bilik air. Seorang lelaki keluar dari bilik air itu. Pakaiannya seperti pelajar biasa. Inspektor Rizal menyangka suspek masih lagi berada dalam bilik air. Beliau segera mengarahkan SB Salim memberkas suspek. SB Salim bergegas menuju ke bilik air. Dari pandangan kamera tersembunyi, Inspektor Rizal memerhati SB Salim masuk ke dalam bilik itu. SB Salim keluar dengan muka hairan. "Suspek tiada di dalam tuan" lapor SB Salim melalui mikrofon kecil. Inspektor Salim turut merasa hairan. "Ok, kembali ke tugasan asal" balas Inspektor Rizal. 

Inspektor Rizal mengulang tayang rakaman kamera tadi. Selang masa suspek masuk ke bilik air dan seorang pemuda keluar dari bilik air tadi begitu singkat. Inspektor Rizal mula membayangkan sesuatu yang mustahil. Mungkinkah pemuda itu ialah Dia yang dicari. Inspektor Rizal melakukan fokus terhadap wajah pemuda tersebut. Komputer merekod wajah suspek dan melakukan pembandingan wajah dengan data dari pengkalan data. Seorang lelaki muncul di skrin. Beliau ialah Muhammad Amir Hamzah. Inspektor Rizal yakin dia telah menemui suspeknya.

Bersambung.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.