Khamis, 8 Disember 2011

Listening Test Mandarin

Salam,

Esok adalah hari ujian mendengar Mandarin. Aku tak wat preparation pun hari ni. Sibuk tul dengan movie review citer Gung Ho. Pernah tengok tak muvie ni.? Mesti tak pernah kan. Bapak ancient giler muvie ni tahun 1986 punya. ntah2 dah tak relevan dah lagi pengisian citer tu dengan pengetahuan sekarang. macam mana pun citer dia best. Kelakar tahap nak terkentut dalam seluar. Tak percaya tengoklah.

Agak2 korang senang tak test mandarin ni? Senang je. Cam dengar alien cakap. Satu apapun tak paham. Mujurlah aku leh paham sikit2. Alhamdulillah sangat2.

Aku kena berlakon muvie tak lama lagi. Pendek punya muvie dalam sepuluh minit gitu. Nak tengok tak?

Oklah. Aku nak gi praktis dengar. Jumpa lagi.

Isnin, 31 Oktober 2011

Aku, Dulu dan Sekarang

Salam

3 tahun aku duduk kat Kedah. Macam-macam dah aku lalui. Aku akui sebaik saja aku masuk alam universiti memang aku terkena culture shock. Kehidupan pada waktu itu sangat berbeza dengan kehidupan ku sebelum ni. Hidup yang bebas seolah-olah burung yang terlepas dari sangkar. Mula-mula memangla rasa cam budak-budak kena buat itu kena buat ini time orientasi dulu tapi lepas tu memang enjoylah. Kelas tak pack cam time sekolah menengah kena pakai baju uniform hari-hari. Kaler putih lak tu. Dah la seluar pun putih(seluar pengawas) nampak lak seluar dalam. Aduh sangat.

Ketika di sana, aku ditempatkan di bilik 322 kalau tak salah aku la bersama-sama 3 orang lagi rakan lain. Mereka ialah:

BOB





AJIM

MIER

Bersama-sama kami mencipta sejarah sebagai ahli bilik pertama join persatuan silat. Silat apa tak yah la tau. Kemudian barulah aku kenal dengan classmate yang laen seperti Edy dan Patrik. Ok tamat sudah 3 tahun. Bye.

Takdelah belum habes lagi. Ada gamba baik punya aku nak tunjuk ni. Saksikanlah


EDY
Sapa nak no dia cakap je. Ti aku bagi no awek dia biar korang kena balun hahahaha. Ok memain je.



AIZAT PATRIK

The hottest man ever live in somewhere... Kajian surat khabar mengatakan lelaki gelap lebih macho dan seksi. Betul x kenyataan ni. Hahaha. xxxx

Apabila mentari beradu, pungguk pun terbang mencari pasangan tuk bermadu. Manusia pun begitu gak. Aku   merasakan keinginan tuk mencari pasangan kat Kedah ni. Lalu bergeraklah mataku mencari girl-girl yang sesuai tuk dijadikan pasangan. Banyaknya merpati2 comel di institut ternama negara ni tapi hurm camne nak ngurat kalau tak berkenan di hati. Maka menunggu lah dalam beberapa lama sehinggalah aku bertemu Dia. Cantik bagaikan bulan purnama. Seperti bidadari di syurga layaknya. Oh dinda! Kenapa baru sekarang nak menjelma. Maka, langkah pun dibuka, nombor pun dipinta. Mesej ditaip, hati berbunga2 setiap kali mendapat balasan. Ibarat kanak-kanak comei aku bermanja2 dengan Dia. Bestnya dilamun cinta. Makan x kenyang tidur tak lena. Bagaikan pungguk rindukan bulan. Hari2 ku bahagia ibarat di syurga. Tapi ku sangkakan panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Bahagia dikecap tak lama. Akhirnya si Dia mendedahkan rahsia. Bunga yang ingin disunting telah berpunya. Apakan daya tangan tergantung di langit. Kaki terpasak di bumi. Hukhuk. Sedihnya. Air mata menitis bagaikan hujan renyai2 di tasik Perdana.

Setelah itu, aku menyepi dari alam cinta. Membawa hati yang duka lara. Tapi derita itu tidak lama. Dua sem kemudian aku jatuh cinta sekali lagi terhadap seorang gadis Kuala Kangsar yang pekat Peraknya. Dia bernama Noorrafidah Zainal Abidin. Merupakan awek pertama aku yang official. Dia comei, baik dan kelakar orangnya. Dia suka men game zombie. Mungkin aku patut panggil dia Ida Zombie. Hehe memain je. Tapi yang ni pun tak lama gak. Tidak sampai sebulan aku berada di UiTM Shah Alam kami berpisah secara baik. Kisahnya ada ditulis di salah satu post aku yang bertajuk Aku dan Ex-GF.


NOORRAFIDAH
Comei kan. Kalau nak tahu sampai sekarang aku masih teringat kat Dia. Bukan apa beb first awek kot. Selepas kehilangan dia memang aku dah tak bercouple. Bukan aku sebab aku kecewa dengan perempuan tapi sebab perempuan yang aku suka kebanyakannya sudah berkapel. Maka, menunggulah aku sehingga sekarang. 

Di UiTM Shah Alam, aku mendapat rakan-rakan baru. Terlalu ramai sehingga sukar untuk aku meletakkan gambar-gambar mereka di blog ni. Antaranya adalah housemate2 ku seperti Isa, Nizam, Afiq dan Arul. Ketika di Shah Alam satu perubahan yang besar berlaku kepada aku. Bila aku mengatakan besar memang aku memaksudkannya secara literal. Saksikanlah...

DULU


SEKARANG

Hahaha.. Perghhhh memang besar! Dalam masa 3 bulan je aku berubah dari panggilan kurus kepada gemuk. Apa nak dikata kan. Ni lah penangan minum air gas 1.5 liter setiap malam sehingga dikejarkan ke hospital kerana gastrik. Padan muka. Setelah tranformasi aku berjaya berat badanku enggan turun lagi sebaliknya ia mantain pada aras yang sama. Jika ada pun perubahan ia adalah semakin meningkat.
Sekian saja buat masa ni. Assalaamu'alaikum.










Confuse (-_-")


Kehidupan setelah single ternyata lebih menyeronokkan. Hidup tanpa perlu lagi menaip mesej hari2 kepada si dia ternyata menjimatkan banyak duit aku. Topup pun boleh dikatakan purata sebulan sekali. Malah aku da tak perlu lagi mengirim duit belanja jikalau si dia sesak. Bukan niat aku nak mengungkit kerana apa yang aku buat adalah atas kerelaan hati sendiri. Mungkin aku ni terlalu pemurah. Aku sering memberi dan tak harapkan penerimaan. Mungkin disebabkan itu aku sering membiarkan diri ini dipermainkan. Tapi tak apalah benda dah lepas.

Aku sekarang dah mengerti akan psikologi manusia melalui pembacaan berterusan. Jadi aku tau ada sesetengah perkara yang aku tak patut buat dulu contohnya memaksa si dia mengikut kehendak aku. Perempuan hatinya lembut dan mudah terasa. Bukan semua macam tu tapi secara umumnya begitulah.

Ok. Berbalik kepada tajuk di atas. Setelah sekian lama single maka terlintaslah di hati ni nak cari pengganti tapi siapalah agaknya aku nak cari ni. Pilihan ada banyak tapi hati aku ni dah terkunci sedikit setelah kekecewaan lepas. Bukan aku tak nak approach tapi kebarangkalian perempuan kat fakulti ni ada boyfriend sangat tinggi. Ada sekali aku menaruh hati kat seorang perempuan ni. Dia sangat cantik. Tak dapat nak dibayangkan tahap kecantikannya. Tapi akhirnya aku dapat tau dia dah nak kawin tahun depan dari sumber yang boleh dipercayai. Apatah lagi sumber tu sendiri menemankan si dia mencari barang tuk perkahwinannya. Memang aku terkejut gaklah tapi bila difikirkan balik tak hairanlah perkara sebegitu terjadi. Mustahillah perempuan sebegitu cantik tak ada boyfriend. Takperlah. Aku move on meskipun dalam hati ni ada sedikit terkilan.

Kalau ikutkan rasa hati aku ni aku langsung tak nak pikir hal ni. Sebab perkara ni memberatkan pemikiran aku. Sebenarnya aku takut. Aku takut ditolak sekali lagi. Aku takut meskipun aku tau jauh dalam hati ni keinginan tuk berkapel tu tetap ada.

Apa yang patut aku buat sekarang? Adakah aku patut melepaskan keinginan ini atau terus beranikan diri tuk mencuba? Mungkin aku patut mencuba lagi.

Khamis, 6 Oktober 2011

Aku dan Mandarin

Wo bu zhidao...


Wo wang le...


Mei guanxi...


xie-xie ni....


Hye semua..


mesti korang tak paham sepatah pun apa yang aku taip kat atas ni kan..


tak paham pun x apa.. nanti2 belajar yer.


masa mula2 aku nak ambil subjek bahasa ketiga time part 3 dulu


aku berkira-kira nak ambil subjek jepun


Yela aku memang minat penjajah ni sampai bahasa diorang pun aku nak belajar


tapi memandangkan aku da terlewat dan kelas da penuh terpaksalah aku mencari alternatif lain


maka masuklah aku ke kelas bahasa mandarin dengan x tau apa2 pun mengenai bahasa ini melainkan wo ai ni ngan xie xie je.


dapat pulak lecturer sempoi memang best belajar


maka bermulalah drama mandarin dalam hidup aku.


x sangka rupa-rupanya mandarin ni x susah mana


cumanya kena rajin praktis je..


alhamdulillah dapat result yg ok..


time mandarin ni la aku mula berlakon secara x rasminya dalam sebuah drama.


bersama2 dengan kawan2 bob, isa dan acai


kitorang gi ke bukit cerakah merakam video sambil mandi air


memang best..!


kalau nak tau apa yg bestnya belajar mandarin..


silalah belajar.. pilihan di tgn anda.

Sabtu, 17 September 2011

Manusia Pilihan (Superhero UiTM Shah Alam) part 10

Kuala Lumpur

Sekitar Jalan Chow Kit


Pasar harian di Jalan Chow Kit riuh-rendah dengan suara peniaga-peniaga yang melaung memanggil pelanggan. Ramai pelanggan tidak kira tua muda kecil mahupun besar memenuhi setiap ruang jualan. Pergerakan lalu lalang sedikit perlahan dengan masing-masing bergerak mencari barang yang mahu dibeli. Pelbagai barang ada dijual meliputi barang-barang keperluan harian sehinggalah ke gajet-gajet elektronik.


Nun di kejauhan sekumpulan lelaki bergerak pantas menuju ke pasar. Di tangan masing-masing tergenggam pelbagai jenis senjata. Pisau, parang, belantan dan kapak dihayun ke kiri dan ke kanan. Orang ramai bertempiran lari. Ada yang terjatuh ke tanah dan diinjak-injak oleh orang ramai yang sedang berpusu-pusu lari menyelamatkan diri. Para peniaga menyorokkan diri masing-masing. Ada yang berani tampil ke hadapan dengan menggenggam senjata tetapi tidak jadi berbuat demikian melihatkan saiz kumpulan yang semakin menghampiri itu. 


Setibanya di gerai menjual cendol, ketua kumpulan berkenaan bernama Leno tanpa segan silu merampas cendol yang disediakan untuk pelanggan. Selesai minum, bekas minuman dicampak ke tanah begitu saja. Ahli-ahli kumpulan yang lain meniru perbuatan Leno. Leno menjerit lantang. "Mana Sazali haa??!!". Para peniaga menjeling pandang antara satu sama lain. Seolah-olah tidak mengenali Sazali. "Korang jangan nak sorok dia. Aku tau dia ada kat sini!!!"' jerit Leno lagi. Berang dengan keengganan peniaga-peniaga berkenaan Leno dan kumpulannya bertindak ganas dengan menggasak setiap gerai yang ada disitu. Pelbagai barang yang dipamerkan di para bersepah jatuh. Ada yang diinjak-injak dan dilempar jauh. Keadaan agak riuh seketika. "Selagi korang tak serahkan bangsat tu aku tak kan berhenti". 


Sehabis je Leno berkata seorang lelaki berjaket merah dan berselubung menghampiri mereka. "Korang mahukan Sazali?. Malangnya dia sudah mati" ujar lelaki misteri tersebut. "Dia dah mati ke hidup ke aku nak duit aku balik! Dia hutang aku 100,000 ringgit la sial!"tingkah Leno. "Aku tak boleh nak hidupkan dia tapi aku boleh bawak kamu jumpa dia" ujar lelaki tersebut seraya tersenyum sinis. Tatkala itu tangannya menjadi kemerah-merahan dan terpancar api. Seorang demi seorang ahli kumpulan Leno disambar api. Kesemua mereka berlari dalam keadaan terbakar seluruh badan. Jeritan nyaring kedengaran sangat kuat. Afiq yang menyaksikan kejadian tersebut gementar seluruh badan. Terlepas senjata di genggamannya.


"Hei bangsat! Apa maksudnya semua ni haa??!!!" tengking Leno. "Nama aku Api Merah. Kau dah salah gunakan nikmat kemewahan yang keluarga kau kecapi. Kau tergamak memberi pinjaman yang tidak adil kepada orang-orang yang susah meskipun kau tahu mereka tak mampu membayar balik. Untuk pengetahuan kau Sazali telah mati membunuh diri. Sekarang kau pun akan mati". 


Sejurus kemudian tengkuk Leno dicekik dan diangkat tinggi ke atas. Leno dapat merasakan bahang panas meresap ke kulit lehernya."Pergi mampus!" ujar Api Merah lalu membakar Leno hidup-hidup. Orang ramai yang melihat dari kejauhan merasa ngeri dengan kejadian tersebut. Setelah selesai Api Merah terus beredar dari situ.


Salah seorang yang melihat kejadian tersebut menelefon orang atasannya. "Abg Grinder... Leno adik abang dah mati.." ujar lelaki tersebut. Grinder yang berada di seberang talian berang. "Kat mana Leno sekarang?" soal Grinder. "Mayat dia dah hangus...err dia ada kat Chow Kit road" balas informer tersebut. Talian dimatikan.


Beberapa minit kemudian, Grinder tiba di Jalan Chow Kit. Kawasan itu penuh dengan orang ramai dan sepasukan anggota polis. Grinder berwaspada agar pihak polis tidak menyedari kehadirannya. Dari jauh Grinder dapat melihat saki baki mayat yang rentung. Grinder berasa pilu dan bingung. Adik yang selama ini menjadi teman rapatnya sudah tiada. Malah Grinder sendiri tidak dapat mengecam yang mana satu adiknya.


Jari di genggaman dibentuk-bentuk. "Aku akan balas balik!" azam hati Grinder.  

Rabu, 14 September 2011

Aku dan Baju Hujan

Hai,


Lamanya tak menaip.


Baru dua hari.


Rasa macam dah dua tahun.


Seyes aku da masuk mood malas.


Mood yang tak leh blah


dan yang akan membuat aku jadi pemalas dan suka bertangguh-tangguh.


Haritu sebelum aku ke UiTM Shah Alam untuk menyambung pelajaran.


Aku ada beli baju hujan harga 10 ringgit punya


Baju tu kaler merah di dalam hitam di luar


Mula2 pakai ok jer


Tapi bila da lama jadi barai macam cibai


Boleh lak part yang butang tu terkoyak lurus dari atas sampai ke bawah kat dua-dua belah bahagian


Menjadikan baju hujan tu tak leh nak dibutang dan mendedahkan tubuhku yang gempal dan berisi ni dijamah air hujan yang sejuk cam ais.


Jadi ianya berlarutan hinggalah hari ni


Ketika aku dan patrik keluar gi KFC


Keadaan di luar hujan dan kami terpaksa memakai baju kalis air sendiri punya.


Maka kebasah-basahan aku ketika perjalanan ke sana.


Oleh kerana aku tidak rela lagi dibasahi sedemikian rupa maka aku mengambil keputusan untuk membeli baju hujan baru.


Aku bercadang untuk membeli baju jenama Givi sebab ia lebih popular


Akan tetapi disebabkan tak de seluar aku pun beli lah baju hujan brand lain.


Bajunya cantek dan harganya boleh tahan.


Kaler biru dan nilainya RM70 (setelah sesi negotiation)


Tapi sebelum tu telah berlaku satu kemalangan yang hampir-hampir meranapkan kepak moto aku.


Puncanya terlanggar batu besar kat simpang jalan seven e tu.


Nak wat camane da nasib badan mungkin kaffarah dosa kot.


Aku berbaik sangka dan meneruskan perjalanan.


Alhamdulillah sampai juga akhirnya ke rumah sewa di Baiduri


Mungkin aku akan menulis citer pasal tempat tinggal mewah ni pulak..

Isnin, 12 September 2011

Aku, Anak Kunci dan Teka-Teki


Hai,


Tak ada benda lain kat dunia ni yang boleh buat kita rungsing melainkan benda kecik ni bila ia hilang


Tak kiralah walaupun kita ada kete sebesar BMW 7 Series


credit: autobizz.com.my


Moto secanggih Harley Davidson


credit: getonlinecar.com


Rumah secantik Banglo Siti Nurhaliza


credit: myselebriti.com


Bilik kebal setinggi 7 kaki selebar padang bola


credit: v12gether.blogspot.com


Semua tu tak bermakna kalau tak ada anak kuncinya.


Anak kunci boleh datang dalam banyak bentuk


Dalam bentuk besi bergerigi


rz-kunci.com


Dalam bentuk kad plastik



credit: tiketbfc.com

    Dalam bentuk elektronik


    credit: futureofrealestatemarketing.com


    Ada juga yang langsung tak ada bentuk




    credit: kutangabung.blogspot.com


    Macam kunci pintu hati.


    Macam manalah rupanya yer hurmm


    Kalau ada wujud aku teringin nak gunanya untuk bukak pintu hati gadis-gadis cun supaya jatuh cinta kat aku.


    Takdelah single cam sekarang ni. :-p


    Masa kecik2 dulu atuk aku pernah bagi teka teki.


    Aku masa tu masih mentah dan berhingus.


    Atuk pun bertanya Tapak apa paling besar.


    Dengan menggunakan logik akal seorang kanak-kanak aliran sains tulin aku pun berkata


    "Tapak Dinosaur tok"


    Salah kata atuk aku.


    Jawapannya Tapak Semenang.


    credit: nona.net


    Aku terasa nak mencarut tapi mengenangkan dia atuk aku maka tak jadi nak wat.


    Soalan seterusnya Sarang apa paling besar?


    Jenuh aku cuba merelatekan dengan pengetahuan sains semasa akhirnya aku jawab sarang Godzilla kot.


    "Salah lagi. Jawapannya Sarang Tiong"


    credit: nona.net




    Hurmm.. Ok apa soalan seterusnya?


    Tanjung apa paling besar tanya atuk aku.


    Aku cuba mengingat balik subjek Kajian Tempatan yang aku belajar kat sekolah rendah kebangsaan Teluk Birah


    Tapi langsung aku tak tau.


    Aduh! Macam mana ni!


    Atuk saya pass soalan tersebut kata aku cuba untuk mengelak dari salah buat kali ketiga.


    Ok.. Kunci apa paling besar? soal atuk buat kali yang terakhir.


    Haa! Yang ni aku tau.


    Dalam hati aku dah melonjak-lonjak kegembiraan.


    Dengan pantas aku menjawab "kunci Jamban tok!"


    "Salah! Jawapannya kunci air!"


    credit: feldatrolakselatan.blogspot.com




    Aduh! Asyik salah aje. Ok. Atuk, saya ada soalan pulak.


    "Haa, cakaplah apa soalannya" jawab Atuk aku penuh yakin.


    "Kunci apa yang akan buat kita bahagia tok?"


    Dengan tidak bertangguh atuk aku menjawab "keimanan dan kesabaran"


    "Salah!" balas aku. "Jawapannya kunci syurga tok!"


    Atuk aku tercengang sehinggalah Subuh esoknya.




    P/S: Perbualan teka-teki antara aku dan atuk aku memang benar-benar berlaku tapi macam biasa ada part yang aku terlebih tokok tambah. Aku rasa korang sendiri tau yang mana. Maaf ye Tok! Hehe.

    Ahad, 11 September 2011

    Manusia Pilihan (Superhero UiTM Shah Alam) part 9


    Balai Polis Bukit Aman
    Unit siasatan Jenayah

    “Tuan, sebuah lagi bangunan tinggal telah terbakar pada pukul 9.15 malam semalam. Insiden ini mirip enam kes kebakaran sebelumnya. Dipercayai suspek adalah orang yang sama tuan”. Sarjan Musa memberikan laporan secara ringkas. “Siapa suspek utama kita?”, soal ASP Rahman. “Menurut keterangan saksi yang terselamat suspek dikenali dengan panggilan Api Merah”.

    Inspektor Rizal dan Inspektor Marissa mendengar dengan minat. Sejurus kemudian Inspektor Rizal memberikan komentarnya. “Tuan, menurut laporan forensik terdapat seorang mayat dalam setiap bangunan tinggal yang dibakar. Saya syak ini bukan kes kebakaran biasa. Ini satu kes pembunuhan”.

    Inspektor Marissa menambah, “Tuan, salah seorang mangsa terselamat dalam kejadian kebakaran malam tadi. Kita boleh dapatkan keterangannya”. ASP Rahman mengangguk. “Inspektor Rizal, macam mana dengan suspek bertopeng. Ada apa-apa perkembangan?”. Inspektor Rizal membuka fail di tangannya.

    “Ketika kejadian rompakan di bank tempoh hari ramai saksi telah merakamkan gambarnya. Ini salah satu gambar suspek”. Inspektor Rizal menghulurkan sekeping foto kepada ASP Rahman. ASP Rahman melihat dengan teliti.

    “Seperkara lagi tuan, selepas kejadian tersebut suspek bertopeng meninggalkan kertas bertulisan MiM di setiap tempat kemunculannya. Barangkali beliau adalah seorang Melayu,” celah Inspektor Marissa. “Apa maksud kamu Inspektor ?” ASP Rahman meminta penjelasan. Inspektor Marissa menyambung, “Saya tak tahu banyak sangat pasal sejarah tuan tapi apa yang saya tahu menerusi pembacaan saya MiM adalah huruf jawi yang menjadi simbol bagi bani Jawi. Bani Jawi merujuk kepada kita bangsa Melayu. Menurut seorang pakar sejarah MiM adalah tunggak kekuatan Melayu, tanpa Mim Melayu akan ‘layu’. Jadi, hipotesis saya ialah suspek bertopeng  merupakan seorang Melayu yang kuat jati dirinya. Dia turut melihat dirinya sebagai tunggak kekuatan orang-orang Melayu”

    ASP Rahman, Inspektor Rizal dan Sarjan Musa terkesima. Kagum dalam diam. “Mungkin juga dia mahu kita melihat dia sebagai seorang kawan. Bukan seorang musuh negara tuan” sambung Inspektor Marissa semula. ASP Rahman diam seribu bahasa. Ada sebab kenapa pihak polis mahukan suspek bertopeng atau lebih dikenali sekarang sebagai Pendekar Mim.       
    Sebab itu walau bagaimanapun tidak boleh diberitahu kepada orang bawahannya. Ia adalah rahsia sulit pihak atasan.


    Inspektor Rizal mengingati sesuatu. Ketika dia dalam perjalanan ke Padang Jawa untuk melawat anak saudaranya dia ternampak simbol yang serupa di sebuah institusi pengajian terkemuka tanah air. “Mungkinkah ada kaitan?”bisik hati Ins. Rizal. ASP Rahman berjalan ke jendela. Merenung sesuatu di kejauhan. Kemudian dia berpaling kepada mereka bertiga.

    “Bagaimana dengan maklumat dari pihak risikan?” ujarnya sejurus itu. “Ins. Rizal menjawab, “Pihak risikan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti suspek. Setakat ni siasatan masih lagi belum membuahkan hasil. Apa yang menjadi kebuntuan pihak risikan ialah suspek bertindak bijak, pantas dan cermat. Kesan DNA yang diperolehi di tempat kejadian adalah milik mangsa kejadian dan tidak ada satupun yang boleh memberi petunjuk yang dapat menghubungkan kita dengan suspek bertopeng. Seolah-olah suspek bertopeng bukan manusia” jelas Ins. Rizal panjang lebar.

    Beliau menyambung; “Saya syak ini kerja orang dalam Tuan. Itu saja penjelasan logik yang dapat saya fikirkan masa ni. Kemungkinan suspek bertopeng mempunyai hubungan dengan seseorang yang mempunyai akses ke makmal forensik.” Inspektor Marissa pula menambah, “Saya bersetuju dengan kesimpulan Ins. Rizal. Boleh jadi terdapat juga pihak polis yang terlibat dalam memadamkan bukti. Perkara ini tak mustahil berlaku”.

    ASP Rahman berubah raut wajah. Dia kelihatan lebih serius berbanding sebelumnya. “Beritahu pihak risikan mengenai kemungkinan ini. Soal siasat sesiapa sahaja yang terlibat dalam proses pengumpulan bukti DNA termasuk juga petugas makmal forensik!” arah ASP Rahman.

                                              X  X  X

    Bersambung..... 
                                       

    Bersambung...   

    Manusia pilihan (Superhero UiTM Shah Alam) part 8


    Kuala Lumpur

    Jauh dari kota raya di sebuah gudang kayu yang telah lama ditinggalkan seorang lelaki terikat pada sebuah kerusi. Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Keadaan di dalam gudang kayu itu gelap tanpa sebarang cahaya kecuali sinaran bulan yang lemah. Beberapa minit kemudian, lelaki yang terikat terjaga dari lenanya. Beliau meronta-ronta dan menjerit. Tiba-tiba lampu dinyalakan. Seorang lelaki berpakaian merah dengan selubung di kepalanya datang menghampiri. Lelaki di kerusi lantas menjerit. “Kamu nak apa haa??!! Lepaskan aku bangsat!” Rontaannya semakin kuat. Geseran antara tali dan kulit tangan telah melukakan dirinya.

    “Hello encik Johan. Selama ni kamu banyak menyusahkan orang di sekeliling kamu. Tabiat menagih dadah telah memakan kemanusiaan kamu. Kamu sanggup merompak untuk mendapatkan wang. Malah kamu tergamak membunuh bapa kamu sendiri sebab dia cuba menghentikan kezaliman kamu. Hari ini aku nak uji kamu. Seluruh gudang ini akan terbakar. Kerusi tempat kamu duduk telah diskru ke lantai. Pilihan kamu ialah lepaskan diri atau mati terbakar!.”

    Johan terkesima. Dia tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh lelaki berbaju merah. “Kau siapa?”
    Lelaki berbaju merah menyingkap selubung. “Aku ialah Api Merah. Dan kau adalah subjek yang ketujuh”. Habis sahaja berkata kedua-dua tangan Api Merah membara dengan api. Lemparan api membakar kawasan sekeliling Johan . Kayu-kayu lama yang terbiar dengan segera dijilat api. Johan tergamam dan cemas. Nafasnya menderu kencang. “Aku tau aku banyak salah. Aku jahat. Tolong maafkan aku!” rayu Johan. Api Merah menyarung kembali selubungnya. “Ujian bermula sekarang!”.

    Api Merah segera beredar dari gudang. Johan menjerit-jerit meminta ampun. Api yang mengelilingi Johan merebak menjadi lebih besar. Johan berhempas pulas melepaskan diri dari ikatan tali. Kepanasan yang dirasainya tidak tertanggung lagi.Johan terus mencuba sehinggalah dia berjaya melepaskan diri dari ikatan tali. Namun api di sekelilingnya telah merebak dengan pantas. Dia sekarang terkepung oleh nyalaan api yang besar dan asap yang tebal. “Ayah! Mak! Maafkan Johan. Johan salah, Johan mintak ampun!.” Johan melutut di tengah lautan bara. “Api! Makanlah aku. Aku memang banyak dosa!”

    Asap yang banyak kian melemaskan Johan. Nafasnya sesak. Kekuatan tubuhnya diragut. Johan rebah ke lantai. Dalam keadaan separuh sedar Johan terasa dirinya melayang ke langit. “Aku dah mati ke ni?” katanya lemah dan terus tidak sedarkan diri.   

                                     X  X  X

    Bersambung ke part 9

    Sabtu, 10 September 2011

    Aku dan Tragedi Ngeri (Warning: Disturbing Images)

    Hai,


    Tahu tak?


    Ini mungkin Anda
    credit: ebaumsworld.com


    Satu daripada 10 orang di sekeliling kita berpontensi terkorban di jalan raya.


    Tak percaya?


    Lihatlah statistik Ops Sikap 24 yang dikeluarkan oleh polis Selasa lepas.


    Credit: asrafzamani.com


    Meskipun Malaysia merupakan antara dunia ketiga yang memiliki perhubungan jalan raya yang terbaik.


    Yeahh!




    Akan tetapi malangnya sikap rakyat Malaysia di jalan raya pula tak terbaik.


     Nahhh!


    Petang tadi satu tragedi yang ngeri telah berlaku.


    Tragedi yang melibatkan aku dan mak aku ketika dalam perjalanan beraya menaiki Pajero seberat satu tan.


    Perjalanan kami pada mulanya lancar dan tiada masalah.


    Namun malang tidak berbau stoking.


    Secara tiba-tiba satu kelibat melintas di depan kenderaan kami.


    Aku memberi amaran.


    Akan tetapi Mak aku tak sempat menekan brek.


    Zasss!!!


    Terangkat pajero yang berat tu.


    Kami kaget dan panik.


    Dalam ketakutan aku memandang ke belakang.


    Lembaga tersebut digilis bergilir-gilir oleh kenderaan yang berada di belakang.



    Aku menekup mata tidak dapat menerima kengerian itu.


    Keadaan selepas digilis
    Credit: kari-ngeri.com


    Mak aku memberhentikan kenderaan.


    Kami berpatah balik ke lokasi kejadian


    Aku menelefon ambulans dengan segera.


    Setibanya di situ aku hampir-hampir muntah


    Ngeri! Sangat Ngeri!


    Kami kemudiannya beraya di Balai Polis.


    Pada malam itu aku bermimpi lembaga itu datang.


    Dia berkata "Tuan-tuan dan puan-puan. Anda semua telah dikenceng oleh aku".






    p/s: Kami sebenarnya nyaris terlanggar kucing. Kucing tu selamat. 

    Jumaat, 9 September 2011

    Back to Second Home after Two long months



    Hello,


    After two long months


    This Sunday


    I will return to UiTM Shah Alam


    Second Home


    For continuing my study in Bachelor of Administrative Science


    It have been a wonderful break i have


    For the first time I spend my holiday by working at Sekolah Tunku Abdul Rahman Dining Hall


    My place of work


    I was worried at first because I don't have any experience working except when I finish my SPM in 2006


    That time I was working at biscuit factory in Teluk Intan


    My first job in STAR was cutting fruit


    I remember the difficulty of settling that job


    I stand about two hours without taking any break.


    After that i serve about 500-600 students with my 
    colleagues


    I also remember that tomorrow morning


    I was to sweep the dining hall.


    Man I was too dilligent


    I did it in 3 hours


    Later after that my brothers who also working with me scolded me for being slow when working


    As days passing by I improve my work slowly


    And then I was able to do things fast

    I realized that it is my habit which is doing something without thinking clearly that make my work become slow.


    And now I really glad that I work at there


    I also got new friends such as Megat, Iwan, Nasrul, Hafiz, Abg Asrul, Zul, Ayu, Mawi, Mat and Hendra


    Not forget my supervisor too Makcik Siti and my employer Cikgu Yasin


    When I work at Ipoh i live in Tambun at Taman Saga with my friends


    When we have free time we used to watched movies such as Child's Play, Naruto and Saw


    But now all of that have been a living memories


    I feel kind of sad even though I'm a man


    But nevertheless our bond as a friends will not washed away.


    Thank U my friends!

    Aku dan Half Life



    Mempersembahkan....


    HALF LIFE



    Pada satu malam yang kelam


    Di sebuah kafe yang liar


    Tanpa pengetahuan Angkatan Tentera Malaysia, PDRM dan Special Branch


    Satu pertarungan yang sengit bakal berlangsung antara pekerja-pekerja Monays Corporation


    Persaingan yang julung-julung kalinya diadakan


    Hidup dan mati akan ditentukan pada saat ini


    Masing-masing merasa debaran yang kencang di dada


    Ada yang menggeletar lutut kaki


    Ada yang menggeletar ibu jari


    Tak kurang pula yang rasa nak terkencing


    Tapi semua itu ditahankan demi perlawanan yang istimewa ini 


    Sebelum itu, Memperkenalkan fighter-fighter yang terlibat. Semua muka ganas-ganas.




    Qebey  a.k.a Dr. Zoid



    Daus a.k.a GT 128



    Iwan a.k.a Dead Brain


    Megat Fareez a.k.a Fareez Duu
    Mawi a.k.a Mima

    Zul a.k.a Kecik 

    Hafiz a.k.a Kuddus


    Nasrul a.k.a Kelolok


    Tangan masing-masing memegang tetikus di jari

    Hanya menanti detik permulaan


    Sedia!


    Mula!


    Fareez Duu lantas menembak dengan shotgun di tangannya. Kecik menjadi manga yang pertama tumbang.


    GT 128 menghendap di satu sudut. Seorang demi seorang disnipe. 


    Kelolok menembak laser bertubi. Mengelak dengan lincah setiap serangan.


    Dr. Zoid pula menyerang ala-ala kamikaze. Setiap yang berada di bilik menjadi sasaran.


    Kuddus tenang memerhati sasaran. Mima dibelakangnya tersenyum mengejek. Dead Brain pula menyusul sejurus kemudian. Berlaku pertarungan 3 penjuru.


    Kelolok mencapai pump gun. Melontar ke arah musuh yang kelihatan.


    Berlaku pertempuran besar-besaran di jalan bawah. Tiba-tiba muncul sinaran merah.


    Alamak! Lari  lari !!!


    Melambung seorang demi seorang. Yang lebih tak bernasib baik berkecai. Fareez Duu di atas tergelak terbahak-bahak. Kecik muncul di belakang. Bye bye Fareez. 


    GT 128 melambung tinggi. Setibanya di atas, Kelolok menunggu dengan Busur Panah.


    Kuddus melemparkan binatang perosak. Dr. Zoid menyerang balas dengan laser mampat. Rasakan.


    Sedar tak sedar 2 jam berlalu pantas. Bilik yang kecil menjadi riuh dengan gelak ketawa dan laungan kata-kata gampang dan haram jadah.


    Pengguna-pengguna yang lain menjeling tajam. Ada yang menyumpah di dalam hati. Mujurlah mereka tidak bertukar menjadi Hulk.


    Setelah bermandikan peluh dan darah. Akhirnya pertempuran melabuhkan tirainya.


    Keputusan pertempuran adalah seperti berikut:


    1. Fareez Duu                                            420
    2. GT 128                                                  345
    3. Dr. Zoid                                                 290
    4. Kelolok                                                  215
    5. Iwan                                                      180
    6. Mima                                                     120
    7. Kuddus                                                 110
    8. Kecik (keluar awal)                                  70


    Time:      160 minit.
    Bayaran: RM 2.00 seorang satu jam.
    Lokasi:   Chin Chai Cyber Cafe.
    Hadiah:  Rasa bangga tak terhingga jadi Champion.


    Juara Bertahan: Fareez Duu.


    Tahniah kepada semua fighter. Semua hebat-hebat belaka. Chin Chai Cyber Cafe mengucapkan terima kasih di atas wang ringgit yang ditaburkan. Sila datang lagi ye!