Ahad, 11 September 2011

Manusia Pilihan (Superhero UiTM Shah Alam) part 9


Balai Polis Bukit Aman
Unit siasatan Jenayah

“Tuan, sebuah lagi bangunan tinggal telah terbakar pada pukul 9.15 malam semalam. Insiden ini mirip enam kes kebakaran sebelumnya. Dipercayai suspek adalah orang yang sama tuan”. Sarjan Musa memberikan laporan secara ringkas. “Siapa suspek utama kita?”, soal ASP Rahman. “Menurut keterangan saksi yang terselamat suspek dikenali dengan panggilan Api Merah”.

Inspektor Rizal dan Inspektor Marissa mendengar dengan minat. Sejurus kemudian Inspektor Rizal memberikan komentarnya. “Tuan, menurut laporan forensik terdapat seorang mayat dalam setiap bangunan tinggal yang dibakar. Saya syak ini bukan kes kebakaran biasa. Ini satu kes pembunuhan”.

Inspektor Marissa menambah, “Tuan, salah seorang mangsa terselamat dalam kejadian kebakaran malam tadi. Kita boleh dapatkan keterangannya”. ASP Rahman mengangguk. “Inspektor Rizal, macam mana dengan suspek bertopeng. Ada apa-apa perkembangan?”. Inspektor Rizal membuka fail di tangannya.

“Ketika kejadian rompakan di bank tempoh hari ramai saksi telah merakamkan gambarnya. Ini salah satu gambar suspek”. Inspektor Rizal menghulurkan sekeping foto kepada ASP Rahman. ASP Rahman melihat dengan teliti.

“Seperkara lagi tuan, selepas kejadian tersebut suspek bertopeng meninggalkan kertas bertulisan MiM di setiap tempat kemunculannya. Barangkali beliau adalah seorang Melayu,” celah Inspektor Marissa. “Apa maksud kamu Inspektor ?” ASP Rahman meminta penjelasan. Inspektor Marissa menyambung, “Saya tak tahu banyak sangat pasal sejarah tuan tapi apa yang saya tahu menerusi pembacaan saya MiM adalah huruf jawi yang menjadi simbol bagi bani Jawi. Bani Jawi merujuk kepada kita bangsa Melayu. Menurut seorang pakar sejarah MiM adalah tunggak kekuatan Melayu, tanpa Mim Melayu akan ‘layu’. Jadi, hipotesis saya ialah suspek bertopeng  merupakan seorang Melayu yang kuat jati dirinya. Dia turut melihat dirinya sebagai tunggak kekuatan orang-orang Melayu”

ASP Rahman, Inspektor Rizal dan Sarjan Musa terkesima. Kagum dalam diam. “Mungkin juga dia mahu kita melihat dia sebagai seorang kawan. Bukan seorang musuh negara tuan” sambung Inspektor Marissa semula. ASP Rahman diam seribu bahasa. Ada sebab kenapa pihak polis mahukan suspek bertopeng atau lebih dikenali sekarang sebagai Pendekar Mim.       
Sebab itu walau bagaimanapun tidak boleh diberitahu kepada orang bawahannya. Ia adalah rahsia sulit pihak atasan.


Inspektor Rizal mengingati sesuatu. Ketika dia dalam perjalanan ke Padang Jawa untuk melawat anak saudaranya dia ternampak simbol yang serupa di sebuah institusi pengajian terkemuka tanah air. “Mungkinkah ada kaitan?”bisik hati Ins. Rizal. ASP Rahman berjalan ke jendela. Merenung sesuatu di kejauhan. Kemudian dia berpaling kepada mereka bertiga.

“Bagaimana dengan maklumat dari pihak risikan?” ujarnya sejurus itu. “Ins. Rizal menjawab, “Pihak risikan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti suspek. Setakat ni siasatan masih lagi belum membuahkan hasil. Apa yang menjadi kebuntuan pihak risikan ialah suspek bertindak bijak, pantas dan cermat. Kesan DNA yang diperolehi di tempat kejadian adalah milik mangsa kejadian dan tidak ada satupun yang boleh memberi petunjuk yang dapat menghubungkan kita dengan suspek bertopeng. Seolah-olah suspek bertopeng bukan manusia” jelas Ins. Rizal panjang lebar.

Beliau menyambung; “Saya syak ini kerja orang dalam Tuan. Itu saja penjelasan logik yang dapat saya fikirkan masa ni. Kemungkinan suspek bertopeng mempunyai hubungan dengan seseorang yang mempunyai akses ke makmal forensik.” Inspektor Marissa pula menambah, “Saya bersetuju dengan kesimpulan Ins. Rizal. Boleh jadi terdapat juga pihak polis yang terlibat dalam memadamkan bukti. Perkara ini tak mustahil berlaku”.

ASP Rahman berubah raut wajah. Dia kelihatan lebih serius berbanding sebelumnya. “Beritahu pihak risikan mengenai kemungkinan ini. Soal siasat sesiapa sahaja yang terlibat dalam proses pengumpulan bukti DNA termasuk juga petugas makmal forensik!” arah ASP Rahman.

                                          X  X  X

Bersambung..... 
                                   

Bersambung...   

2 ulasan:

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.