Sekitar Jalan Chow Kit
Pasar harian di Jalan Chow Kit riuh-rendah dengan suara peniaga-peniaga yang melaung memanggil pelanggan. Ramai pelanggan tidak kira tua muda kecil mahupun besar memenuhi setiap ruang jualan. Pergerakan lalu lalang sedikit perlahan dengan masing-masing bergerak mencari barang yang mahu dibeli. Pelbagai barang ada dijual meliputi barang-barang keperluan harian sehinggalah ke gajet-gajet elektronik.
Nun di kejauhan sekumpulan lelaki bergerak pantas menuju ke pasar. Di tangan masing-masing tergenggam pelbagai jenis senjata. Pisau, parang, belantan dan kapak dihayun ke kiri dan ke kanan. Orang ramai bertempiran lari. Ada yang terjatuh ke tanah dan diinjak-injak oleh orang ramai yang sedang berpusu-pusu lari menyelamatkan diri. Para peniaga menyorokkan diri masing-masing. Ada yang berani tampil ke hadapan dengan menggenggam senjata tetapi tidak jadi berbuat demikian melihatkan saiz kumpulan yang semakin menghampiri itu.
Setibanya di gerai menjual cendol, ketua kumpulan berkenaan bernama Leno tanpa segan silu merampas cendol yang disediakan untuk pelanggan. Selesai minum, bekas minuman dicampak ke tanah begitu saja. Ahli-ahli kumpulan yang lain meniru perbuatan Leno. Leno menjerit lantang. "Mana Sazali haa??!!". Para peniaga menjeling pandang antara satu sama lain. Seolah-olah tidak mengenali Sazali. "Korang jangan nak sorok dia. Aku tau dia ada kat sini!!!"' jerit Leno lagi. Berang dengan keengganan peniaga-peniaga berkenaan Leno dan kumpulannya bertindak ganas dengan menggasak setiap gerai yang ada disitu. Pelbagai barang yang dipamerkan di para bersepah jatuh. Ada yang diinjak-injak dan dilempar jauh. Keadaan agak riuh seketika. "Selagi korang tak serahkan bangsat tu aku tak kan berhenti".
Sehabis je Leno berkata seorang lelaki berjaket merah dan berselubung menghampiri mereka. "Korang mahukan Sazali?. Malangnya dia sudah mati" ujar lelaki misteri tersebut. "Dia dah mati ke hidup ke aku nak duit aku balik! Dia hutang aku 100,000 ringgit la sial!"tingkah Leno. "Aku tak boleh nak hidupkan dia tapi aku boleh bawak kamu jumpa dia" ujar lelaki tersebut seraya tersenyum sinis. Tatkala itu tangannya menjadi kemerah-merahan dan terpancar api. Seorang demi seorang ahli kumpulan Leno disambar api. Kesemua mereka berlari dalam keadaan terbakar seluruh badan. Jeritan nyaring kedengaran sangat kuat. Afiq yang menyaksikan kejadian tersebut gementar seluruh badan. Terlepas senjata di genggamannya.
"Hei bangsat! Apa maksudnya semua ni haa??!!!" tengking Leno. "Nama aku Api Merah. Kau dah salah gunakan nikmat kemewahan yang keluarga kau kecapi. Kau tergamak memberi pinjaman yang tidak adil kepada orang-orang yang susah meskipun kau tahu mereka tak mampu membayar balik. Untuk pengetahuan kau Sazali telah mati membunuh diri. Sekarang kau pun akan mati".
Sejurus kemudian tengkuk Leno dicekik dan diangkat tinggi ke atas. Leno dapat merasakan bahang panas meresap ke kulit lehernya."Pergi mampus!" ujar Api Merah lalu membakar Leno hidup-hidup. Orang ramai yang melihat dari kejauhan merasa ngeri dengan kejadian tersebut. Setelah selesai Api Merah terus beredar dari situ.
Salah seorang yang melihat kejadian tersebut menelefon orang atasannya. "Abg Grinder... Leno adik abang dah mati.." ujar lelaki tersebut. Grinder yang berada di seberang talian berang. "Kat mana Leno sekarang?" soal Grinder. "Mayat dia dah hangus...err dia ada kat Chow Kit road" balas informer tersebut. Talian dimatikan.
Beberapa minit kemudian, Grinder tiba di Jalan Chow Kit. Kawasan itu penuh dengan orang ramai dan sepasukan anggota polis. Grinder berwaspada agar pihak polis tidak menyedari kehadirannya. Dari jauh Grinder dapat melihat saki baki mayat yang rentung. Grinder berasa pilu dan bingung. Adik yang selama ini menjadi teman rapatnya sudah tiada. Malah Grinder sendiri tidak dapat mengecam yang mana satu adiknya.
Jari di genggaman dibentuk-bentuk. "Aku akan balas balik!" azam hati Grinder.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.