Kuala Lumpur
Jauh dari kota raya di sebuah gudang kayu yang telah
lama ditinggalkan seorang lelaki terikat pada sebuah kerusi. Dia dalam keadaan
tidak sedarkan diri. Keadaan di dalam gudang kayu itu gelap tanpa sebarang
cahaya kecuali sinaran bulan yang lemah. Beberapa minit kemudian, lelaki yang
terikat terjaga dari lenanya. Beliau meronta-ronta dan menjerit. Tiba-tiba
lampu dinyalakan. Seorang lelaki berpakaian merah dengan selubung di kepalanya datang
menghampiri. Lelaki di kerusi lantas menjerit. “Kamu nak apa haa??!! Lepaskan
aku bangsat!” Rontaannya semakin kuat. Geseran antara tali dan kulit tangan
telah melukakan dirinya.
“Hello encik Johan. Selama ni kamu banyak
menyusahkan orang di sekeliling kamu. Tabiat menagih dadah telah memakan
kemanusiaan kamu. Kamu sanggup merompak untuk mendapatkan wang. Malah kamu tergamak
membunuh bapa kamu sendiri sebab dia cuba menghentikan kezaliman kamu. Hari ini
aku nak uji kamu. Seluruh gudang ini akan terbakar. Kerusi tempat kamu duduk
telah diskru ke lantai. Pilihan kamu ialah lepaskan diri atau mati terbakar!.”
Johan terkesima. Dia tidak faham dengan apa yang
dimaksudkan oleh lelaki berbaju merah. “Kau siapa?”
Lelaki berbaju merah menyingkap selubung. “Aku
ialah Api Merah. Dan kau adalah subjek yang ketujuh”. Habis sahaja berkata
kedua-dua tangan Api Merah membara dengan api. Lemparan api membakar kawasan
sekeliling Johan . Kayu-kayu lama yang terbiar dengan segera dijilat api. Johan
tergamam dan cemas. Nafasnya menderu kencang. “Aku tau aku banyak salah. Aku
jahat. Tolong maafkan aku!” rayu Johan. Api Merah menyarung kembali
selubungnya. “Ujian bermula sekarang!”.
Api Merah segera beredar dari gudang. Johan
menjerit-jerit meminta ampun. Api yang mengelilingi Johan merebak menjadi lebih
besar. Johan berhempas pulas melepaskan diri dari ikatan tali. Kepanasan yang
dirasainya tidak tertanggung lagi.Johan terus mencuba sehinggalah dia berjaya
melepaskan diri dari ikatan tali. Namun api di sekelilingnya telah merebak dengan
pantas. Dia sekarang terkepung oleh nyalaan api yang besar dan asap yang tebal.
“Ayah! Mak! Maafkan Johan. Johan salah, Johan mintak ampun!.” Johan melutut di
tengah lautan bara. “Api! Makanlah aku. Aku memang banyak dosa!”
Asap yang banyak kian melemaskan Johan. Nafasnya
sesak. Kekuatan tubuhnya diragut. Johan rebah ke lantai. Dalam keadaan separuh
sedar Johan terasa dirinya melayang ke langit. “Aku dah mati ke ni?” katanya
lemah dan terus tidak sedarkan diri.
X X X
Bersambung ke part 9
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.