lifeinthefastlane.com |
Sebelum ni jangan haraplah aku nak tengok filem yang ada scene tubuh manusia kena kerat, daging kena mamah, otak kena bedah, usus terburai dan yang sama level dengannya. Apabila diberitahu rakanku mengenai filem SAW yang ada babak ngeri ni pada mulanya memang aku x berminat.
smartcine.com |
Selepas menyaksikan filem SAW 7 3D The Final Chapter bersama rakan sebilik Hafiz @ John pandangan aku terhadap filem genre horror ini terus berubah. Filem arahan James Wan karangan bersama-sama Leigh Wannell dibintangi oleh Tobin Bell (John Kramer), Cary Elwes (Dr. Gordon), Costas Mandylor (Det. Hoffman) ini dengan serta merta menjadi filem favorite aku sepanjang hayat.
Jalan cerita yang kompleks, padat dengan paparan ngeri, falsafah yang mencabar pendirian, strategi minda dan permainan psikologi merupakan faktor penarik filem ini di samping penampilan John Kramer sebagai pembunuh bersiri yang sangat berkesan.
Ironinya, John Kramer tidak pernah membunuh mangsa2nya secara langsung. Mereka yang terjerat dipaksa memilih antara hidup dan mati melalui siri permainan yang selalunya melibatkan mesin perangkap. John percaya dengan memaksa seorang individu ke situasi hidup dan mati individu tersebut dengan serta merta akan pulih (selalunya mangsa beliau mati kerana gagal dalam ujian).
Tobin Bell as Jigsaw killer |
Kalau nak cerita pasal SAW ni memang sampai Subuh esoklah baru siap entry ni. Jadi diringkaskan cerita, sejak itu aku cuba mencari muvie SAW 1-6. Akan tetapi tidak ada seorang pun kawan aku yang ada filem2 ni. Malah post aku di FB sepi begitu saja. (-_-")
dreadcentral.com |
Lama jugaklah aku mencari. Sehingga tiba satu hari ketika itu aku di kedai VCD/DVD di jalan Bercham, Ipoh menemani kawan aku mencari DVD
Naruto. Terlintas di fikiranku untuk mencari citer SAW. Alangkah gembiranya aku apabila terjumpa SAW SERIES 1-7. Yahoo.! Macam gampang je kan. Apasal aku beriya-iya sgt ni.
everythingsaw.tumbler.com |
Selebihnya adalah sejarah. Aku mendalami ilmu SAW dan cuba menyelami psikologi seorang pembunuh bersiri bernama John Kramer. Aku terasa takjub dan seakan2 membenarkan perbuatannya. Hingga aku sendiri berazam untuk menjadi seorang penegak keadilan cara zalim apabila melihatkan masyarakat zaman sekarang yang sudah kehilangan kemanusiaan mereka.
Mungkin satu hari nanti aku akan digelar Qebey The Jigsaw Killer. Hahaha.. Kamu jaga2lah. Mungkin satu hari nanti kamu akan berada di kerusi perangkap aku.
sawfilms.wikia.com |
P/s: Ok. Aku melawak je yang last2 tu.
kau mmg gile...jgn buat hal lah....
BalasPadamHahaha... takut kau yer.
BalasPadam