Di fakulti Sains Pentadbiran suasana sekitar kelihatan lengang. Yang ada hanyalah pekerja-pekerja pembersihan yang tekun menjalankan tugas. Beberapa minit kemudian, pelajar-pelajar jurusan sains pentadbiran dan pentadbiran korporat berjalan keluar dari bilik kuliah. Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi. Ada yang menghala ke kafe di fakulti Mass Com. Ada yang ke tempat parking yang menempatkan kenderaan motosikal. Tak kurang juga yang pergi ke pejabat fakulti dan bilik pensyarah bagi menyelesaikan urusan masing-masing.
Amir baru sahaja selesai kuliah Akaun yang diajar oleh Puan Siti. Kuliah berkenaan diadakan di tingkat tiga. Bersama-sama Farid dan Rahim rakan karibnya mereka menuju ke Kafe. Melalui tangga lif gerak langkah diatur sederhana ke tingkat bawah. Ramai pelajar telah pun memenuhi ruangan kafe. Ada yang beratur membeli makanan. Ada yang sedang makan. Tak kurang juga yang sedang bersembang besar macamlah kafe tu mereka yang punya. Walau bagaimana pun pasti akan ada meja dan kerusi yang masih kosong.
Amir dan rakan-rakannya meletakkan beg di sebuah meja berhampiran dinding.
"Mir, nak makan apa hari ni..?", soal Farid. Beg dompetnya dibelek-belek. "Alamak ada dua ringgit jer", bisik Farid dalam hati. Matanya memandang sekejap ke Amir sekejap ke Rahim. Amir tidak menjawab. Leka dengan telefon bimbitnya. Rahim pula sudahpun berada di kaunter bayaran. Tangan kanan Rahim memegang sepinggan nasi putih beserta lauk ayam goreng. Amir memandang Farid."Makan je lah apa kau nak. Aku belanja."
"Mamat ni macam tau-tau lak aku tak cukup duit" bisik hati Rahim. "Terima kasih Mir". Mereka bertiga kemudiannya makan bersama. Farid galak bercerita. Sesekali Amir dan Rahim tergelak besar mendengarkan jenaka Farid. Farid menghirup air sirap sehingga kering. Selesai minum, Farid bercerita kembali. "Korang tau tak? Superwira bertopeng sekarang ni dikehendaki pihak polis."
Rahim membalas. "Tak patut betul pihak polis ni. Kawan tu penat-penat berjasa kepada negara. Ini ke balasan diorang. Tak patut tak patut". Farid kembali menyambung. "Pihak polis sekarang ni memberi ganjaran kepada sesiapa yang dapat memberikan petunjuk yang boleh membawa kepada tertangkapnya superwira bertopeng". "Berapa banyak?" soal Rahim. "Kau rasa?" soal Farid balik.
"Entah, lima ratus kot."
"Salah!"
"Tujuh ratus?"
"Salah jugak!"
"Habis tu?"
"Tujuh ribu ringgit!!"
"Haa!?? Ko biar betul ni?" tingkah Rahim. Farid menunjukkan paparan di Iphone miliknya. Lama Rahim tercengang. Amir hanya diam membisu. Farid menyambung kembali. "Mungkin Superwira bertopeng telah melakukan sesuatu yang membuatkan pihak polis marah. Walau apa pun aku yakin superwira itu tidak akan mudah terjerat."
Farid mengalih pandang ke Amir. Setiap kali berbincang pasal superwira bertopeng mesti Amir akan senyap seolah-olah tidak berminat. Amir membalas pandang dan tersenyum. Dia tahu apa yang difikirkan rakannya itu. Sebelum sempat Farid bertanya Amir meminta diri. Katanya ada hal penting perlu diuruskan.
Farid dan Rahim melihat rakan mereka beredar. "Ko perasan tak Rahim sejak kebelakangan ni Amir selalu je hilang ?". Rahim memanggil kembali ingatannya sebelum ni. Insiden di Kolej, di Plaza Alam Central, di Pejabat HEP, di kelas latihan silat, di pasar malam dan lain-lain tempat. Kadang-kadang Amir pergi begitu sahaja tanpa berkata apa-apa.
"Dah macam cerita Smallville lak" ujar Rahim. "Ntah-ntahnya kawan kita tu Superhero yang dicari-cari polis kot" sambung Rahim lagi. Farid diam tanpa ulasan. Fikirannya terarah pada satu peristiwa yang berlaku ketika di Stadium UiTM. Ketika itu sukan kolej sedang berlangsung. Mereka tidak terlibat dengan sukan dan hanya menyaksikan dari tempat duduk tingkat atas.
Ketika aktiviti sukan sedang rancak berjalan dengan sorakan besar-besaran dari penonton Amir hilang entah ke mana. Seingat Farid, Amir betul-betul berada di sebelahnya. Ketika itulah Farid terpandang kelibat lembaga yang sedang terbang dengan pantas menuju ke arah selatan Shah Alam. Gerakannya begitu laju sehingga Farid menyangka dia mengalami delusi.
"Farid!. Apa kehenye ko..?" tingkah Rahim. Farid lantas tersedar dari lamunan. "Tak ada apa" balas Farid seraya mengukir senyuman kelat. Iphone di tangan diperiksa. Sebentar tadi menerusi Twitter Mobile satu kemalangan maut telah berlaku berhampiran Jaya Jusco Shah Alam. Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan teruk di lebuh raya berkenaan. Farid terkesikma tatkala membaca berita terbaru dari tempat kejadian. Aliran trafik kembali lancar setelah 10 minit kejadian berlaku. Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan antaranya ialah trailer kontena, pajero, sebuah Proton Saga dan motosikal Honda telah dialihkan ke tepi jalan.
"Farid! Kenapa kau?". Rahim dapat mengesan perubahan air muka Farid. Dia menduga ada sesuatu yang telah berlaku. Farid mengajak Rahim kembali ke kelas. Dia mahu mengesahkan sesuatu. Setibanya di kelas, Amir ternyata masih belum balik. Pensyarah sudah masuk ke bilik kuliah. Pelajaran dimulakan. Seketika kemudian Amir pun tiba. Farid memanggil Amir dengan isyarat tangan. Amir lantas duduk di sebelah Farid. Farid tidak bertanya apa-apa. Dia cuba mencari kelainan yang ada pada Farid secara curi-curi. Pemerhatian tajamnya membuahkan hasil. Tangan Amir basah dan sedikit berminyak. "Got U Amir", bisik Farid dalam hati.
X X X
Apakah yang akan terjadi seterusnya.. Bersambung ke part 7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.