oleh : Muhammad Iqbal.
Kemunculan Adiwira Misteri di Semenanjung Malaysia
Siapa sangka Superman rupa-rupanya wujud di dunia ini. Secara tiba-tiba kita digemparkan dengan kemunculan adiwira misteri ini di tanah air kita. Selama ini kita hanya ada Cicakman, Supermak, Kaber Hero Kaber Zero dan Bionik. Seorang suri rumah berusia 45 tahun yang lebih dikenali dengan panggilan Mak Jah menceritakan detik pertemuan dengan superhero terbabit di Kg. Parit.
"Pada ketika itu, tayar kereta makcik mengalami kebocoran. Makcik dah buntu tak tahu nak buat apa. Waktu itu pukul 2 pagi. Jalan raya lengang tak ada sesiapa. Puas makcik menunggu. Tiba-tiba, satu makhluk turun dari langit. Makcik terkejut. Nyaris tak terkentut. Makhluk tersebut bertopeng. Makcik menjerit sekuat hati. Pada mulanya dia tercengang. Akan tetapi setelah beberapa ketika makcik bertenang setelah melihat dia terus tercengang. Makcik menyoal apa yang dia nak buat kat makcik. Dia berkata dia hanya mahu menolong.
Setelah itu tayar kereta makcik ditukar. Setelah selesai dia memohon izin pulang dan makcik mengucapkan terima kasih. Sebelum sempat makcik bertanyakan namanya dia terus terbang ke langit." Cerita Mak Jah yang kelihatan sangat dongeng. Akan tetapi saksi-saksi kejadian yang seterusnya turut mendakwa makhluk terbabit boleh terbang dan yang anehnya dia tidak bersayap. Seperkara lagi, makhluk tersebut turut didakwa memiliki kekuatan yang luar biasa.
Saksi seterusnya bernama Pak Mustape menceritakan detik kejadian terbabit di Kg. Pisang. "Pada masa itu Teman baru lepas 'melepas'. Kebetulan ada sebuah lori tayar 4 tersangkut kat lopak jalan depan umah Teman. Teman pun pergilah tengok. Seorang Cina dengan pembantunya cuba menolak keluar lori terbabit dari lumpur. Enjin lori menderum macam kereta F1 tapi lori tak keluar-keluar juga. Cina tersebut meminta pertolongan teman. Teman bagitahu manalah teman larat. Umur dah dekat 50. Beberapa orang kampung datang menghampiri sejurus kemudian. Mereka cuba menolak keluar lori itu. Akan tetapi tidak berjaya juga.
Tiba-tiba satu makhluk bertopeng muncul di situ. Terkejut Teman dan orang-orang kampung. Teman pun cakap kat makhluk tu kalau nak sambut Halloween bukan kat sini. Mahluk tersebut diam. Dia mengisyaratkan kepada yang lain-lain supaya ketepi. Dengan sekali tolak sahaja lori tersebut keluar dari lopak. Sekali lagi Teman dan orang-orang kampung beserta Cina tadi terkejut. Setelah sudah, makhluk tersebut beredar dari situ. Siapa namanya Teman lupa nak tanya. Yang Teman tahu lori tadi tersangkut pula kat lopak berhampiran."
Itulah antara kata-kata dari saksi kejadian. Adakah peristiwa ini benar atau direka-reka. Yang pastinya ramai orang telah mendapat pertolongan makhluk ini. Tak kurang juga yang mengambil gambar makhluk tersebut terbang. Akan tetapi tidak ada satu pun gambar yang benar-benar menyakinkan. Siapakah makhluk ini dan apa tujuan beliau di bumi kita ini. Hanya Allah saja yang tahu.
Sambung part 4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.