Pagi itu cerah seperti biasa. Matahari memancarkan sinar ultra ungu berskala tinggi yang ditapis oleh lapisan ozon yang terbentang luas mengelilingi sfera bumi. Binatang2 ternak mahupun yang buas sudah bangkit dari mimpi2 indah mereka.
Di kejauhan, nun di kaki bukit Jingga seorang lelaki menguap besar sambil mengeliat ke kiri dan kanan. rambutnya berserabai seperti semak samun yang tidak ditebas. matanya kuyu dan penuh tahi mata. pipinya masih melekat air liur basi. dengan langkah yang malas si dia mengambil tuala buruk lagi busuk yang digantung berhampiran pintu bilik tidur. setibanya di bilik air, si dia merenung air di dalam tempayan. lama sungguh tah apa yang difikirkannya. lemah2 dia mengambil cebuk dan menjirus air ke tapak kaki. Burr. Sejuk bagaikan ais di kutub utara.
Selesai mandi, si dia bersiap2 dengan memakai pakaian buruk yang bercompang camping. kelihatan tampalan di lengan kiri dan bahagian depan baju. Si Dia yang dipanggil Amir memandang cermin. sambil memuji kehenseman diri, Amir menyanyi riang lagu cinderella dalam drama bersiri TV3 dulu.
Amir keluar rumah dan menuju ke pekan. jauhya kawasan bandar dari pergunungan itu hampir 1200 langkah jaraknya. kawasan pergunungan itu sunyi sepi. yang kedengaran hanyalah laungan unggas dan katak2 miang yang sibuk nak mengawan.
Di pekan, Amir menuju ke sebuah kedai mamak yang diberi nama Muttu Roti. tanpa segan silu, Amir mengambil roti canai dan kuah yang telah disediakan di atas kaunter membuat roti. dengan lahapnya Amir menyantap hidangan tepung berminyak buatan Mamak itu.
Pak Ali yang sedari tadi memandang Amir hanya mampu menggelengkan kepala. Terdetik rasa simpati di hatinya. Dulu Amir tidak macam tu. Dulu Amir pintar. Pelajar harapan ibubapa serta guru. Atlit terbaik sekolah dan Tokoh Pelajar tahun 2006. Akan tetapi disebabkan satu peristiwa hidup Amir berubah serta merta.
Pada tahun 2009, heboh satu Malaysia perihal seorang superhero yang berkekuatan seumpama Superman. Media2 cetak dan elektronik melaporkan berita2 mengenai kehebatan dan keperkasaan manusia super berkenaan. tidak diketahui adakah dia adalah manusia atau makhluk asing dari planet kripton.
Sekitar tahun 2011, secara tiba2 superhero berkenaan hilang begitu
saja. Jejaknya tidak dapat dikesan. Khabar2 angin mengatakan dia telah pulang ke planet asalnya. Ada juga yang beranggapan dia telah mati. Tak kurang juga berpendirian dia masih hidup dan akan kembali satu hari nanti. Walau apapun yang menjadi bualan hangat orang ramai hanya seorang sahaja manusia yang tahu perihal lelaki perkasa. Lelaki itu adalah Amir.
Sambungan part 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.