Selasa, 6 September 2011

Kenangan beraya masa kecik2

Assalaamu'alaikum,


dan Salam sejahtera.


Hari ni aku nak citer pasal memori beraya time kanak2 riang dulu.


Time kanak2 dulu memang x boleh blah.


Tapi time tu juga hidup aku bebas tanpa sebarang bebanan tanggungjawab yang menyakitkan kepala dan menyemakkan hati.


Aku masih teringat ketika kecik dahulu aku dan rakan2 rajin kunjung mengunjung ke rumah orang2 kampung.


Waktu dulu tak macam sekarang.


Sekarang budak2 sibuk berhimpun depan TV menonton Siti Nurhaliza dan team2 Raja Lawak.


PFTT.


Seperti biasa tujuan semua kanak2 mengunjungi rumah ke rumah adalah untuk mendapatkan duit raya.


Kepada sesiapa yang berkata aku x macam tu, boleh jalanlah. 


Selepas beraya di rumah atuk aku dan kawan2 mengatur gerak dari sebuah rumah ke sebuah rumah.


Dengan menaiki kenderaan beroda dua tanpa enjin kami melilau-lilau mencari rumah2 mangsa.


Ada yang menerima kunjungan kami dengan hati yang terbuka dan layanan yang mesra.


Tak kurang juga yang wat selamba dono dan membiarkan kami sendirian makan kuih dan biskut.


Selesai makan seperti tahu2 je duit raya diberi.


Lepas habis berjalan masing2 kira duit raya yang diterima.


Kalau sikit its ok esok masih ada lagi.


Kepada kanak2 obes yang duk nyangkut depan TV


dan juga budak2 muda yang kejenya online dan bergayut 24 hour


bawak2lah berjalan.


Kunjung mengunjungla sesama kita.


Ok, peace yo.


Jangan marah aaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.