Khamis, 8 September 2011

Manusia Pilihan (Superhero UiTM Shah Alam) part 5

Kelab Empires Jalan P.Ramlee

Suasana kelab dipenuhi pengunjung-pengunjung dari serata pelusuk Kuala Lumpur. Keadaan agak meriah dengan mainan lagu-lagu rancak yang diselia oleh DJ kelab. Lelaki dan perempuan menari dan berjoget tanpa segan silu. Beberapa orang pelanggan duduk di bar memesan minuman. Di sisi bar, seorang bouncer sedang memerhati suasana sekeliling. Bersedia bertindak jika berlaku apa-apa kekacauan. 

Seorang lelaki berpakaian T shirt hitam gambar Tengkorak beserta seluar jeans Levi's dilihat memasuki sebuah ruangan yang dikhaskan untuk golongan V.I.P. Dia mengatur langkah menaiki anak tangga ke ruangan atas. Terdapat beberapa buah bilik. Dia bergerak ke hujung ruangan. Sebuah bilik mewah dimasukinya. Menanti di situ ialah seorang ketua gangster bernama Red Bone. Bersama-sama beliau ialah lima orang pengikut kanannya Mad Dog, Grinder, Majid, Chin dan Lewi. 

"Bos" ujar lelaki tadi. Red Bone menghisap cerut. Asap keluar berkepul-kepul dari mulutnya. "Teruskan," balasnya ringkas. Lelaki yang dikenali sebagai Lobak meneruskan percakapannya dalam nada yang gementar. " Err.. kegiatan kita di Kilang Besi Ah Meng telah terbongkar Bos. Ham.. hampir semua simpanan dadah kita di di sana telah dirampas pihak polis." Lobak menundukkan pandangan. Gerun dia dengan renungan tajam Red Bone. 

Mad Dog menyinga."Lu tau jaga kawasan ka tarak tau. Lu tau tak Lu ni serupa bangsat !. Bos, biar gua tamatkan riwayat anjing ni". Mad Dog mengeluarkan pistol. Menunggu arahan selanjutnya daripada Red Bone. Majid cepat-cepat mencelah. "Bos, dari maklumat yang saya terima ini kerja orang dalam. Lobak terperangkap dengan permainan bangsat tu". Semua mereka memandang Red Bone sedang beliau tidak memberi reaksi sedikitpun. Walaupun begitu, kelihatan dia sedang memikirkan sesuatu.

"Kamu tahu siapa orang tu Majid?" soal Red Bone. Majid terdiam seketika. Cuba mengingati kembali informasi yang diterimanya. "Menurut kata pengintip, seorang polis telah menyelinap masuk ke kumpulan kita. Saya tak tahu siapa tetapi memang ada sorang". Red Bone membalas."Kalau begitu, cari anjing tu sampai dapat!". Majid lantas mengangguk. 

Mad Dog menghalakan pistol ke arah Lobak. "Macam mane dengan bangsat ni Bos??". Red Bone bangkit dari kerusi. "Biarkan dia." Mad Dog pada mulanya mahu membantah akan tetapi melihatkan air muka Grinder dia terus akur dengan arahan Red Bone. Anak matanya menoleh ke arah Lobak."Hari ni kau selamat".

Lobak berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada Red Bone. Red Bone tidak langsung memandang Lobak. Beliau beredar dari situ dengan diiringi oleh yang lain-lain. Majid membisikkan sesuatu ke telinga Lobak."Hari ni kau bernasib baik. Abang mungkin tak dapat nak back up kau lepas ni". Lobak hanya mengangguk lemah.
"Pergi cari siapa hantu polis tu," arah Majid selanjutnya.  

Setelah Red Bone dan kuncu-kuncunya keluar dari kelab, Lobak menelefon orang bawahannya."Hello Lim, kita ada tugas baru".

                                            X  X  X

Bersambung ke part 6



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.