Selasa, 6 September 2011

Manusia Pilihan (Superhero UiTM Shah Alam) part 2

Nama aku Amir. Umur aku baru mencecah 21 tahun. Aku merupakan pelajar jurusan sains pentadbiran UiTM Shah Alam. Pada hari ini 30 hb 2, genap 2 bulan aku belajar di sini. aku tinggal di kolej Jati bersama rakan2 sebilik seramai 6 orang. Meskipun status aku adalah pelajar sepenuh masa akan tetapi sebenarnya aku lebih banyak meluangkan masa membantu orang ramai di dalam kesusahan. Ini kerana aku adalah seorang superwira yang mendapat kekuatan luar biasa secara tiba2 rentetan sebuah peristiwa yang berlaku lebih kurang 4 bulan yang lalu. Ikuti kisah aku.


                                 X  X  X 


Pada 25hb 8 tahun 2009, aku, awek aku dan 2 orang rakan baik kami dalam perjalanan berkelah ke Lata Kinjang. Perjalanan tersebut telah dirancang seawal bulan 12 lagi. Dianggarkan perjalanan akan mengambil masa 1 jam 30 minit. Kawan aku Zakri yang membawa kami dengan kereta Wira milik ayahnya. 


Awek aku yang bernama Sarina duduk di sebelah aku di bangku belakang. Kawan aku yang seorang lagi merupakan awek Zakri yang bernama Dahlia. Seawal pagi lagi sekitar pukul 9 kami memulakan perjalanan dari Teluk Intan. Kami melalui jalan Langkap dan terus ke Kampar. Dari situ, kami memasuki lebuh raya Utara Selatan menuju ke Gopeng. 


Perjalanan kami diwarnai dengan gelak tawa dengan keletah masing2 yang mencuit hati. Zakri gemar mengusik Dahlia dengan jenaka bertahap dewasa. U know what I mean. Lebuh raya pada waktu itu kurang sesak dengan hanya beberapa kenderaan berat dan ringan bergerak di lorong kiri dan kanan kami. Ada sebuah SUV yang bergerak pada kelajuan yang sederhana di hadapan kami. Kenderaan kami diekori rapat Proton Satria berwarna kuning.


Usik mengusik antara Zakri dan Dahlia bertambah rancak. Sesekali Dahlia dicucuk di pinggang menyebabkan dia melatah. Aku menegur sikap pasangan tersebut. Mereka pada mulanya merasa segan tetapi tidak lama selepas itu kembali berkelakuan seperti sebelumnya. 


Aku naik menyampah dan buat tidak reti je dengan sikap mereka. Sarina mententeramkanku dengan tepukan lembut di peha kakiku. Aku menggenggam erat tangannya. Sarina mengukir senyuman manis di bibir. Aku rasa nak cium jer dia waktu tu. Mujurlah aku tahan.


Tiba2 SUV di hadapan kami brek mendadak. Zakri yang leka dengan usikannya tidak sempat bertindak balas lalu kenderaan kami merempuh belakang SUV tersebut. Proton Satria di belakang pula mengelak ke kiri jalan tetapi dirempuh trailer kontena yang berada di laluan itu. Kenderaan2 yang menyusul kemudian masing2 cuba mengelak. Berlaku siri rempuhan yang bertitik tolak dari pengelakan terbabit. Ye saya tahu, Dah macam cerita Final Destination tapi itulah yang berlaku pada hari tersebut.


Pihak PLUS menerima laporan daripada saksi kejadian. Sejurus kemudian pihak PLUS, Polis, Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam bergegas ke tempat kejadian. Media2 tempatan dan Antarabangsa melaporkan kejadian kemalangan jalan raya yang terburuk pada dekad ini.


Aku dan Sarina dikejarkan ke hospital. Keadaan kami pada ketika itu begitu genting seperti telur di hujung tanduk. Zakri dan Dahlia telah meninggal dunia di tempat kejadian. Kami dikejarkan ke hospital berdekatan. Aku dan Sarina dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Hampir 2 bulan lamanya aku koma manakala Sarina tidak dapat diselamatkan. 


Setelah aku pulih dari trauma kejadian barulah aku tahu punca kemalangan ngeri terbabit. Pada hari kejadian, lori kontena yang berada di lorong kiri lebuh raya telah meletup tayar depan bahagian kanannya lalu menyebabkan ia tergelincir ke sebelah kanan landasan. SUV di hadapan kami pula brek mendadak bagi mengelakkan rempuhan.


Kemalangan tersebut telah mengakibatkan aku mengalami patah tulang leher, kaki dan tulang belakang. Aku sepatutnya lumpuh. Akan tetapi, aku sembuh dengan luar biasa. Sejurus selepas kemalangan itu, aku telah memperoleh kekuatan yang tidak terduga. Tidak aku tahu dari mana dan bagaimana aku memperolehnya. Mungkin ini adalah anugerah Ilahi. Akan tetapi kenapa aku yang terpilih..?




                                       X  X  X


Bersambung part 3

2 ulasan:

  1. sebut sahaja kolej Jati Siswa, teringat saya dgn bilik 4603 menghadap Jati Siswi block E(dulu kolej siswi) dan dewan makan. Itulah bilik saya 15 tahun dahulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke bang.. 2 tahun lepas masa saya mula masuk part 3 degree saya duduk kat kolej jati bilik 4403. Selang satu tingkat dengan bilik abg. Oh dewan tu rupanya dewan makan dulu. Sekarang da tak de dewan makan. Kebanyakan siswa makan kat food court seksyen 2 takpun beli nasi lemak kat gerai luar. kita orang panggil nasi lemak jati.

      Padam

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.