Jumaat, 9 September 2011

Aku dan Sukan Zaman Sekolah



Hai,


Kawan sekolah rendah dulu


Sejak zaman sekolah rendah dulu aku tak pernah cemerlang dalam sukan


Tak pernah langsung aku menang sebarang pingat tempat ketiga mahupun kedua apatah lagi nak menang tempat pertama.


Mungkin sebab binaan badan aku bukan lah untuk sukan meskipun aku tinggi dan gagah.


Setelah 15 hari bina badan


Ditambah lagi dengan sikap aku yang sering ponteng sekolah.


Menyebabkan aku x pernah terpilih untuk acara sukan.


Kecuali acara lari dan jemur baju.


Apa mende tu..


Ia berlarutan sehinggalah aku masuk sekolah menengah.


Sejak itu aku mula menceburkan diri dengan serius dalam acara sukan.


Walaupun begitu saingan sangatlah kuat sehingga aku sukar untuk mendapat pingat.


Sehinggalah aku berusia 17 tahun.


Latihan selama 5 tahun telah menguatkan otot2 kaki ku.


Dan akhirnya pada pesta sukan sekolah tahun 2006


Aku berjaya mendapat pingat emas untuk acara lompat jauh dan lompat kijang.


tapi Aku langsung tak menyangka nama aku akan diumumkan untuk gelaran Olahragawan Sekolah Sungai Ranggam tahun 2006.


Tak sia-sia aku berlatih melompat cam orang terpijak bara.


Ternyata usaha yang keras akan membuahkan hasil.


Akhir kata, Majulah Sukan untuk Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.