Rabu, 7 September 2011

Manusia Pilihan (Superhero UiTM Shah Alam) part 4

Tahun 2010


Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman


Sebuah bilik sederhana besar dinyalakan lampunya. Seorang pegawai polis berpangkat Sarjan masuk ke dalam. Di tangannya tergenggam erat fail-fail siasatan. Sejurus kemudian, fail-fail itu disusun di atas meja yang terletak di tengah-tengah bilik gerakan. Matanya merenung satu persatu kandungan yang tercatat di dalam dokumen-dokumen sulit tersebut.


Tidak lama kemudian seorang pegawai berpangkat ASP masuk ke dalam. Beliau diiringi dua orang Inspektor. Sarjan Musa mengangkat tabik tanda hormat. "Tuan". ASP Rahman mengangguk. Sedetik kemudian beliau meminta Sarjan memberi penerangan perihal dokumen sulit tersebut.


"Ini adalah laporan terbaru yang kami terima pada tarikh 30/02/11. Mengikut keterangan saksi, suspek bertopeng dipercayai sedang menolong lelaki buta melintas jalan. Pada masa yang sama kejadian ragut berlaku di jalan Duta berhampiran suspek. Kejadian ragut melibatkan dua orang penunggang motosikal. Mangsa merupakan wanita berusia 31 tahun. Ketika peragut cuba melarikan diri suspek bertopeng menendang motosikal yang dinaiki mereka menyebabkan peragut-peragut berkenaan tercampak sejauh 15 meter. Saksi mendakwa peragut-peragut berkenaan nyaris melanggar lelaki buta berkenaan". Sarjan Musa menunjukkan gambar motosikal yang ranap disepak beserta gambar kedua-dua orang peragut.


"Di mana gambar suspek bertopeng ?" soal ASP Rahman. Sarjan Musa menggeleng kepala."Malangnya tuan kita masih tidak berjaya mendapatkan gambar beliau. Sejurus selepas insiden berkenaan suspek terus beredar dari situ". ASP Rahman mengangguk. Sejurus mengalihkan pandangan terhadap dua orang Inspektor."Ada apa-apa perkembangan kes?"


Inspektor Rizal memberikan laporannya. Menurut beliau, suspek telah terlibat dalam 50 kes jenayah, 250 kes kemalangan, dan 100 kes pergaduhan. Sebelum ini aktiviti suspek bertumpu di sekitar Perak dan lebuh raya di sekitar negara. Akan tetapi sejak kebelakangan ini aktiviti beliau bertumpu di kawasan Shah Alam dan kawasan berhampiran. 


Inspektor Marissa mencelah."Tuan, suspek banyak menolong orang ramai dan menyelesaikan beberapa kes jenayah. Kenapa kita nak tangkap orang yang dah banyak berjasa ni?". ASP Rahman memberikan komentarnya. Ujar beliau, suspek telah bertindak di luar batasan undang-undang. Meskipun tindakan beliau mulia akan tetapi suspek telah mencampuri urusan polis. "Pihak kita telah mengalami kerugian yang besar kerana campur tangan beliau" tegas ASP Rahman.


"Adakah tuan maksudkan Operasi Kod 16 ?" celah Inspektor Rizal. ASP Rahman mengalihkan pandangannya ke sisi kanan. Matanya merenung tajam ke arah Inspektor Rizal. "Dari mana kamu tahu pasal ni?" Inspektor Rizal menelan liur. Beliau telah terlepas cakap. Perkara tersebut merupakan kegiatan sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan sebahagian besar pegawai polis. 


"Operasi apa tu Tuan?". Inspektor Marissa meminta penjelasan. ASP Rahman enggan menjawab. Beliau memerintahkan kedua-dua Inspektor mencari lebih banyak maklumat mengenai suspek bertopeng. Sejurus kemudian, kesemua pegawai beredar dari bilik gerakan. Lampu bilik ditutup.


                                           X  X  X


Macam biasa bersambunglah lagi ke part 5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.