Jumaat, 9 September 2011

Manusia Pilihan (Superhero UiTM Shah Alam) part 7


BILIK BERITA OTV

JAM 8.00 MALAM

5, 4, 3, 2, 1......

Montaj Berita Utama OtV terpampang di kaca skrin.

Pemberita 1 : Assalamu'alaikum
Pemberita 2 : Salam 1 Malaysia.

Pemberita 1 : Paparan penting malam ini.

(Paparan beralih ke berita-berita penting).

Kumpulan militia Kampeng menuntut wang tebusan sejumlah 10 juta berikutan penahanan 50 warga Malaysia di Pulau Sempadan.

Kehilangan enjin pesawat akan disiasat kata Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Sebilangan besar mangsa Tanah Runtuh di Bukit Merah masih belum ditemui.

Bola Sepak Negara melangkah ke pentas antarabangsa.

Pemberita 1: Berikutan penculikan hampir 50 orang warga Malaysia di Pulau Sempadan, ketua militan Kampeng menuntut wang tebusan berjumlah 10 juta ringgit. Tempoh masa yang diberikan sehingga 5 haribulan 3 iaitu hujung minggu ini. Kata beliau lagi menerusi video yang diupload di Youtube sekiranya kerajaan Malaysia gagal berbuat demikian kesemua warga Malaysia tersebut akan dibunuh. Menerusi rakaman itu lagi didapati warga negara kita dikurung di sebuah bilik batu yang sempit dan daif. Pihak kami telah cuba mendapatkan keterangan dari Ketua Polis Negara.

(Paparan pemberita beralih ke video keterangan)

KPN           : Polis Diraja Malaysia memandang berat isu ini. Kita  
akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia kerana melibatkan pihak pengganas. Pihak kami telah berjaya menghubungi militia berkenaan. Setakat ini rundingan masih sedang berlangsung. Kita berharap perkara ini akan berakhir dengan aman. Pihak polis akan mengambil tindakan alternatif sekiranya rundingan tidak berjaya.

(Paparan beralih kepada pemberita)

Pemberita 2 : Tiada tanda-tanda pecah masuk di gudang.            Dipercayai terdapat orang 'dalam' yang terlibat dalam kes kecurian enjin pesawat TUDM. Kerugian yang dicatatkan berjumlah 20 juta ringgit... 

(Pemberita terhenti seketika)

Pihak OtV menerima laporan kejadian rompakan di Bank Negara Malaysia. Ikuti siaran langsung dari tempat kejadian.

(Paparan beralih kepada wartawan)

Wartawan   : Saya Akmal Rusdi melaporkan secara langsung dari perkarangan Bank Negara. Ketika ini tiada tanda-tanda perompak akan menyerahkan diri. Pihak Polis telah mengepung Bank Negara dari segenap arah. Perompak sekarang ni benar-benar dalam keadaan bagai telur di hujung tanduk. 

Polis           : Lebih baik kamu menyerah diri! Kami ulang kembali. Jangan cuba membuat apa-apa tindakan yang bodoh!

Perompak: : Polis bodoh! Pergi dari sini! Kalau tak budak-budak ni mampus!

Polis         : Kamu sudah tidak ada jalan keluar. Lebih baik kamu  menyerah diri...

Seorang tebusan dicampak keluar dari bank dan ditembak bertubi-tubi. Mangsa jatuh menggelepar. Darah membuak keluar dari kulit tubuhnya. 

(Wartawan nampak sangat terkejut)

Wartawan: Ini..Ini adalah kejadian malang yang tidak dijangka sama sekali. Nampaknya perompak telah bertindak di luar batasan kemanusiaan.

(Pihak polis yang mengetuai kepungan kelihatan marah)

Polis         : Kami...!

Sebuah lembaga hitam merempuh masuk ke dalam bank. Kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu. Suasana kecoh dan kelam kabut dengan jerit pekik manusia. Seketika kemudian keadaan kembali tenang. Suasana hening berlarutan. Masing-masing tidak tahu apa yang berlaku. Rakyat Malaysia yang menyaksikan siaran langsung juga turut tertanya-tanya. Kemudian, seorang demi seorang mangsa tebusan keluar dari pintu bank.

Wartawan: Satu keajaiban telah berlaku. Mangsa-mangsa tebusan telah selamat keluar dari Bank. Mimpi ngeri selama 3 jam lebih telah berakhir dengan selamat. Mari kita temubual salah seorang mangsa. 

(Wartawan mendekati seorang wanita)

Wanita     : Maaf. Saya nakkan privasi seketika.

Wartawan: Baiklah.

(Wartawan beralih kepada seorang lelaki)

Wartawan: Boleh ceritakan apa yang terjadi? 

(Lelaki tersebut mengangguk)

Lelaki      : Segala-galanya berlaku terlalu cepat. Setelah perompak menembak salah seorang dari kami, kami semua merasa takut dan gerun. Perompak berkali-kali mengugut akan membunuh kami sekiranya melawan. Saya ketika itu berada berhampiran dinding bank. Jauh sedikit dari pintu besar. Secara tiba-tiba satu lembaga masuk dari atas melalui tingkap. Saya berasa lega. Saya tahu kami akan selamat. 

Wartawan: Awak kenal siapa dia?

Lelaki      : Ya. Dialah superhero bertopeng. 

Wartawan: Apa yang berlaku selepas tu?

Lelaki      : Kesemua mereka cuba menembak beliau. Akan tetapi tidak ada satupun yang berjaya menjatuhkannya. Dengan pantas seorang demi seorang perompak ditewaskan. Salah seorang dari mereka mengugut akan menembak tebusan. Tiba-tiba lelaki itu terpelanting ke belakang. Saya tak tahu apa yang menolaknya. 

Wartawan : Awak tahu di mana Superhero tu? Saya tak nampak pun dia keluar.

Lelaki       : Saya percaya dia masih ada di dalam. Tu dia.

(Superhero bertopeng berjalan keluar dari Bank dan terus beredar dengan pantas. Dia meninggalkan sesuatu berhampiran wartawan)

(Wartawan mengutip kertas yang ditinggalkan tertera satu huruf Jawi)

Wartawan: MiM? 

(Wartawan menunjukkan perkataan tersebut ke kamera)

Wartawan: Mungkinkah ini tanda pengenalan superhero tersebut? Walauapapun yang pastinya superhero tersebut telah menyelamatkan keadaan. Saya Akmal Rusdi melaporkan dari perkarangan Bank Negara. Kembali ke studio.

(Paparan beralih kepada pemberita)

Pemberita 2: Berita selanjutnya.

                                          X  X  X

Bersambung ke part 8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anonymous tidak diberikan izin untuk memberi komen. Aku tak nak menggalakkan budaya trolling dan tidak gentleman dalam mengutarakan komen.